Saturday, June 30, 2012

~ SINGGUNG BESAR ~

Kredit Foto: filem aku, kau & dia
LAMA. Hampir setahun aku 'menutup' ruang bicara di layar skrin yang mana sebelum ini menjadi pengantara wajib aku dan rakan-rakan bersapa cerita dan berita. Ia bersebab seseorang dan sesuatu yang diluar jangkaan akal fikirku yang bergelar sahabat.

Meninggalkan sesuatu yang menjadi kebiasaan tentunya tidak mudah. Namun singgung itu besar, sakitnya juga tidak sedikit. Lalu aku memilih itu untuk memulih diri. Itu sahaja.

[Bukan kerana keras-nya hati.. tetapi kerana luka-nya yang dalam..]

Friday, June 29, 2012

~ KOSONG ~


KOSONG
by najwa latiff

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong... kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong... kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan
Kini aku pantas berjalan

Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar
Kosong... kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong.. kosong

Setiap detik diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong... kosong

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa
Kosong... kosong

[Bila di-tutop seluroh puteh..]

Thursday, June 28, 2012

~ TIDAK DALAM JANGKAUAN AKAL ~


SEJAK tujuh tahun lalu, aku akan 'sibuk-sibuk' untuk tarikh ini. Namun lain ceritanya kali ini. Kecil hati, tersinggung dan terluka. Pun begitu, doa kesejahteraan tetap ada dengan ikhlas untuk kamu.

[Apa benar, aku yang ter-burok dalam sejarah-nya..]

Wednesday, June 27, 2012

~ CURIGA ~



SELAMATKAH? Itu yang terdetik di hati saat berkunjung ke rumah seorang sahabat beberapa hari lalu. Kawasan perumahan elite yang dia diami di kawal rapi oleh beberapa kumpulan pengawal keselamatan berbangsa asing.

OK, ia tidak lain tidak bukan adalah untuk tujuan keselamatan. Tetaapi benar-benar terjaminkah keselamatan penghuni dan tetamu yang berkunjung ke situ? Bagaimana jika ada yang merasa tidak selamat dengan mereka?

Begini. Aku melalui pengalaman agak menakutkan ketika berkunjung ke sebuah kawasan perumahan nun di atas bukit di pinggir kota. Kira-kira jam 8.00 malam, aku tiba di pintu masuk kawasan perumahan yang indah permai itu. Dalam cahaya yang samar-samar dan suram, aku ditahan seorang lelaki yang menyarung pakaian seragam lengkap. Aku diminta menyerahkan pengenalan diri. Agak dekat dia merapati unta hitamku dengan wajah yang sangat mencurigakan. Matanya liar, tuturnya ditelan dengan keras. 

Usai merekodkan maklumat tentang diriku, dia menunjuk arah laluanku untuk sampai ke kediaman yang dituju. Aku menurut cadangannya, namun laluan yang diberikan itu membawa aku kepada sekumpulan lagi pengawal keselamatan lain. Juga di kawasan yang suram dan samar. Juga dalam keadaan yang mencurigakan. Paling penting, dia tidak tahu lokasi kediaman yang ingin aku tuju meski dia bertanggungjawab dengan kawasan tersebut.

Aku mula merasa tidak sedap hati. Lalu memutuskan untuk menghubungi sahabat yang dicari sedang pada awalnya aku mahu membuat kejutan kepadanya. Sungguh, aku merasa tidak selamat. Kalau tidak kerana pakaian seragam yang tersarung di badan mereka, pasti sahaja aku tersalah anggap mereka ini penjenayah atau yang seumpama dengannya. OK, mungkin agak keterlaluan untuk aku membuat anggapan begitu. Tetapi sungguh.. tindak tanduk, gerak geri, pertuturan dan riak wajah mereka langsung tidak menampakkan ciri-ciri untuk melindungi. Ermm.. Dan kata sahabat ini, mereka yang bertugas pada malam itu bukanlah pasukan baru, malah telah lama bertugas di situ.

Lihatlah dikeliling kita, sebahagian besar pengawal keselamatan yang dilantik kini rata-ratanya terdiri daripada bangsa asing. Mengambil contoh di lantai pekerjaanku sendiri, tidak ada seorangpun muka anak Malaysia yang menyarung pakaian seragam itu. Bukan mahu prejudis, tetapi situasinya sering sahaja menekan pada rasa curiga yang banyak, sementelah sejarah menjadi lampu suluh yang paling terang.

Mungkin, perlu dilakukan sesuatu. Demi kitam demi semua.

[Maseh selesa di-kawasan perumahan marhaen...]

Tuesday, June 26, 2012

~ SISI LAIN ~


KAMI jarang bertemu. Adakala sekali setahun, atau lebih. Tergantung kepada urusan yang mendesak. Perkenalan itu bermula di situ. Bermula atas urus-urus yang mendesak. Namun diam tidak diam, sudah lebih lima tahun (atau mungkin lebih lagi) kami saling kenal dan tidak pernah putus hubungan sehingga hari ini.

Beberapa jam tadi, kami kembali bertemu setelah kali terakhir punya kesempatan itu pada pertengahan tahun lalu. Bagai dijanji, aku tiba tepat pada masa dan lokasi yang dipilih kami. Namun hampir setengah jam aku mencari kelibatnya, dia tidak kelihatan. 

Dalam aku asyik mencari-cari dia dan mula mengeluarkan telefon bimbit untuk menghubunginya, kelihatan seorang lelaki tinggi lampai tersenyum padaku sambil mengangkat tangan sebagai isyarat mengarahkan aku kepadanya. Aku pandang tepat, sekali lagi dia mengangkat tangan. Aku menoleh kebelakang kalau-kalau bukan aku yang dimaksudkan.

Akhirnya dia mendekati rapat agar jelas wajahnya kulihat. Ya, Itu dia! Aku hampir tidak dapat mengenal sosoknya yang kurus mencengkung itu. Begitu besar beza pada pertemuan terakhir kami.  Belum sempat aku suarakan pertanyaan tentang hal itu dia terlebih dahulu membuat jelas.

Menurutnya, semenjak beberapa bulan ini dia kehilangan berat badan yang luar biasa. Hampir 40kg hilang tanpa sebarang aktiviti diet atau seumpama dengannya. Lalu kebimbangan itu disuakan kepada sang doktor untuk meminta jelas. Maka satu perkhabaran sugul membuat singgah. Organ dalamannya membuat onar. Lalu sejak itu rutin hariannya berubah 360 darjah. Hidupnya harus diatur umpama jadual tugasan anak kecil yang perlu patuh.

Dan pada hari ini, buat pertama kalinya sepanjang perkenalan kami, lelaki pendiam ini bercerita soal sakitnya dan soal kehidupan peribadinya. Soal yang tidak pernah kami berdua bualkan selain hal berkaitan urus mendesak selama ini. Sedikitpun tidak aku mencelah kerana benar-benar mahu mendengar ceritanya. Panjang bual ceritanya dan jauh tidak seperti selalu.

Turut di kongsikan juga urusan pemeriksaan doktor yang dia lalui beberapa hari lepas. Kebetulan pada esok pagi, laporan terperinci tentang soal itu akan diketahuinya.

"Sekarang kena jaga makan, jaga tidur. Tidak boleh kerja lama-lama sampai malam lagi... u pun samalah.. jangan berjaga sampai lewat malam lagi.."

Aku mengangguk beberapa kali. Tanda faham, tanda setuju. Dia senyum dan senyum lagi. Senyuman yang paling banyak diberikan dia dalam pertemuan kali ini. Aku senyum juga. Senyum kerana melihat betapa manisnya wajah lelaki ini dengan senyuman. Manakan tidak, wajah seriusnya sebelum ini membuatkan aku tidak pernah mahu membuat bual lebih dengannya. Dan hari ini dia memberi rasa yang berbeza. Mengenal dia pada sisi lain yang tidak aku ketahui sebelum ini.

Esok pagi, dia membuat janji bertemu lagi. Mahu dikongsikan tentang laporan rasmi dan terperinci sang doktor tentang tahap kesihatan dia yang sebenarnya. Aku mengangguk setuju, dan senyum. Dia juga mengangguk-angguk dan senyum. Kami berpisah dengan saling bertukar senyum.

[Aku ber-harap tidak men-jadi sahabat 'ter-burok' lagi.. ]

Monday, June 25, 2012

Sunday, June 24, 2012

~ KEJORA DI LANGIT CINTA ~




TAJUK: Kejora Di Langit Cinta
KARYA: Anis Ayuni
CETAKAN: Pertama (2012)
PENERBIT: Alaf 21 Sdn Bhd
HALAMAN: 529
HARGA: RM23.00

“Kalau dia tercipta untukku, jangan pudarkan rasa kasih di hati ini..”

[Maseh aku di-sini, untok kamu..]

Saturday, June 23, 2012

~ AL FATIHAH INI UNTUK RINDUKU ~


RINDU. Dan aku berada di sini, di utara semenanjung tanah air. Mengadap pusara arwah yang telah lama sepi dari ziarahku.

Air mawar aku teteskan, bunga wangi aku taburkan.. dan doa tulus mulus aku kirimkan buat dia di sana. Beberapa ketika aku senyap berteleku di sini. Tanpa setitispun air mata yang tumpah. Hanya membiarkan hati membuat bingar begitu dan begini. Hanya melepas ingat pada momen lalu yang berputar umpama wayang di layar lebar.

"AL, tanah semakin gelap, nanti-nanti kita datang lagi..."

Aku mengangat muka. Dan air mata jernih jatuh perlahan. Air mata selamat tinggal, air mata kebimbangan yang membuat detik, pada kesempatan yang manakah aku akan kembali lagi membuat ziarah di sini..

Al-Fatihah ini untuk rinduku. Al-Fatihah ini untuk persahabatanku.. dan Al Fatihah ini juga untuk kasih sayangku... yang tidak terjual di mana, yang tidakkan mampu dibeli jutawan mana sekalipun.

[Pahit itu kamu, manis juga ada-lah kamu..]

Friday, June 22, 2012

~ BUST THE WINDOW ~

kredit foto: filem romancing in thin air

BUST THE WINDOW
by jazmine sullivan
I bust the windows out your car
And no, it didn't mend my broken heart
I'll probably always have these ugly scars
But right now, I don't care about that part

I bust the windows out your car
After I saw you laying next to her
I didn't wanna but I took my turn
I'm glad I did it ‘cause you had to learn

I must admit it helped a little bit
To think of how you'd feel when you saw it
I didn't know that I had that much strength
But I'm glad you see what happens when

You see you can't just play with people's feelings
Tell them you love them and don’t mean it
You’ll probably say that it was juvenile
But I think that I deserve to smile

I bust the windows out your car
You know I did it ‘cause I left my mark
Wrote my initials with a crowbar
And then I drove up into the dark

I bust the windows out your car
You should feel lucky that was all I did
After 5 whole years of this
Gave you all of me and you played with it

I must admit it helped a little bit
To think of how you'd feel when you saw it
I didn’t know that I had that much strength
But I’m glad you see what happens when

You see you can't just play with people's feelings
Tell them you love them and don’t mean it
You probably say that it was juvenile
But I think that I deserve to smile

[Incomprehensible] out your car
But it don’t come back to my broken heart
You could never feel how I felt that day
Until it happens, baby, you don’t know pain

Oh yeah, I did it, you should know it
I ain’t sorry, you deserved it
After what you did to me
You deserved it, I ain’t sorry no, no

You broke my heart, so I broke your car
You caused me pain, so I did the same
Even though what you did to me was much worse
I had to do something to make you hurt

Oh, but why am I still crying?
Why am I the one who’s still crying?
Oh, oh, you really hurt me, baby
You really, really hurt me, baby

Hey, hey, hey, hey, hey, hey, hey
Now, watch me you
Now, watch me you
I bust the windows out your car

[Dan, lihat-lah kamu..]

Wednesday, June 20, 2012

~ CICIR ~


BARANG jarang menjadi kesayangan dan tidak pernah aku tinggalkan setiap kali keluar dari rumah adalah jam tangan.

Aku terlalu jarang menukar baru jam tangan sehinggalah kalau ia membuat onar tidak mahu bertuan aku. Jam yang digunakan setiap hari ini sudah bertahun usianya. Sayang. Bukan kerana ia merupakan pemberian teman jiwa sempena sambutan hari ulang tahunku, tetapi sememangnya aku jarang mahu bertukar jam tangan.

Lalu sepanjang hari semalam aku menjadi tidak keruan bila mana jam yang sentiasa melekat di tangan hilang cicir entah kemana. Lalu seharian aku menjadi hilang tumpu dan menekan diri mengingat dan mengenal pasti di mana sudut cicirnya. Dan, ia menjadi serius buatku.

Mujur sahaja usaha tanpa putus itu membuah hasil bila mana awal pagi ini aku menjumpainya menyembunyi diri di celah hijau rumput berdekatan kawasan parkir unta hitam yang menjadi tunggu. Usah ditanya tentang apa rasaku melainkan kesal atas cuai yang membuat damping. 

[Tidak pada harga..]

Monday, June 18, 2012

~ REHAT TIGA BULAN ~


ALHAMDULILLAH, majlis malam tadi berlangsung dengan jayanya. Berakhir satu beban dengan hasiil penat lelah yang tidak terhitungkan. Meski tugasan usai sekitar jam 12.00 malam, urus kami sepasukan pekerjaan masih berlarutan sehingga jam 2.00 pagi.

Dan, sungguh.. kudrat yang sekerat ini tidak mampu menampung lelah yang ada. Sementelah malam tadi aku hanya  sempat meletak lena kurang lebih satu jam sahaja. Situasi itu menambah buruk pada  keadaan diri yang masih belum pulih sepenuhnya.

Sebentar tadi atas desakan panjang dari kakak, aku ke doktor. Bukan sahaja diberinya aku cuti sakit dan pengecualian dari bertugas, tetapi aku juga dinasihatkan untuk tidak memandu dalam tempoh tiga bulan jika aku tidak mahu melihat kejadian Jumaat lalu berulang.

Kata sang doktor kononnya serba tahu itu, aku mempunyai sedikit masalah pada bahagian pinggang dan tulang belakang. Justeru, posisi duduk ketika memandu akan membuat tekanan kepada bahagian tersebut dan memberi kesan yang lebih buruk jika tidak diatasi segara.

Tiga bulan? Diam..

[Kurang pasti apa-kah ia punya kaitan dengan kejadian kemalangan yang perenah di-lalui aku be-berapa tahon dahulu..]

Sunday, June 17, 2012

~ MENATAP KUALA LUMPUR ~


DARI Bukit Permai ke Bukit Saga. Mencari udara tenang buat seketika sambil melihat kerlipan lampu yang menampakkan seluruh Kuala Lumpur dari pandangan atas. Hal yang tidak pernah membuat jemu kepadaku terutamnya saat serabut membuat damping dengan kecamuk yangn bukan kepalang.

Harusnya aku membuat rehat yang cukup pada malam ini lantaran punya tugasan penting bersama rakan sepasukan seawal pagi esok. Tugasan itu tentunya mengerah tenaga fizikal dan mental yang bukan sedikit, sementelah ia berlangsung sehingga lewat malam esoknya.

Namun, aku menghabiskan masa melihat Kuala Lumpur bersimbah cahaya neon sehingga jam dua pagi sebentar tadi, dan saat ini masih mengetuk papan kekunci dan mengadap skrin ini bercerita kepada kamu.

Begitu banyak kecamuk yang membuat damping, dan aku seketika mahu lari dari bingit.

[Ma-natap Kuala Lumpor dengan rasa tenang]

Saturday, June 16, 2012

~ BUKAN MILIKMU ~




TAJUK: Bukan Milikmu
KARYA: Salleh Shihabuddin
CETAKAN : Pertama (2011)
PENERBIT: Buku Prima Sdn Bhd
HALAMAN: 469
HARGA: RM19.90

“Mungkin sudah tersurat aku mencintaimu… setiap masa, setiap saat mindaku hanya mengingati dirimu..”

[Dan, andai itu..]

Friday, June 15, 2012

~ TERIMA KASIH TUHAN ~


"MOHON Tuhan, izinkan kesihatan buatku.." Desis hati saat aku tiba-tiba diserang sakit yang terlalu amat sangat siang hari tadi. Ia berlaku secara tiba-tiba dan ia adalah pertama kali seumpamanya berlaku di lantai pekerjaan.

Aku langsung tidak mampu berdiri. Sakitnya hanya Tuhan sahaja yang tahu. Ia tidak pernah terjadi begini, dan hari ini ia mengujiku keras. Melihat air mata yang begitu deras menuruni wajah lesuku, rakan pekerjaan mula menjadi resah dan berkali mendesakku untuk ke doktor.

Namun, aku bagai biasa sanggup menahan kesakitan daripada memilih untuk ke doktor. Dan seperti selalu, itulah yang terjadi kepadaku semenjak sekian lama. Cuma hari ini ia berlebih dari biasa dan berlaku di lantai pekerjaan.

Terima kasih rakan-rakan di lantai pekerjaan yang membantuku, juga untuk sahabat yang bertanya khabar dan mengambil berat. Hanya Tuhan sahaja yang mampu membalas jasa kamu semua. Doa kesejahteraan untuk kamu.

[Kalau-lah aku tidak mampu untok ber-diri dan ber-jalan lagi.. itulah perasaan yang ter-detik sa'at ber-depan situasi tegang siang hari tadi.. Oh Tuhan.. terima kaseh..]

Thursday, June 14, 2012

~ PERGI ~


HAMBATAN urusan pekerjaan yang silih berganti membuat damping membuatkan ksempatan untuk kami duduk menghirup secawan kopi agak terbatas. Sementelah semenjak sahabat kecil ini berpindah lantai pekerjaan dan menduduki meja yang paling sarat, kami amat-amat jarang bertemu. Tidak seperti dulu yang mana pantang ada keluangan kami pasti akan duduk semeja mengaju hal dan cerita.

Hari ini, sahabat dekat tempat menumpang bahu ini membawa berita yang tidak menggembirakan. Dia dihantar majikan untuk bertugas di tempat baharu, nun jauh di utara semenanjung tanah air, negeri jelapang padi. Berita itu hanya disampaikan melalui khidmat pesanan ringkas kerana kesuntukan waktunya yang terhimpit dengan pelbagai urus perlu. Sementelah arahan itu pertukaran itu diberikan dalam masa yang cukup singkat kepadanya.

Lalu, kami tidak sempat bertemu untuk mengucap selamat jalan. Hanya pesan dan kata nasihat yang mengiringi perpisahan di corong telefon bimbit. Dan, aku diam senyap.

[Terima kaseh untok sa-buah persahabatan yang begitu manis..]

Monday, June 11, 2012

~ UNTA HITAM ~


ALAHAI unta hitam. Mujur kamu pemberi jasa, lalu aku tidak akan pernah mahu membuat rungut. Cuma jangan secara terlalu selalu membuat duga padaku. Kasihan aku yang tidak punya kemampuan besar untuk terus-terus menurut mahumu..

[Ber-syukor atas apa ada-nya..]

Sunday, June 10, 2012

~ BERKELIBAT LAGI ~


ENTAH apa takdirnya, kami bertemu lagi. Setelah bertentang mata di Putrajaya kurang lebih sebulan yang lalu, hari ini kami bertemu lagi. Lagi?? Yaaa.. lagi. Mujur sahaja aku sempat mengelakkan diri dan menyembunyi kelibat dari dilihat dia.

Dia, lelaki yang pernah wujud dalam sejarah laluku. Sejarah luka yang masih berbekas sehingga ke hari ini. Jujur, aku tidak pernah mendendami dia. Malah telah lama memaafkan dia secara paling adil. Cumanya, biarlah kami tidak saling berkelibat lagi sejarah lalu tidak kembali berlegar.

[Yang lepas biar jadi sejarah..]

Saturday, June 09, 2012

~ HADIRMU TAKDIRKU ~



TAJUK: Hadirmu Takdirku
KARYA : Alina Haizar
CETAKAN : Ketiga (November 2010)
PENERBIT : Kaki Novel Enterprise Sdn Bhd
HALAMAN : 480
HARGA : RM18.80
“Percintaan yang terjalin di antara Hana dan Jeffery telah terjadi tanpa diduga. Perbezaan taraf hidup merupakan penyebab utama mereka terpisah dan dipisahkan. Masing-masing membawa diri dengan dendam yang membara di hati kerana menyangka cinta mereka telah dikhianati…”

[Dan, ku-terima dengan ber-lapang dada..]

Thursday, June 07, 2012

~ UBI KAYU ~


SETELAH bertahun-tahun tidak menjamahnya, hari ini rezeki berada di depan mata. Kenangan sewaktu kecil terus menerjah kotak ingatan.

Dulunya ketika musim tengkujuh yang seringnya sinonim dengan pantai timur semenanjung tanah air, ubi kayu menjadi makanan yang cukup digemari. Sementelah di makan ketika masih panas bersama secawan teh atau kopi.

Terbayang bagaimana kehidupan kami bila sahaja musim hujan itu datang berdamping. Hujan berhari-hari dan sepanjang hari tanpa henti sehingga tidak membenarkan kami untuk ke mana-mana. Mujur saja musim hujan ini jatuh pada hujung tahun yang mana pada ketika itu juga musim cuti sekolah yang panjang.

Pun begitu, tempat kediaman kami tidak pernah dinaiki air. Justeru aku tidak pernah mengalami pengalaman banjir yang sebenarnya. Cuma kampung-kampung di sekitar yang kerap dinaiki air sehingga perlu berpindah ke penempatan banjir. Malah jalan-jalan yang menghubungkan kampung-kampung kecil juga ditenggelami air sehingga memutuskan perhubungan dengan kawasan sekitar.

Arghh.. itu cerita dulu.. cerita ketika masih di zaman anak-anak. Sedang kini musim tengkujuhnya tidak lagi seperti dulu..

[Dan, aku rindu pada cherita lalu..]

Wednesday, June 06, 2012

~ BAHAGIA ~


MOGA Tuhan terus memberikan bahagia melalui mahunya kepadaku. Dan moga aku juga akan merasa bahagia melalui inginku.

[Menerima dengan ber-lapang dada..]

Tuesday, June 05, 2012

~ MENGUKUR KEJUJURAN ~


BEGINI. Meski aku memiliki akaun laman sosial Facebook semenjak kurang lebih empat tahun yang lalu, aku tidak pernah cuba menjadikan medium itu sebagai satu tempat untuk aku 'memperkenalkan' siapa aku. Justeru, ia tidak pernah terkongsi dengan manusia-manusia dekat yang hidup di dalam dunia realitiku.

Malah kenalan yang hanya mencecah bilangan kurang lebih 200 orang itu sebahagian besarnya adalah rakan-rakan maya yang tidak aku kenali di dalam dunia sebenarnya. Hanya  10-15 orang sahaja daripada jumlah itu yang mengenali aku pada dunia realiti.

Justeru, tidak pernah aku kongsikan foto-foto atau dunia realiti aku di laman itu untuk tatapan manusia-manusia yang menjadi kenalan di sini. Yang ada, hanyalah infromasi, foto dan cerita-cerita kehidupan yang sesuai untuk ditatap.

Beberapa hari lalu, ada yang mempersoalkan itu. Dilabelnya aku sebagai tidak jujur kerana tidak ditemui walau sekepingpun fotoku di situ. Kononnya aku menyembunyi personaliti diri. Begitu ukuran dia tentang kejujuranku. Dan aku senyum mengenang itu. Senyum paling manis, khas untuk dia atau yang punya fikiran yang sama dengannya.

Begini. masing-masing punya hak di atas sesuatu yang menjadi milikinya. Aku punya hak atas pendirianku, dan kamu juga punya hak atas pandangan kamu. Dan, akurlah dengan hak masing-masing.

[Facebook itu sekadar meng-hibor-2.. dan tidak lebeh..]

Monday, June 04, 2012

~ TERUKIR DI BINTANG ~ ~


"Awak tak payah nak angguk untuk benda yang awak tak nak atau awk tak suka... Bangun, berdiri...."

KATA-kata itu terngiang di tepi telinga seperti baru sahaja dilafaz dengar kepadaku. Kata-kata dari seorang yang sebelum ini sentiasa ada untuk mendengar bingar hatiku, selirat peraaanku.

Hanya tinggal kata, dan dia telah dia.

[Ter-uker di-bintang..]

Sunday, June 03, 2012

~ PUISI PILIHAN KEMALA ~



TAJUK: Kumpulan Puisi Pilihan Kemala
KARYA: Ahmad Kamal Abdullah (Kemala)
CETAKAN: Pertama (2012)
PENERBIT: Dewan Bahsa & Pustaka
HALAMAN: 216
HARGA: RM28.00
 
** Buku ini menghimpunkan puisi terpilih daripada buku tulisan Kemala iaitu Timbang Terima, Era, Pelabuhan Putih, Mim, Ziarah Tanah Kudup, Titir Zikir, Meditasi, ‘Ayn’ dan Sumsum Bulan Rawan.

[Dan, aku larot..]

Saturday, June 02, 2012

~ SOMEBODY I USED TO KNOW ~



SOMEBODY I USED TO KNOW
by gotye

Now and then I think of when we were together

Like when you said you felt so happy you could die
I told myself that you were right for me
But felt so lonely in your company
But that was love and it's an ache I still remember

You can get addicted to a certain kinda sadness
Like resignation to the end, always the end
So when we found that we could not make sense
Well you said that we would still be friends
But I'll admit that I was glad that it was over

But you didn't have to cut me off
Make it like it never happened and that we were nothing
I don't even need your love, but you treat me like a stranger
And that feels so rough

No, you didn't have to stoop so low
Have your friends collect your records
And then change your number
Guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Now you're just somebody that I used to know
Now you're just somebody that I used to know

Now and then I think of all the times you screwed me over
But had me believin it was always something that I'd done
But I don't wanna live that way
Reading into every word you say
You said that you could let it go
And I wouldn't catch you hung up on
Somebody that you used to know-oh-oh

But you didn't have cut me off
Make it like it never happened and that we were nothing (oh)
I don't even need your love, but you treat me like a stranger
And that feels so rough
No, you didn't have to stoop so low
Have your friends collect you records
And then change your number (oh)
Guess that I don't need that though
Now you're just somebody that I used to know

Somebody that I used to know
Somebody (now your just somebody that I used to know)
That I used to know
Somebody that I used to know
Somebody (somebody) (now your just somebody that I used to know)

That I used to know
I used to know
That I used to know
I used to know
Somebody

[Dan, begitu-lah..]

Friday, June 01, 2012

~ MENERIMA KURANG LEBIH ~


AKU tidak punya ramai sahabat. Tidak pandai mencari, tidak juga pakar memulakan. Hanya menerima dengan berlapang dada siapa yang hadir menjalin silaturrahim.

Begitu hal yang dilalui dengan sahabat yang seorang ini. Aku melihat kami memiliki sifat dan sikap yang bertentangan. Sedang dia melihat kami punya banyak persamaan. Entah bagaimana perhitungan dia, aku sendiri kurang pasti.

Paling aku sedar, dia sentiasa ada untuk mendengar dan menerima setiap lebih dan kurangku. Meski katanya aku ini terlalu perahsia orangnya, dia menerima baik dan tidak pernah walau sekalipun memaksa aku berkata atau bercerita tentang sesuatu yang aku belum bersedia untuk kongsikan.

Aku melihat sahabat ini. Melihat setakat pengelihatan yang sampai. Lalu ada detik di dalam hati yang membuat tutur..,
"Mudah-mudahan dia tidak mengkhianati aku atas segala kurang dan lebihku...'

Sakitt.. bila rasa percaya itu dicampak keras ke dinding. Sakit bila senyum dan tawa yang diberi di muka menjadi hal yang sebaliknya di belakang. Dan aku tidak pernah menyangka ia datangnya daripada seorang yang aku gelarkan sahabat dekat.

Justeru, aku mohon agar pengalaman itu tidak berulang. Pun begitu, aku tidak akan pernah meletak curiga kepada manusia lain yang datang selepas itu. Tuhan itu lebih mengetahui.

[Tujoh tahon ber-sahabat.. tapi tidak perenah mengenali rupa2-nya.. lalu bagi-mana?]