Wednesday, July 25, 2012

~ AL-FATIHAH YANG PALING INDAH ~

AL-FATIHAH.

DAN, akhirnya dia pergi juga meninggalkan aku, meninggalkan semua. Dan, sungguh tiada kata akhir yang dia tinggalkan untukku.

Pertemuan terakhir kami pada Syawal enam, kurang lebih setahun yang lalu. Setelah itu tidak lagi ada kesempatan berkelibat di depan matanya. Dan pada Ramadan lima ini, sebaik melewati waktu Isyak sebentar tadi, ummi yang aku sayangi dan cintai itu telah terhenti nafasnya dan lena buat selama-lamanya. Dijemput Ilahi dalam keberkatan Ramadhan mengisi dada dan hati.

Rupa-rupanya Syawal lalu itu adalah Syawal terakhir buatnya. Rupa-rupanya, Ramadan Lima hari ini adalah Ramadhan terakhir buatnya. Dan... Rupa-rupanya anak-anak ummi dan aku ini akan berpisah buat selama-lamanya dengan ummi.

Lalu, biar bagaimanapun raga ini menangis hiba, pemergian ibu yang penyayang itu aku relakan. Dan tiada kata terbaik yang mampu aku tuturkan di skrin kosong ini untuk menggambarkan rasa yang ada di dalam diri pada saat ini. Tiada.

AL-FATIHAH terindah buatmu Ummi. Mudah-mudahan dicucuri rahmat ke atasmu. Mudah-mudahan rohmu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Mudah-mudahan tenang bersemadi di atas sana.

Dan, aku tetap ada di sini untuk kamu ummi. Sentiasa dan selamanya. Sekali lagi, tiada kata terbaik untuk menggambarkan itu.

[Al-Fatihah..]

4 comments:

masMZ said...

Alfatihah.... Semoga rohnya dicucuri rahmat, mudah-mudahan..

Takziah buat kehilangan...

opheliaa said...

Salam masmz,
Aminn..
terima kasih buat doa kamu.
terima kasih yang amat paling.

sfg said...

sekian lama tidak ke sini, malah tidak ke lantai garap sendiri dan kali ini aku terbaca yg ini...

takziah teman tulisan ku atas pemergian si ibu. aku mengerti sedlm-dlmnya rasa itu krn aku telah melalui lbh dahulu...

moga roh si ibu di tmptkan bersama mereka yang solehah, insya-Allah

takziah, al-fatihah :(

opheliaa said...

sfg,
Terima kasih dari hati yang paling dalam. Dan, doa kesejahteraan buat kamu.