Monday, January 30, 2012

~ BERLALULAH JANUARI ~


AKHIRNYA acara besar yang membuat kami tidak tidak senang duduk semenjak sebulan yang lalu kini selesai berlangsung Sabtu lalu. Meski ia bukanlah satu acara yang paling sempurna segala, namun sekurang-kurangnya ia mencipta sejarah yang tersendiri untuk pasukan kerja aku dan rakan-rakan.

Lelah yang ada usah dihitung kerana dalam tempoh persiapan acara ini, segala telah terlalui kami. Malah sesekali ia menjadi di luar akal apabila ia berlebih dari kudrat sekerat yang ada ini.

Paling aku belajar, semangat satu pasukan itu harus tidak, berada di papan paling atas. Ini kerana jika salah satu mahu menunjuk hebat sendiri, ia akan mendekat kepada 'simpul' yang akhirnya akan membawa kepada keporak-peranda segala.

Apapun, alhamdulillah acara itu berlangsung mengikut mahu kami dan Januari telah berlalu dan memberi laluan kepada Februari untuk menjemput dengan semangat baharu.

[Januari yang sesak akhir-nya ber-lalu pergi. Mudah2an ter-simpan kemas pelajaran hidop yang ter-pinjam dalam tempoh itu..]

No comments: