Monday, October 08, 2012

~ TUHAN, LINDUNGI DIA UNTUK KAMI ~


ALHAMDULILLAH. Hari ini ayah dibenarkan keluar dari CCU dan ditempatkan di wad pemulihan jantung, di tingkat 7. Pun begitu, peraturannya masih sama. Ayah hanya dibenarkan menerima dua orang pelawat sahaja. Itupun pada waktu kunjungan pelawat yakni jam 1.00-2.00 petang dan 5.00-7.00 petang.

Waktu terhad itu sangat menyakitkan hati kami adik-beradik. Namun apa pilihan yang kami ada selain menerimanya dengan hal yang positif demi keselesaan ayah yang tentunya memerlukan rehat yang cukup tanpa ada gangguan termasuk dari kami.

Aku melihat ibu. Resahnya tidak terbendungkan. Jasadnya sahaja di depan kami, yang selainnya hanya dia dan Tuhan sahaja yang tahu. Aku memahami apa yang dirasa ibu. Turut mengerti beban rasa yang ditanggung ibu. Namun apa dayaku untuk melerai segala yang dikendongnya itu, melainkan memohon agar Tuhan melindungi dirinya.

Semoga ayah cepat sembuh. Dan kembali untuk kami.

[Maseh gelap..]

5 comments:

sfg said...

Semoga ayah cepat sembuh dan kembali ke pangkuan kalian semua seperti biasa. saya doakan segala yang terbaik. Terima kasih kerana masih beri izin utk baca blog kamu...

Adakala di usia ibu bapa yang sudah lanjut begini, adalah lebih baik kita sebagai anak mempersiapkan diri dan hati utk menerima apa pun kemungkinan, supaya nanti... jika sekalipun berlaku apa yg tidak kita inginkan, kita sudah bersedia dan redha sentiasa. Saya telah melaluinya... bukan sekali :) semoga kamu juga ketemu kekuatan yang sememangnya telah ada dlm jiwa kamu sendiri, insya-Allah

Ophelia said...

salam sfg.
terima kasih atas rasa perhati itu. Juga doa untuk kami.

Aku mengerti, akan tiba suatu hari nanti kami harus menerima hakikat nan satu itu. Cuma detik hati ini, biarlah suatu hari itu tiba pada ketika aku mampu.

Semoga kekuatan yang kamu katakan itu, benar ada dalam jiwaku.. mudah2an.. kerana aku sangat perlukan itu.

terima kasih kawan.

sfg said...

semua hamba Allah diberi kekuatan jiwa yang tersendiri sebenarnya, cuma kita blm tiba utk diuji lantas kita akan tidak dpt tidak punya rasa tidak mampu. saya telah diuji lebih dr apa yg kamu tahu, saya juga bilang saya tidak mampu tp bila tiba masa... Allah itu Adil utk kita semua. Akan tumbuh rasa mampu itu olehnya dalam kalbu kita semua... Yakin akan itu. Yakin akan Dia. Segalanya akan baik saja. :)

Ophelia said...

sfg,
terima kasih buat kamu.

socialfreakgeek said...

always welcome :)