Friday, January 13, 2012

~ MAGIS AWIE & ELLA ~


SELAMA hampir dua jam terpaku di kerusi empuk Panggung Sari, Istana Budaya saat mempunyai kesempatan untuk menonton Konsert Awie dan Ella pada hari pembukaan yang sungguh mengujakan ini.

Kurang lebih dua puluh buah lagu di nyanyikan tanpa henti selama hampir dua jam konsert berlangsung. Awie dan Ella silih berganti mengambil ruang pentas membuat persembahan dengan lagu-lagu terbaik mereka. Selain persembahan duet yang menjadi kemestian, Awie dan Ella juga saling bertukar lagu nyanyian masing-masing untuk memberi kelainan. Dan, ia menjadi!

Paling membuat ramai tidak senang duduk, ketika segmen persembahan lagu-lagu medley kedua-dua mereka. Awie dan Ella saling tidak mahu kalah. Dibayang Awan, Cinta Selembut Sutera, Tiada Rahsia Diantara Kita, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Ukiran Jiwa, Tiada Tangis Lagi, Di Penjara Janji, Pedih, Bara, Pengemis Cinta, Ratuku, Sembilu dan beberapa lagu lagi disampaikan dengan penuh bertenaga. Sementelah kumpulan pemuzik yang diketuai oleh Edrie Hashim itu turut menyumbang hebat (suka bunyi gesekan violin yang tidak kalah dalam dentuman bunyian-bunyian keras lain...).

Tahniah untuk keduanya yang umum sedia tahu kemampuan yang termiliki. Justeru, tidak hairanlah tiket-tiket untuk konsert ini terjual mudah. Awie dan Ella membuat rasa senang yang banyak kepada mereka yang mengeluarkan belanja untuk menonton persembahan mereka.

Selain terhibur dengan kehebatan persembahan mereka, aku kira penonton juga terhibur dengan gelagat bersahaja Ella di pentas. Ratu Rock ini sangat 'comel' apabila menyanyi dan menari sambil mengangkat dress labuhnya sehingga menampakkan bogel kakinya tanpa sepatu. Paling membuat lucu, Ella secara spontan meminta izin dari Awie untuk membuka dandanan rambutnya yang jelas kelihatan tidak menyelesakan dirinya. Lalu salah seorang pemuzik yang mengiringi persembahannya menjadi 'mangsa' keselambaan Ella. Dan... Awie memahami Ella seadanya!

Kamu masih punya kesempatan jika mahu menjadi sebahagian, sementelah persembahan yang pertama kali seumpamanya menyatukan dua bintang rock popular ini di satu pentas yang sama, akan berlangsung sehingga 15 Januari ini.

INFO
ACARA: Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia
TARIKH: 12-15 Januari 2012
TEMPAT: Panggung Sari, Istana Budaya
MASA: 8.30 Malam
TIKET: RM43, RM83, RM143, RM213, RM303 dan RM403 (boleh didapati di kaunter tiket Istana Budaya atau di www.ticket2u.biz)

[Menunggu apa-kah Konsert Ziana Zain & Anuar Zain di-Istana Budaya per-tengahan tahon ini men-jadi kenyataan..]

No comments: