Sunday, September 30, 2012

~ MAKNAKANLAH CINTA ~




TAJUK : Maknakanlah Cinta
KARYA: Rohani Abd Aziz (Novelis best seller ‘Rindu Milikku’)
CETAKAN : Pertama (2011)
PENERBIT: Fajar Pakeer Sdn Bhd
HALAMAN : 368
HARGA: RM18.00


“Aku akan terus mencinta sedetik lebih selepas selamanya…”

[Dan, itu-lah...]

Saturday, September 29, 2012

~ MENGHIRUP SEGAR DI TANAH HIJAU ~

























AKU ke sini lagi. Kesempatan yang sering sahaja membuat dekat untuk menghalakan aku di sini. Aku masih senang-senang berbuat hal yang serupa kala menjejak kami ke sini.

Teh, strawberry, sayur hijau, bunga pelbagai warna... tidak pernah berubah. Seratus hari lalu aku ke sini, duduknya begitu, dan saat menjamah mata hari ini, ia juga masih begitu. Tetapi aku tetap punya rasa untuk mendekati, menikmati dan membidik hal-hal yang serupa itu.

Terujanya tetap sama.

Aku pernah beberapa kali membidik bersama teman jiwa di sini. Pernah juga menangis di bahu arwah D di sini. Tidak lupa juga pernah bermasam muka dengan sahabat dekat juga di sini. Dan hari ini, aku datang bergembira bersama teman-teman di sini.

Di sini!

[Tanah hijau Cameron Highland ini punya cerita yang pelbagai buat-ku..]

Friday, September 28, 2012

~ TUMPANG BERTEDUH DI TANAH HIJAU ~






INI bukan kali pertama, kedua atau ketiga kunjunganku ke tanah hijau ini. Lebih dari itu dan ia tidak terbilang. Manakan tidak, ia sering menjadi pilihan kala rasa mahu membawa diri.

Pun begitu, ia menjadi pertama kali buatku untuk melepas lelah di Natasya Resort. Tenang, aman dan mengasyikan. Dan sungguh, aku senang menumpang lelah di sini.

Natasya Resort yang aku singgahi ini berupa apartment 1 bilik yang berlokasi di Kea Farm. Berkembar lokasi dengan yang namanya Hotel Equatorial. Persekitarannya sungguh memikat. Apatah lagi dengan reka bentuk bangunannya yang bercirikan English.
Di ruang balkoni yang lengkapkan dengan kerusi rehat, mata aku ini pasti sahaja akan tertancap pada pemandangan hijau yang cantik berlatar belakangkan kebun sayur.

Di sini juga amat mudah buat aku membuat singgah dan mencuci mata pasar koboi yang menjual pelbagai jenis sayuran dan buah-buahan segar. Mudah juga buat aku menjejak ladang strawberry, kebun kaktus terbesar, ladang teh boh Sungai Palas (lokasi penggambaran filem Ombak Rindu) dan lain-lain.
[Ter-lalu banyak cherita lalu di-tanah hijau ini..]

Thursday, September 27, 2012

~ DAN, KENYATAANNYA ~


[Doa kesejahteraan buat kamu!]

Wednesday, September 26, 2012

~ LARI ~


KELAM kabut. Jasad di sini, tetapi fikiran jauh melayang entah ke mana. Hal-hal yang membuat simpul kembali singgah lekat.

Usai urus pekerjaan kurang lebih jam 12.43am, aku turun ke parkir Cathay, Cineleisure. Mencari unta hitam. Namun saat tiba pada kotak parkir di mana letak unta hitam kurang lebih lima jam sebelumnya, ia kelihatan kosong.

Debar.

Aku memaksa diri mengingat apa benar di situ letak duduknya. Hati berkata, ya!

Lalu aku menyedapkan hati sendiri, mencari di kotak lain mengharap silap pada perkiraan. Namun, pada waktu dan ketika jam itu, pasti sahaja kotak-kotak parkir di situ lengang kosong. Membuat pandangan mudah jelas.

OK. Aku semakin pasti, unta hitam sudah lari. Serabut seratus. Lalu memutus untuk membuat laporan pada petugas yang sedang mencuri tulang.

Dalam minit aku membuat tumpu ke arah lokasi yang dituju, terlihat kelibat unta hitam di suatu sudut. Dan, yaa.. itu dia. Kamu masih mahu bertuan aku rupanya. Kamu masih mahu melihat aku yang kasihan ini rupanya.

Ohh,, jasadku hanya di sini.

[Meng-ingat-2 tidak pada ingatan..]

Tuesday, September 25, 2012

~ MUARA HATI ~


MUARA HATI
(lagu tema drama 80 episod - adam dan hawa)
by dato' siti nurhaliza &hafiz suip

Cinta terpisah ruang waktu
Tetap cinta bersatu dalam hatiku
Walau raga kita tak mungkin bersama
Ku yakini hati kan tetap setia

Ku percaya ke mana pun kau berjalan
Suara cinta menuntun mu kepada ku
Kerna bila cinta sudah bersenandung
Takkan terpisah hati

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…
Padamu…

Aku ada kerna engkau ada
Tercipta hatiku hanyalah untukmu
Jalanku berhujung padamu
Kemanapun kan pasti kembali
Wooo…

Demi cinta dalam hatimu
Ku yakin engkau untukku
Meski jejak pisahkan kita
Cinta kan bawa kembali…

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasa
Sesuatu dalam hatimu
Hanya dirimu dan aku

Demi cinta dalam hatimu
Biarkan aku merasuk dalam hati..
Cinta..

[Ya, demi chenta..]

Monday, September 24, 2012

~ AKU YANG ASYIK ~


VIOLIN. Alunan yang amat memikat jiwa buatku. Gesekan pertama yang pernah meresap ke telingaku saat usia bertatih suatu ketika dahulu, masih kekal ingatannya. Aku menjadi sang pecinta yang asyik dan larut pada gesekannya.

Lalu saat mula memasuki sekolah dan mengenal dunia luar selain bumbung rumah kami, aku berimpian untuk menggesek dan memiliki 'alat ajaib' yang telah menakluk jiwa itu. Namun, kenyataan untuk menjadikan impian itu suatu realiti adalah tidak terjangkau dek akal pada ketika itu.

Tidak ada pada logik akal untuk anak kampung dari keluarga serba kurang seperti aku ini untuk menguasai kemahiran itu. Mahu membiayai yuran sekolah pun kami harus bekerja keras, inikan pula mengeluarkan perbelanjaan untuk hal-hal seperti ini.

Hal gila! 

Lalu aku pendamkan sahaja keinginan itu senyap jauh nun di dalam sana.

Mengalih tumpu, aku mula mencintai alunan instrumental lainnya. Tidak sekadar violin, tetapi bunyi-bunyian selainnya. Lalu kenallah aku kepada Beethoven, Mozart, Kitaro, Yanni dan banyak lagi yang membawa damai dengan alunan serupa.

Hari ini, saat melihat anak-anak kecil leka dengan gesekan violin mereka dengan penuh cinta, aku kembali jatuh asyik. Kembali terkenang hal-hal kecintaanku. Apa masih ada keinginan untuk mempelajari atau memilikinya?

Dan, Nina Simone tiba-tiba menerjah dengan Little Girl Blue, Love Me Or Leave Me, Ne Me Quitte Pass dan Feeling Good sederet mengacah tumpu.

[Kapan lagi bisa nikmati gesekan Pak Idris Sardi yaa.. ]

Sunday, September 23, 2012

~ SAYANGKU CASPER ~



TAJUK : Sayangku Casper
KARYA : Mazni Aznita
CETAKAN : Pertama (2011)
PENERBIT : Buku Prima Sdn Bhd
HALAMAN : 613
HARGA : RM25.90


“Cinta pertama adalah keramat di hati… Rindu pertama adalah penamat di jiwa… ‘Is Love Supposed to last throughout all time… or is it like trains changing at random stops?’

[Dan, begitu-lah...]

Saturday, September 22, 2012

~ KONSERT EXIMIOUS @ ISTANA BUDAYA ~



YANG kuat menarik aku untuk mengikat diri di kerusi empuk Panggung Sari, Istana Budaya malam ini adala kerana nama Orkestra Simfoni Kebangsaan. Biarpun persembahan mereka untuk beberapa buah lagu sahaja, pesona mereka mengatasi segala yang ada.

Lalu mengetepikan segala urus pekerjaan yang lainnya, aku berada di sini. Mahu larut dengan persembahan yang kerap mencuri tumpu ini.

Konsert Eximious ini merupakan konsert pertama gabungan Orkestra Simfoni Kebangsaan dan Orkestra Simfoni UiTM. Tidak sekadar itu, ia turut menampilkan gabungan kumpulan persembahan Gamelan Kontemporari, Koir dan No Noise Percussion.

Apapun, secara seluruh, No Noise Percussion memberi persembahan yang memikat pada slot pembukaan. Ada sesuatu yang dipunyai oleh mereka. Pun begitu, ia tentu sekali tidak terlawankan bagaimana Orkestra Simfoni Kebangsaan di bawah pimpinan Mustafa Fuzer Nawi membuat larut kepada khalayak pada malam ini. Tampil sahaja mereka mengambil tempat, aura dan pesona lantas mengikat. Hanyut terus.

Suka. Dan amat merindui Konsert Orkestra Simfoni Kebangsaan secara bersendiri.

[Bila alunan Mozart turot kedengaran..]

Friday, September 21, 2012

~ BAKI ~


PEJAM celik, kurang lebih dua tiga bulan 2012 akan melabuhkan tirai. Pejam celik juga, baru aku disedarkan betapa urusan pekerjaan tidak pernah habis sehingga ada sahaja bakinya mengisi hari-hari yang ada.

Sehingga aku sedar juga betapa jarang sekali aku gagal menjejak kaki ke lantai pekerjaan kecuali pada sambutan Aidilfitri. Menyelongkar baki cuti tahunan yang berbaki, aku baru hanya menggunakan satu hari daripada 15 hari yang diperuntukkan. Hakikatnya juga aku tidak pernah mengambil cuti sakit semenjak kurang lebih lima tahun yang lalu.

OK. Baki cuti itu harus digunakan kerana menurut polisi syarikat, ia sama sekali tidak dibenarkan untuk di bawa ke tahun hadapan. Namun bagaimana aku mahu menghabiskan baki yang sedia ada itu sedang hampir setiap hari aku dihambat dengan urus pekerjaan yang tidak dapat tidak pada angguk.

Kelapangannya.

[Melihat langit merah dengan tenang dan senang...] 

Thursday, September 20, 2012

~ HILANG NALURI ~


HILANG NALURI
by once

 
Mawar merah yang ku cium
Ternyata menusuk dan beracun
Wanginya menyenangkan hatiku
Membuatku tak karuan

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku

Dia sama sekali tak cintai diriku
Dia hanya memanfaatkan diriku

Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan
Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia, berharaplah

Ku berlutut di bawah kakinya
Ku berikan hatiku untuknya
Ku telan semua luka-luka
Ku tak punya perisai lagi

Sehari tak bertemu dengannya
Serasa hampa dalam hatiku
Ku mabuk cinta yang tak terbaca
Oleh naluriku ooh

[Matilah kau]
Matilah kau di dalam hatiku
Bawa pergi saja dirimu
Sampai ke dasar lautan

Matilah kau bersama cintaku
Banyak berharaplah dirimu
Semoga dapat bahagia ooh

[Dan, aku juga mati..]

Wednesday, September 19, 2012

~ PESONA PRINCE WILLIAM & KATE MIDDLETON ~














ENTAH apa yang terlalu istimewa. Tiada pada hal menjelas. Cuma yang aku tahu, mungkin mereka di luar sana juga tahu, pasangan Duke and Duchess of Cambridge ini punya aura dan pesonanya yang tersendiri.

Bersebab itu itu, kunjungan pasangan ini ke Malaysia atau lebih tepatnya di Kuala Lumpur dan Sabah 13 September lalu, mendapat tumpuan yang luar biasa hebat. Tidak hanya di kalangan pengamal media, tetapi juga orang awam, baik dari kalangan bangsawan mahupun marhaen.

Dan, aku? Hanya mengikuti berita yang terkongsi dari jauh.

Kunjungan Putera William dan isterinya, Kate ke Malaysia merupakan  lawatan khas bagi pihak Ratu Queen Elizabeth II sebagai sebahagian siri lawatan ke beberapa negara Komanwel sempena sambutan ulang tahun ke-60 pemerintahan baginda Ratu.

[Ter-kenang mendiang puteri Diana...]