Tuesday, January 17, 2012

~ BERSIH CELAKA ~


AKU melihat dia dari jauh. Lakunya memberi ketarikan yang banyak kepadaku. Mataku mengekor tidak terkalih sehingga tiba pada orang terakhir yang dia salami. Manis.

Aku usul tanya, apa itu hari terakhir dia di lantai pekerjaan lantaran tingkahnya menyalami dan memohon maaf setiap satu bernyawa di depan matanya. Namun kata seorang rakan ini, itu menjadi hal rutin lelaki itu pada setiap hari saat mahu melangkah kaki pulang meninggalkan lantai pekerjaan.

setiap hari??a'ahh..
Lelaki separuh abad itu, sebelum ini dikenal dengan sikap yang memberi kurang senang yang banyak kepada mereka yang berkeliling dengannya. Aku juga pernah mempunyai rasa yang sama lantaran bahasa dan tuturnya yang lepas mengikut suka.

Namun aku diberi maklum, semenjak pulang dari mengerjakan haji dua tahun lepas, dia banyak berubah. Dan itulah yang menjadi amalannya kini. Setiap hari dia akan menyalami dan mohon dimaafkan kesalahannya pada setiap rakan-rakan yang berkelibat di depan matanya. Setiap hari!!!

Katanya, dia tidak mahu mati dalam keadaan meninggalkan dendam dan amarah pada jiwa orang lain, andai esok ditakdirkan Tuhan nafasnya terhenti.

Dan aku diam. Sungguh-sungguh diam. Yaaa Tuhan, aku juga tidak mahu mati dengan meninggalkan cela dan celaka pada hati orang lain. Tidak mahu!! Minta dijauhkan semua itu dari berdamping aku.

[Doa kasejahteraan.. dan mohon di-ma'af-kan aku untok sagala]

No comments: