Wednesday, June 20, 2012

~ CICIR ~


BARANG jarang menjadi kesayangan dan tidak pernah aku tinggalkan setiap kali keluar dari rumah adalah jam tangan.

Aku terlalu jarang menukar baru jam tangan sehinggalah kalau ia membuat onar tidak mahu bertuan aku. Jam yang digunakan setiap hari ini sudah bertahun usianya. Sayang. Bukan kerana ia merupakan pemberian teman jiwa sempena sambutan hari ulang tahunku, tetapi sememangnya aku jarang mahu bertukar jam tangan.

Lalu sepanjang hari semalam aku menjadi tidak keruan bila mana jam yang sentiasa melekat di tangan hilang cicir entah kemana. Lalu seharian aku menjadi hilang tumpu dan menekan diri mengingat dan mengenal pasti di mana sudut cicirnya. Dan, ia menjadi serius buatku.

Mujur sahaja usaha tanpa putus itu membuah hasil bila mana awal pagi ini aku menjumpainya menyembunyi diri di celah hijau rumput berdekatan kawasan parkir unta hitam yang menjadi tunggu. Usah ditanya tentang apa rasaku melainkan kesal atas cuai yang membuat damping. 

[Tidak pada harga..]

No comments: