Tuesday, January 31, 2012

~ DAN... UJIAN ITU... ~


SETELAH tertangguh beberapa hari lantaran kesibukan bergalas tanggungjawab di lantai pekerjaan, hari ini aku mengejar kesempatan untuk menghala diri ke arah utara semenanjung tanah air untuk melawat seorang rakan yang sedang terlantar di katil hospital seperti mana yang telah aku ceritakan pada yang entri yang sebelumnya.

Kesedihan yang tersimpan berat pada saat pertama kali bertentang mata melihat dia yang terlantar tidak bermaya di katil itu. Lebih membuat sebak, teman ini tidak dapat mengecam aku pada awalnya. Namun saat aku lebih mendekat dia di sisi katil dan memberi ingat, barulah namaku di sebut jelas. Hampir sahaja air mata yang ditahan-tahan ini menitik deras.

Kurus cengkung, butir bicara yang tidak jelas, pandangan yang begitu kabur, kudrat yang menipis dan... hanya semangat besarnya yang masih menjadi bekal. Aku tidak banyak bicara kerana yang paling benar tidak ada bicara yang mampu disusun selain memberi kata semangat agar dia melawan kesakitan dan dugaan itu.

"Koishie, tak sangka kan jadi macam ni.. tak sangkaa.." (dia hampir menangis..)

Suaranya tenggelam timbul singgah di telingaku. Aku mengangguk-angguk perlahan dan tidak lepas memandang pada matanya. Kami baru sahaja bertepuk-tampar hujung Disember lalu saat dia mengunjungi kami sebelum kembali ke daerah pekerjaannya yang beratus batu itu. Dan hari ini kami bertemu lagi tetapi di dalam situasi yang jauh amat berbeza.

Kuat aku menahan emosi. Tidak sanggup melihat keseksaan yang sedang dilalui teman ini. Namun, janjiku pada diri untuk tidak menitiskan air mata di depannya. Justeru hanya senyum aku berikan buat dia meski di sebalik itu berhujan di hati.

Menurut sang doktor, keadaan kesihatannya semua berlangsung normal. Dia hanya di tahan di sini kerana kondisi badan yang terlalu lemah. Selain itu, tidak terkesan. Justeru melalui penceritaan yang menjaga, aku terkongsi banyak cerita yang tidak terjangka. Malah dari mulut teman ini sendiri, dia mengakui kebenaran hal yang diperkata.

Aku menarik nafas panjang. Mudah-mudahan terjauhhhh dari segala yang menakutkan ini. Bukan sahaja aku dan keluarga, tetapi juga untuk teman-teman dan seluruhnya kamu. Berbuat dan bersangka baiklah kepada semua yang berkeliling, tiada rugi walau seinci ku kira. Juga, yang terbaca hanya pada fizikal, dan yang di dalam sana tiada siapa yang mampu menjangkau. Justeru berhati-hatilah dengan lidah, dengan laku dan dengan apa sahaja yang termiliki kamu agar tidak sampai 'menyakiti' mereka yang tegar pada segala.

Ya Tuhan... semoga terhindar kami dari semua ini. Juga doa kesejahteraan agar teman ini kembali ke kondisi normal. Pelajaran ini akan terpegang kemas aku percaya. Bukan untuk dia sahaja, tetapi untuk aku dan mungkin seluruhnya kamu juga.

[Ber-tuah kamu yang punya ramai teman-2 yang mengirim doa.. insya-Allah]

Monday, January 30, 2012

~ BERLALULAH JANUARI ~


AKHIRNYA acara besar yang membuat kami tidak tidak senang duduk semenjak sebulan yang lalu kini selesai berlangsung Sabtu lalu. Meski ia bukanlah satu acara yang paling sempurna segala, namun sekurang-kurangnya ia mencipta sejarah yang tersendiri untuk pasukan kerja aku dan rakan-rakan.

Lelah yang ada usah dihitung kerana dalam tempoh persiapan acara ini, segala telah terlalui kami. Malah sesekali ia menjadi di luar akal apabila ia berlebih dari kudrat sekerat yang ada ini.

Paling aku belajar, semangat satu pasukan itu harus tidak, berada di papan paling atas. Ini kerana jika salah satu mahu menunjuk hebat sendiri, ia akan mendekat kepada 'simpul' yang akhirnya akan membawa kepada keporak-peranda segala.

Apapun, alhamdulillah acara itu berlangsung mengikut mahu kami dan Januari telah berlalu dan memberi laluan kepada Februari untuk menjemput dengan semangat baharu.

[Januari yang sesak akhir-nya ber-lalu pergi. Mudah2an ter-simpan kemas pelajaran hidop yang ter-pinjam dalam tempoh itu..]

Sunday, January 29, 2012

~ MY LOVE PLAYGIRL ~


TAJUK: My Love Playgirl
KARYA: Siti Nur Dhuha
CETAKAN: Pertama, Kedua & Ketiga (2012)
PENERBIT: Buku Prima Sdn Bhd
HALAMAN: 677
HARGA: RM25.90

“Dia ‘playgirl’, sombong, berlagak bagus, perasan, cantik dan semua yang buruk ada padanya. Tapi bagi aku, dialah wanita terbaik yang pernah aku temui,”


[Sampai ke-bintang]

Saturday, January 28, 2012

~ KHABAR SERIUS ~


ADA cerita serius yang mahu aku kongsikan, namun kesempatan tidak mengizin panjang. Lalu, paling teringkas sekadar untuk berkongsi pinjam pengajaran hidup untuk kamu, aku dan mereka yang lainnya.

Siang hari tadi, saat berkejaran dengan acara besar di lantai pekerjaan (sehingga Ahad), aku dikejutkan dengan kiriman khidmat pesanan ringkas yang memaklumkan tentang seorang teman yang kini sedang tenat dan tidak sedarkan diri. Pihak hospital menyarankan agar keluarga membawanya pulang ke rumah dan berubat secara tradisional.

Aku baca penuh teliti dan perhati, bimbang kalau ada perkataan yang membuat celaru. Namun sungguh beberapa kali aku tatap baca, butir dan maksudnya begitu jelas. Teman ini baru sahaja aku temui pada pertengahan Disember yang lalu. Saat itu dia masih serupa seperti selalu. Ceria seperti dia apa resah di dunia miliknya.

Pada pertemuan itu, ditanya aku kenapa wajahnya begitu mencengkung? Bekerja keras untuk mencari duit, katanya. Ditanya lagi aku kenapa ada parut-parut hitam yang begitu tiba-tiba di sebahagian lengan kedua belah tangan miliknya? Alergik dengan air di sebuah kawasan pedalaman tempatnya bermastautin jawabnya. Aku mengangguk-angguk tanda menerima jawapan jelas yang diberikan dia kurang lebih sebulan yang lalu itu.

Nahhhh... hari ini aku disampaikan berita yang bercanggah dari apa yang dijawabnya. Menurut mereka yang lebih dekat dengannya, teman ini khabarnya (atau ia hanya satu sangkaan semata) terkena 'buatan' orang. Dikongsikan cerita kononnya ada pihak yang tidak berpuas hati dengannya, lalu diputuskan untuk 'menyakiti' teman yang sedia ada bertubuh kecil ini. Harus itu 'pilihan' yang paling membahagiakan??? Apa dengan lunasnya ingin kejahatan itu, si pelaku akan beroleh untung/senang yang berlebih biasa?

Beberapa rakan taulan yang mengenali teman ini, tidak putus mengirimkan pesanan agar didoakan kesejahteraan kepadanya. Mohon agar Tuhan merahmati dan mengizinkan kesihatan buatnya. Manis... kerana teman ini masih mempunyai rakan-rakan yang menyayanginya. Saling berpesan agar dikirimkan doa buat teman ini.

Nahh... begitu ertinya berteman-sahabat. Bukan hanya ketika senang. Paling amat menjadi harga bila mana ada dengan mahu untuk mendoakan kesejahteraan buat sahabatnya itu secara diam (sehingga bersambut malaikat, semoga untukmu juga..)

[Lalu, ber-henti-lah ber-kata-2 burok tentang sahabat kamu sendiri.. atau yang perenah di-panggel sahabat... jauhi dan lupai andai benar ia ter-burok buat kamu..]

Friday, January 27, 2012

~ MUNGKIN LEBIH BAIK ~


MELALUI hari yang cukup amat melelahkan. Namun itu pilihan yang dipilih atas dasar tuntutan pekerjaan yang bergalas di bahu.

Lewat petang tadi saat berkejaran mengurus itu dan ini berkait acara penting lantai pekerjaan Sabtu ini, aku dipanggil mengadap encik ketua.

"Tahniah, dan kena kerja lebih kuat lagi ni.." selorohnya.

Terkebil-kebil (dan memang ini reaksi yang terlalu selalu bila mana aku tidak tahu mahu menutur apa..). Menurunkan tandatangan kurang lebih dua saat dan berlalu pergi. Lupa untuk senyum, tetapi ada ucapan terima kasih di hujung bicara itu. Kembali menyambung urus pekerjaan yang masih berbaki.

Kurang lapan belas minit selepas itu, aku menjadi tidak sabar. Kembali membuka surat yang diberikan oleh pihak pengurusan sebentar tadi. Senyum. Alhamdulillah. Aku berfikir-fikir beberapa saat. Bersyukurlah kerana hari ini lebih baik dari semalam kalaupun baiknya hanya seinci. Rezeki Tuhan.

Ermm.. dan kerja jangan terlalu berkira-kira. Lagi berkira, lagi rasa terbeban keras. Justeru, memilih pada pilihan bukan?

[Di-beri tugasan men-jadi pemegang amanah.. ermmm..]

Thursday, January 26, 2012

~ LEBIH DARI SATU ~


AKU menulis entri ini dengan senyum yang panjang setelah puas mentertawakan diri sendiri. Kata teman jiwa, aku ini telah menjadi 'macam-macam' semenjak beberapa hari terkebelakang ini.

OK. Mereka yang dekat, pasti saja maklum aku ini punya kesukaan mendapatkan atau membeli sesuatu yang aku gemari lebih daripada satu. Andai aku menyukai sesuatu baju itu, aku akan membelinya dengan jumlah dua atau lebih (bergantung kepada isi poket ketika itu). Sama pada rekaan dan bentuknya, tetapi beza pada warna. Aku pernah punya baju yang sama, dengan empat warna yang berbeza. Malah, bukan sahaja baju, tetapi juga kasut, beg dan seumpamanya.

Kata seorang teman, ia terjadi begitu kerana aku orangnya mungkin tidak tahu membuat keputusan sendiri.. Justeru, aku memilih untuk tidak membuat pilihan. Ertinya aku orangnya gagal (barangkali). Ermm.. begitu barangkali aku.. Ermm.. barangkali iya.. dan barangkali juga tidak..

Tinggalkan seketika itu kerana ceritanya begini. Awal pagi tadi, aku memulakan hari dengan begitu kelam kelibut. Masih mamai dan terawang-awangan lantaran keadaan kesihatan yang tidak begitu mengizinkan sehari-dua terkebelakang ini. Lalu, tanpa aku sedari aku telah ke lantai pekerjaan dengan menyarung sepatu yang berbeza warna setiap satunya di kaki. Sebelahnya berwarna kelabu dan sebelahnya berwarna coklat gelap. Keliru barangkali kerana sepatu sama jenis ini aku punya dua pasang yang berbeza warna.

Sudah ke hilir hulu aku berkejaran melunas sangkut urus pekerjaan yang masih berbaki sebelum acara besar di lantai pekerjaan berlangsung kurang lebih tiga hari lagi. Bererti juga sudah banyak orang yang aku sua sebahagian hari ini. Dan sungguh, sedikitpun aku tidak sempat untuk menoleh ke kaki sendiri. Malah mereka yang bernyebelah juga langsung tidak menegur. Sama ada mereka juga tidak punya kesempatan untuk menelek, atau menganggap itu disengaja-fesyen oleh aku tuan empunya.

Langsung ia tersarung selesa di kaki sehingga matahari condong lebih daripada separuh hari. Saat kebetulan cuai pada diri, aku menumpahkan minuman sehingga menyentuh sepatu di kaki. Nahhh... terdiam senyap aku melihat keadaan sepatu yang tidak sekata hati itu di hujung kaki.

Bagaimana aku boleh begitu situasinya?

Tidak tunggu sesaat, aku menghilangkan diri ke unta hitam. Menyembunyi malu sambil mencari-cari padanan sepatu yang sesuai agar tidak terlihat canggung. Dan nasib menyebelah. Lalu aku membuka cerita yang tidak tertahankan itu kepada teman jiwa. Namun cerita tidak sampai jelas bila mana aku hanya mampu bercerita kepadanya hanya melalui teks kerana telah hilang suara semenjak lewat hari kelmarin. Dan.. terasa sepertinya aku ditertawakan diri sendiri.

Menggeleng-gelangkan kepala. Dan ia sejenak menjadi terapi kepada ketekanan yang bergalas beberapa hari ini. Ahh.. koishie.. kamu ini tidak pernah berdiri jauh dari cuai diri.

[Ter-lalu selalu. Dan itu-lah aku!]

Wednesday, January 25, 2012

~ DEALOVA ~


DEALOVA
by once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…
Sya… na na na…


[Dan.. bila ter-kenang dia..]

Tuesday, January 24, 2012

~ PENGHAPUS DOSA ~


PEMERGIANKU ke utara semenanjung tanah air dua hari lalu itu tidak dalam perancangan. Tiba-tiba seperti dipanggil untuk menziarah pusara arwah sahabat dekat. Rindu.. dan ingatan terhadapnya bertalu datang menerpa. Lalu, aku akur.

Namun sepulangnya dari sana aku diserang demam panas. Hilang daya dan terkalah di luar mahu. Begitu kerap terjadi dalam beberapa minggu terkebelakang ini. Dan aku mulai ada kebimbangan.

[Saket itu peng-hapos dosa.. yaaa... aku tahu itu]

Monday, January 23, 2012

~ DI UTARA SEMENANJUNG TANAH AIR ~


DIPELUKNYA aku kemas seperti tidak mahu dilepaskan. Hujung bahu kurung merah yang dipakai aku mula basah dek air matanya. Tiada esak tangis yang kedengaran, cuma manik jernih yang semakin deras mennuruni pipinya.

Aku menepuk-nepuk bahunya perlahan. Tiada kata yang mampu ditutur. Apatah lagi janji penyedap hati. Beberapa ketika kami dalam keadaan begitu. Senyap sunyi melayan lara di hati masing-masing.

Begitu yang sering terjadi bila aku berkunjung ke sini. Di suatu tempat yang pernah mencipta keriangan yang bukan sedikit saat arwah masih ada bernafas. Dengan kesempatan yang terberi Tuhan, aku masih punya kudrat untuk menjejak ke pusara arwah sahabat dekat yang seorang ini nun di utara semenanjung tanah air.

Si ibu masih begitu adanya. Meski hampir tujuh tahun pemergian arwah, lakunya masih sama. Kerinduannya masih berat tidak tertanggungkan.

"Terima kasih kasih kerana AL masih ingat arwah... masih ingat ibu.. masih mahu ke sini.. masih sudi menghadiahkan alfatihah.. masih..."

Dan aku berlinangan air mata yang ditahan seawal tadi.

[Aku tidak punya ramai, tidak punya banyak.. lalu yang ada-2 ini men-jadi paleng aku letak tinggi.. meski tidak ter-lehat begitu barang-kali..]

Sunday, January 22, 2012

~ GONG XI FA CAI ~



GONG XI FA CAI... Semoga tahun naga ini memberikan tuah dan kegembiraan yang berganda. Sempat menemani teman jiwa membuat persiapan meski berlangsung dalam situasi yang agak kelam kabut, namun manis.

Kesempatan yang baik dan situasi yang telah lama kami tinggalkan. Hari semalam seperti terulang. Merah hati dan merah rasa menyala dengan semangat naga yang memberi inspirasi dan janji.

Meski tidak bersamanya meraikan perayaan ini, aku percaya senyum manis tetap ada bersama kami.

[Tuah angpow..]

Saturday, January 21, 2012

~ TAK SEINDAH MIMPI ~


TAJUK : Tak Seindah Mimpi
KARYA : Sharifah Abu Salem
CETAKAN: 1 (2000), 2 & 3 (2001), 4 & 5 (2002), 6 (2003), 7 & 8 (2004), 9 (2006), 10 (2007), 11 (2008) dan 12 (2011)
PENERBIT : Alaf 21 Sdn Bhd
HALAMAN : 654
HARGA : RM24.00

“Meskipun realitinya pahit, aku sanggup maniskan hari esok untukmu.."


[Bukan semua haros dengan kehendak..]

Friday, January 20, 2012

~ SEHINGGA BERLALU JANUARI ~


BERKAMPUNG di ruang yang mengepung dingin terlalu lebih dari separuh hari itu membuat aku hampir-hampir beku. Berdebat dan bertikam lidah tentang banyak usul berkaitan acara yang bakal berlangsung pada hujung Januari ini sangat-sangat menyesakkan.

Lazim selalu dalam perbincangan di bilik dingin itu, aku hanya bersuara saat di tanya sahaja. Yaa... saat ditanya. Lain dari biasa, aku membuat suara yang banyak kali ini. Rakan-rakan sepasukan mungkin sedikit tertanya dengan tingkah yang tidak selalu itu.

Tingkah itu bermula saat aku merasa terasak oleh sikap lewa mereka yang ‘sepatutnya’ terhadap beberapa perkara yang pada aku harus tidak diremeh-temehkan. Aku bersuara atas asas itu. Suara itu kemudiannya menjadi perdebatan yang hangat. Yaa.. itu hal luar biasa dari aku!

Dan saat itulah, aku terlihat rupa-rupanya ada ‘lalang’ yang berkeliling hidup. Benarlah kata seorang rakan sepekerjaan, di sini lalangnya banyak tetapi tidak terlihat jelas. Dan aku faham apa yang dimaksudkannya itu.

Justeru, aku bangkit sedikit mengjengkit agar tidak terlindung dek lalang yang meninggi itu. Mempertahankan suaraku pada ketetapan yang aku titikkan. Memperjuangan pendirian yang aku percaya pada laluan yang betul demi sukses acara besar itu nanti.

Dan... Alhamdulillah suara itu di dengar, kata itu diterima dan pendirian itu diambil dengan senyum semua. Huh... aku sendiri bagai tidak percaya boleh bersuara begitu rupa. Menyertai perdebatan yang tentunya bukan aku.

[Se-tiap hari di-bilek dingen sa-lagi Januari tidak ber-lalu..]

Thursday, January 19, 2012

~ FEELING GOOD ~




FEELING GOOD
by nina simone

Birds flying high
You know how I feel
Sun in the sky
You know how I feel
Breeze driftin' on by
You know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
Uh.. uhhh..
And I'm feeling good

Fish in the sea
You know how I feel
River running free
You know how I feel
Blossom on the tree
You know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
And I'm feeling good

Dragonfly out in the sun
You know what I mean, don't you know
Butterflies all havin' fun
You know what I mean
Sleep in peace when day is done
That's what I mean

And this old world
Is a new world
And a bold world
For me

Stars when you shine
You know how I feel
Scent of the pine
You know how I feel
Oh freedom is mine
And I know how I feel

It's a new dawn
It's a new day
It's a new life
For me
Da,,, daa.. damm..
And I'm feeling good


[Untok hari ini dan hari-2 se-teros-nya..]

Wednesday, January 18, 2012

~ DAN SEKALI LAGI... ~


AKU mahu menulis entri yang sama untuk kesekian kalinya atas ingin naluri yang membuat detik..

Orang muslim yang mendoakan temannya secara diam-diam,
akan disambut malaikat dengan berkata;
"Semoga untukmu juga.."
(Hadis Riwayat Muslim)

[dan... begitu-lah sabalik-nya..]

Tuesday, January 17, 2012

~ BERSIH CELAKA ~


AKU melihat dia dari jauh. Lakunya memberi ketarikan yang banyak kepadaku. Mataku mengekor tidak terkalih sehingga tiba pada orang terakhir yang dia salami. Manis.

Aku usul tanya, apa itu hari terakhir dia di lantai pekerjaan lantaran tingkahnya menyalami dan memohon maaf setiap satu bernyawa di depan matanya. Namun kata seorang rakan ini, itu menjadi hal rutin lelaki itu pada setiap hari saat mahu melangkah kaki pulang meninggalkan lantai pekerjaan.

setiap hari??a'ahh..
Lelaki separuh abad itu, sebelum ini dikenal dengan sikap yang memberi kurang senang yang banyak kepada mereka yang berkeliling dengannya. Aku juga pernah mempunyai rasa yang sama lantaran bahasa dan tuturnya yang lepas mengikut suka.

Namun aku diberi maklum, semenjak pulang dari mengerjakan haji dua tahun lepas, dia banyak berubah. Dan itulah yang menjadi amalannya kini. Setiap hari dia akan menyalami dan mohon dimaafkan kesalahannya pada setiap rakan-rakan yang berkelibat di depan matanya. Setiap hari!!!

Katanya, dia tidak mahu mati dalam keadaan meninggalkan dendam dan amarah pada jiwa orang lain, andai esok ditakdirkan Tuhan nafasnya terhenti.

Dan aku diam. Sungguh-sungguh diam. Yaaa Tuhan, aku juga tidak mahu mati dengan meninggalkan cela dan celaka pada hati orang lain. Tidak mahu!! Minta dijauhkan semua itu dari berdamping aku.

[Doa kasejahteraan.. dan mohon di-ma'af-kan aku untok sagala]

Monday, January 16, 2012

~ SEHABIS JANUARI ~


MINGGU yang panjang. Hambatan tarikh mati pada urus pekerjaan yang berjarak dekat dan menekan membuatkan aku tidak terkalih perhati di lantai pekerjaan. Malah tiada cuti hujung minggu untuk kami sepasukan pada minggu tengah Januari ini.

Sabtu dan Ahad menjadi hari bekerja biasa dari tanah gelap ke tanah gelap juga. Semalam (Ahad) kami 'berkampung' di lantai pekerjaan dari awal pagi sehingga lewat tengah malam. Dan pagi ini kami bekerja seperti biasa memulakan minggu baru. Lalu Isnin yang selalunya menjadi hari baru dengan energi segar berlaku sebaliknya.

Mungkin kedengarannya seperti merungut. Jujurnya tidak. Ia sekadar menjelas situasi diri dalam tempoh sepuluh-lima belas hari ini. Situasi yang melarikan aku dari tumpu yang lazim terlaku pada kesempatan biasa.

Tuntutan... dan dalam masa yang sama ia sebenarnya menjadi pilihan yang dipilih. Lalu, lalui sahaja bukan?

[Ia benar dengan urosan..]

Sunday, January 15, 2012

~ BIAR SAMPAI KE BINTANG ~


BIAR SAMPAI KE BINTANG
by asmidar

Biar mimpi
Mimpi kita jejak sampai ke bintang
Walau harus menggapai awan
Menongkah arus ini
Aku tahu bukan mudah
Tapi mimpi ini harus satu..

Tiada gunung yg terlalu tinggi
Tiada laut yg terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi
Mimpi kita...

Biar mimpi sampai ke bintang
Kerana kita semua tahu..
Kerana ini impian
Setiap satu dari kita

Tiada gunung yg terlalu tinggi
Tiada laut yg terlalu luas
Untuk mereka memisahkan kita
Dari mimpi-mimpi kita ini
Jangan resah ini takdir
Tuhan mendengarnya
Untuk membawa mimpi
Mimpi kita

Menuju ke bintang...


[Bintang yang masa sama]

Saturday, January 14, 2012

~ AKU MANUSIA BERDOSA ~


TAJUK: Aku Manusia Berdosa (Koleksi Skrip Teater dan Filem Pendek)
KARYA: Nur Ahmad
CETAKAN: Pertama (2011)
PENERBIT: Merpati Jingga
HALAMAN: 182

[Dan kesempatan itu...]

Friday, January 13, 2012

~ MAGIS AWIE & ELLA ~


SELAMA hampir dua jam terpaku di kerusi empuk Panggung Sari, Istana Budaya saat mempunyai kesempatan untuk menonton Konsert Awie dan Ella pada hari pembukaan yang sungguh mengujakan ini.

Kurang lebih dua puluh buah lagu di nyanyikan tanpa henti selama hampir dua jam konsert berlangsung. Awie dan Ella silih berganti mengambil ruang pentas membuat persembahan dengan lagu-lagu terbaik mereka. Selain persembahan duet yang menjadi kemestian, Awie dan Ella juga saling bertukar lagu nyanyian masing-masing untuk memberi kelainan. Dan, ia menjadi!

Paling membuat ramai tidak senang duduk, ketika segmen persembahan lagu-lagu medley kedua-dua mereka. Awie dan Ella saling tidak mahu kalah. Dibayang Awan, Cinta Selembut Sutera, Tiada Rahsia Diantara Kita, Sepi Sekuntum Mawar Merah, Ukiran Jiwa, Tiada Tangis Lagi, Di Penjara Janji, Pedih, Bara, Pengemis Cinta, Ratuku, Sembilu dan beberapa lagu lagi disampaikan dengan penuh bertenaga. Sementelah kumpulan pemuzik yang diketuai oleh Edrie Hashim itu turut menyumbang hebat (suka bunyi gesekan violin yang tidak kalah dalam dentuman bunyian-bunyian keras lain...).

Tahniah untuk keduanya yang umum sedia tahu kemampuan yang termiliki. Justeru, tidak hairanlah tiket-tiket untuk konsert ini terjual mudah. Awie dan Ella membuat rasa senang yang banyak kepada mereka yang mengeluarkan belanja untuk menonton persembahan mereka.

Selain terhibur dengan kehebatan persembahan mereka, aku kira penonton juga terhibur dengan gelagat bersahaja Ella di pentas. Ratu Rock ini sangat 'comel' apabila menyanyi dan menari sambil mengangkat dress labuhnya sehingga menampakkan bogel kakinya tanpa sepatu. Paling membuat lucu, Ella secara spontan meminta izin dari Awie untuk membuka dandanan rambutnya yang jelas kelihatan tidak menyelesakan dirinya. Lalu salah seorang pemuzik yang mengiringi persembahannya menjadi 'mangsa' keselambaan Ella. Dan... Awie memahami Ella seadanya!

Kamu masih punya kesempatan jika mahu menjadi sebahagian, sementelah persembahan yang pertama kali seumpamanya menyatukan dua bintang rock popular ini di satu pentas yang sama, akan berlangsung sehingga 15 Januari ini.

INFO
ACARA: Konsert Awie & Ella, Raja & Ratu Rock Malaysia
TARIKH: 12-15 Januari 2012
TEMPAT: Panggung Sari, Istana Budaya
MASA: 8.30 Malam
TIKET: RM43, RM83, RM143, RM213, RM303 dan RM403 (boleh didapati di kaunter tiket Istana Budaya atau di www.ticket2u.biz)

[Menunggu apa-kah Konsert Ziana Zain & Anuar Zain di-Istana Budaya per-tengahan tahon ini men-jadi kenyataan..]

Thursday, January 12, 2012

~ KOMEDI PALING SERIUS ~


BUAT pertama kali seumpamanya malah tercatat di dalam sejarah semenjak pentas berprestij, Istana Budaya di buka lantainya untuk kegiatan seni dan budaya, sebuah persembahan lawak komedi diberi tempat.

'Lawak Ke, Der?'... Itulah nama persembahan yang akan membariskan pelawak-pelawak terkenal tanahair yang kini semakin mendapat di hati para penggemar seni hiburan . Antara yang bakal beraksi dan tercatat nama di dalam sejarah yang bakal terlakar ini ialah Os, Abon, Nabil, Zizan, Johan, Afdlin Shauki, Harun Salim Bachik dan satu-satunya Harith Iskander.

Soalnya, apakah ada para penonton yang sanggup mengeluarkan belanja RM53, RM73, RM123, RM173, RM203 dan RM353 hanya untuk menonton sebuah persembahan lawak jenaka? Sementelah sejak bertahun kita terbiasa menonton persembahan lawak secara percuma di kaca TV atau selingan pada acara majlis?

Yang paling benar, persembahan lawak juga sebenarnya merupakan salah satu daripada seni hiburan. Persembahan yang memberi hiburan dan mampu mengubat gundah gulana. Sebagaimana kita membayar untuk mendapat hiburan melalui bidang nyanyian mahupun lakonan, hal yang serupa juga harus dilakukan kepada lawak jenaka. Tiada sebab ia harus didiskriminasikan.

Kata Afdlin, program yang julung kalinya di adakan ini dilihat satu penghargaan terbaik buat pelawak-pelawak tanah air. Ia bukan lagi persembahan pelengkap masa, tetapi diangkat menjadi persembahan utama. Ditambah pula ia bakal berlangsung di pentas berprestij yang menjadi idaman semua penggiat seni ini. Umpama bulan jatuh ke riba mimpinya.

Seperkara yang paling lain, persembahan mereka kali ini tampil dengan harga. Justeru, tanggungjawabnya menjadi lain. Ia bukan lagi sekadar untuk suka-suka, tetapi ia lebih daripada itu. Dan... turut terjebak dengan keterujaan itu.

Paling jujur, aku amat menantikan kemunculan saudara Harith Iskander. Satu-satunya stand up comedian yang tiada tolok banding. Dia bukan pelawak biasa. Dia adalah The King of Malaysian Comedy. Paling jelas, bukan senang untuk menonton persembahan komedinya sebelum ini. Persembahan Harith seringnya di tempat-tempat eksklusif yang mungkinnya tidak mampu dihadiri orang-orang seperti aku dari golongan marhaen ini. Justeru, kesempatan yang ada ini tidak harus dilepaskan mudah.

Untuk kamu yang mencari hiburan yang lebih dari biasa, mungkin boleh mencarinya di sini bermula 3, 4, 5, & 10, 11, dan 12 Februari 2012. Aku amat percaya, Istana Budaya tidak akan memberi ruang jika mereka tidak sepatutnya di sana.

[Ter-tarek juga dengan per-cobaan Daphne Iking mem-buat stand up comedy.. siapa sangka si chantek itu juga ter-arah ke-situ]

Wednesday, January 11, 2012

~ GIVE A LITTLE LOVE ~



GIVE A LITTLE LOVE
by the mostar diving club

How we gonna get there
Does anybody know
We're headed for the sunshine
That's the way to go

It's looking like a good day
Won't you come along
Lady luck has found you
Nothing could go wrong

Anything will do but
If you give a little love

Oh, oh, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, oh, oh, oh,

Can you feel the music
Beating in your heart
All the little notes were
Dancing in the stars

How we gonna reach them
It's easy if you try
Spread your little wings out
Start to fly

An airplane might do but
If you give a little love

Oh, oh, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, oh,
Oh, oh, oh, oh, oh, oh, oh

Give a little love it'll all come back
Throw a little out it'll make you glad,
oh, oh.
And I could see the rays of sunshine
There ain't no sad rain
And I can hear the birds they're singing
Singing out your name
Calling out your name,
oh, oh.

Give a little love it'll all come back
Throw a little out it'll make you glad,
oh, oh...


[Di-situ-lah lasykar pelangi]

Tuesday, January 10, 2012

~ DAN ITULAH.. ~


KALI terakhir ia terjadi dua tahun lalu. Dan semalam berulang. Pening kepala yang melampau sehingga tidak mampu berdiri untuk mengimbangi badan. Tekak pula sepertinya mahu memuntahkan segala isi dalam, tetapi tidak.

Kurang lebih empat puluh minit aku mencari reda sebelum memutuskan untuk tetap ke lantai pekerjaan kerana urusan mendesak di sana. Sebahagian urusan pekerjaan yang harus disuakan kepada en ketua hari ini.

Pada sebelah petangnya, aku mengalah tidak mampu. Dan itu sungguh. Aku fikir mungkin kerana waktu tidur yang tidak menentu membuatkan hal itu berlaku demikian rupa. Justeru, pulang ke rumah aku langsung tidak melaku apa melain rehat yang panjang dengan tidur yang sempurna.

Nahhh.. sebaik membuka mata pada awal pagi ini untuk memulakan hari dan bersiap ke lantai pekerjaan, ia berulang. Malah lebih keras dari semalam. Aku tidak mampu bangun dari katil kerana cengkaman keras di otak menolak fizikal agar tidak menggerak. Ya Tuhan..

Lalu, mahu tidak mahu aku terpaksa menghubungi rakan sepekerjaan dan memohon agar en ketua memberikan kelonggaran untuk ke lantai pekerjaan hanya pada separuh hari petangnya. Urus pekerjaan hari ini bertemu tarikh mati, itu menjadi hal kalut. Dan aku terlantar pada saat yang tidak terjangkakan.

Dan itu urusan Tuhan... Siapa kita? Justeru, beringatlah sebelum tiba pada saat-saat yang Dia mahu tentukan..

[Aku jelas..]

Monday, January 09, 2012

~ SEMPORNA YANG MENGGODA ~





TERKILAN. Sudah dua kali perancangan untuk bercuti ke Pulau Semporna, Sabah tidak menjadi kenyataan. Sepertinya Semporna menolak keras aku untuk menjejak ke tanahnya.. ermm..

Tarikh sepatutnya aku berada di sana, dari 26-29 Januari ini bertindih dengan tarikh satu acara penting yang diterajui oleh kumpulan aku dan rakan-rakan di lantai pekerjaan yang juga jatuh pada tiga hari sekitar itu.

Justeru, segala apa perancangan yang dirangka pada tarikh itu harus terbatal tanpa sebarang alasan. Malah bermula hari ini sehingga berakhir acara, cuti kami dibekukan sementara kecuali hal yang benar mendesak. Itu utusan paling baharu yang sampai kepada kami awal pagi Jumaat lalu.

Saat urus pembayaran untuk percutian tersebut telah selesai bersih, aku harus membatalkan rancangan yang lama dinanti tiba itu? Ermm.. hilang bahasa untuk menyenang hati sendiri. Lalu, apa lagi pilihan yang ada selain bergasak dengan 'kalau' yang datang membuat acah. Nahh.. cuainya datang dari aku yang tidak melihat jelas urusan pekerjaan sendiri.

[Semporna sangat amat meng-goda.. dan ia bukan sediket..]

Sunday, January 08, 2012

~ P. RAMLEE THE MUSICAL 2012 ~





P. RAMLEE THE MUSICAL yang pernah mencetuskan fenomena pada pementasannya baik di musim pertama mahupun kedua, bakal kembali ke pentas Panggung Sari, Istana Budaya pada 1-18 November depan.

Senyum. Dan aku menantikan saat itu. Meski tidak ketinggalan menonton pementasan musim pertama dan keduanya itu, perasaan teruja masih kekal ada untuk musim terbaharu ini.

Paling menjadi tanda tanya, kepada siapakah akan diserahkan watak Saloma? Liza Hanim seperti mana yang umum sedia maklum kini sudah bertudung dan tampil dengan imej yang baharu. Justeru, mana mungkin watak Saloma menjadi perhatiannya lagi.

Sedang pada dua pementasan lalu, Liza begitu cemerlang menangani peranan yang diberikan kepadanya itu. Tidak hanya pada gaya lakonnya, tetapi juga pada suara nyanyiannya yang umum sudah sedia tahu letak kemampuannya di mana. Lunak dan gemersik suaranya beserta liuk lintuk manja lakonannya jauh membuat penonton merasa seperti benar-benar melihat Saloma.

Dan... dialah jelmaan Saloma.

Pernah suatu ketika, saat dia baharu sahaja tampil dengan imej bertudung, aku mengacah tanya kepada penyanyi yang pernah menggenggam anugerah Vokal Terbaik di AJL ini. Andai P. Ramlee The Musical itu kembali di pentaskan, bagaimana mungkin watak itu akan diperan orang lain sedang Saloma begitu lekat pada dirinya.

Nahh... ibu kepada tiga anak-anak comel itu lantas tersenyum dan berkata, "Saloma itu ada dan lekat pada semua kita yang tahu kisahnya...". Aku senyum, dan dia juga senyum.

Justeru, pasti sekali pementasan P. Ramlee The Musical musim terbaharu ini akan tanpanya. Jujur, aku paling kecewa. Pun begitu, dia pernah memberikan yang terbaik. Lalu, hal itu akan tetap terkenang meski siapapun yang menjadi ganti.

[Dan aku akan menunggu...]

Saturday, January 07, 2012

~ GEMERSIK KALBU ~


TAJUK: Gemersik Kalbu
KARYA : Anis Ayuni
CETAKAN: 1 (2005) 2 & 3 (2006) 4 & 5 (2007) 6 (2008) 7 (2009) 8 & 9 (2010) dan 10 (2011)
PENERBIT: Alaf 21 Sdn Bhd
HALAMAN: 584
HARGA: RM19.90

“Mengapa berpaut pada kenangan, sedangkan impian boleh digapai?”

• Novel ini telah diadaptasikan kepada sebuah drama 24 episod dan akan disiarkan di saluran TV3 mulai 03 Januari lalu, jam 9.00 malam.

[Beberapa naskah baharu yang belom di-belek baca..]

Friday, January 06, 2012

~ WANITA ITU ~


WANITA ITU

Wanita itu…
Sabar memimpin anaknya yang berderet
Dia tahu payah
Tapi dia mahu semuanya selamat

Wanita itu…
Patah sayap rupanya
Dia tidak tahu apa-apa
Tapi dia mahu anak-anaknya serba tahu

Wanita itu…
Membanting tulang siang dan malam
Demi mengisi perut anak-anaknya
Tapi dia selalu di tafsir tanpa di tanya

Wanita itu…
Cekal menahan tangis
Dia mahu mendengar tawa riang
Tapi dia gagal mencarinya di mana

Wanita itu…
Perlu bantu pimpin
Bukan di pandang tiada
Kerana dia juga sebahagian kita
Tiada tapi lagi

[Aku me-lehat dan maseh me-lehat..]

Thursday, January 05, 2012

~ PUNYA TARIKH MATI ~


HUJUNG bulan ni, aku dan rakan-rakan sepasukan bakal terlibat dengan projek pembuka untuk tahun 2012 ini. Bukan calang-calang kerana ia melibatkan beberapa pihak dan tentu juga banyak keperluan yang menarik kepada perhati yang besar.

Meski sibuk dengan persiapan perlu, rutin pekerjaan biasa tetap beratur membuat damping. Dua hari berturut-turut aku melanjutkan waktu di tempat pekerjaan menyiapkan rutin yang punya tarikh mati itu. Malah hari ini urus yang sederet itu diusung pulang ke rumah tanpa pilihan.

Dan.. saat jari ini bercerita di sini, aku baru sahaja usai menghabiskan sebahagian. Namun, tetap juga berbaki untuk kembali diusung ke lantai pekerjaan esok hatinya.

Pengsan!!!

[Doa kesejahteraan...]

Wednesday, January 04, 2012

~ CERITA BAHARU ~


CERITA tahun lalu tidak mahu diungkit lagi. Meski diasak dengan segala provokasi, aku mohon bertabah. Tahun baharu, untuk cerita baharu..

[Tuhan maha tahu..]

Tuesday, January 03, 2012

~ PILIHAN ~


MINGGU pertama tahun baharu 2012 ini aku dikejutkan dengan cerita tentang seorang teman lama. Teman yang dulunya aku kenali dengan peribadi yang cukup bertentangan dengan apa yang dia miliki hari ini.

Dia mula menjadi lain semenjak mengambil keputusan berhenti belajar dan cuba menikmati dunia menurut persepsinya. Aku melihat kemelutnya bermula di situ. Meski tidak begitu rapat dan mengenali dekat dunianya, aku memahami sebahagian. Banyak yang dia kongsikan tanpa silu saat celaru membuat damping. Sementelah usianya yang berpangkat adik itu membuatkan aku kerap dirujuk.

Namun selepas dia memilih hidup yang penuh warna-warni itu, kami sudah jarang berhubung, apatah lagi untuk duduk menghirup secawan coffee bagaimana sebelumnya. Tiba satu ketika, berlaku sedikit salah faham antara kami. Aku menjauh dan dia terus hilang berita.

Sehinggalah dia kembali muncul pada awal tahun lalu saat aku mengirimkan ucapan selamat hari ulang tahun buatnya. Saat itu hal yang terkongsi berkisar tentang keazamannya membina hidup baharu dengan energi baharu. Aku tumpang gembira dengan perkembangan itu, namun dia hilang lagi selepas itu.

Dan.... tiba-tiba pada minggu ini aku dikejutkan dengan berita dia menjadi buruan ramai orang kerana terlibat dengan beberapa 'kejadian'. Nama dan fotonya disebar bebas melalui laman sosial dengan caci cela yang berderet. Dan sungguh, aku tersentak.. diam dan hilang kata.

Pun begitu, dalam masa yang sama mengharap ia hanya salah faham dan semua cerita itu tidak benar. Malangnya, bukti dan saksi beratur menampilkan diri. Nahh... paling mengejutkan, hari pertama tahun baru yakni dua hari lalu, cerita itu dipanjangkan dan sampai ke meja pihak berkuasa. Dan setahap itu ia menjadi besar.

Aku cuba mencarinya, malang dia gagal untuk dihubungi. Nombor telefon bimbitnya memang sering bertukar ganti dan menjadi biasa untuk gagal menjejak dia. Justeru, hanya doa yang mampu aku panjatkan agar segala itu dapat diselesaikan dengan baik tanpa menjejas dia.

'Tidak akan berubah nasib seseorang itu, melainkan dia yang merubah nasibnya sendiri..' dan aku sangat berpegang pada itu.

[Pilihan.... ya pilihan..]

Monday, January 02, 2012

~ ANEH DI TAHUN BAHARU ~


AKU sangat tertarik dengan laporan istimewa akhbar Berita Minggu, 1 Januari 2012 semalam, berkenaan upacara-upacara aneh penduduk dunia bersilang benua setiap kali tibanya tahun baharu.

Kredit petikan berita: http://www.bharian.com.my

1. IRELAND: Daun Dedalu Beri Putih (Misletoe) Diletakkan Di bawah Bantal.
Menjadi tradisi di Ireland, pada malam tahun baharu anak gadis melakukan upacara ini dengan harapan akan bertemu bakal suami. Tradisi ini juga dipercayai membantu wanita Ireland membuang nasib buruk selain membawa kejayaan dalam hidup.

2. SEPANYOL: Makan 12 Biji Anggur
Ia dikatakan sebagai lambang 12 bulan yang bakal dilalui. Amalan ini juga dikatakan bakal memberi nasib yang baik sepanjang tahun baharu.

3. DENMARK: Memecahkan Pinggan Mangkuk Di Pintu Rumah Jiran
Memang nampak pelik dan aneh tetapi perbuatan ini tidak mendatangkan kemarahan kepada si jiran. Sebaliknya orang yang paling banyak menerima 'lemparan' pinggan mangkuk itu dikira paling bertuah kerana membuktikan mereka mempunyai banyak teman setia.

4. SCOTLAND: Gelung Bola Api
Dikenali sebagai Festival 'Hogmanay', acara ini dilakukan pada malam 31 Disember setiap tahun. Pada festival itu, kaum lelaki Scotland menunjukkan bakat masing-masing mengendalikan gelung bola api. Gelung bebola api itu dikatakan sebagai simbolik matahari yang memberikan sinaran yang baik untuk tahun-tahun mendatang.

5. ECUADOR: Pembakaran Orang-Orang
'Orang-orang' ini diperbuat daripada jerami, rumput kering, kain yang diisi surat khabar dan kepingan kayu. Mereka percaya tradisi itu dapat memusnahkan semua perkara buruk yang berlaku dalam tempoh 12 bulan yang lalu.

6. EROPAH: Langkah Pertama
Mengikut kepercayaan orang Eropah kuno, orang yang pertama memasuki rumah pada malam tahun baharu atau hari pertama tahun baharu, sepatutnya orang yang berambut hitam. Tetamu pertama yang masuk perlu membawa hadiah seperti duit syiling yang melambangkan kemakmuran atau garam (perencah hidup) atau roti (makanan). Biasanya tetamu pertama dibenarkan tidur di rumah yang dikunjungi.

7. BRAZIL, BOLIVIA & ITALI: Memakai seluar Dalam Berwarna Warni
Lazimnya warna merah, kuning, jingga atau rona terang menjadi pilihan ramai. Mereka percaya memakai seluar dalam berwarna terang selepas tengah malam hari tahun baharu akan memberi masa depan yang cerah untuk tahun depan. Tradisi itu juga kononnya memudahkan mereka mendapatkan jodoh.

8. MEXICO: Bercakap Dengan Roh
Malam sebelum tahun baharu dianggap masa terbaik untuk berkomunikasi dengan roh si mati bagi menyampaikan mesej atau meminta bimbingan. Lazimnya upacara memuja roh ini tidak dilakukan di rumah secara individu. Malah, amalan ini diiktiraf di sisi undang-undang di sana.

9. CHILE: Sambutan Di Tanah Perkuburan
Kawasan perkuburan dibuka pada jam 11 malam pada 31 Disember. Keluarga si mati akan membawa lilin dan lampu suluh dengan iringan muzik klasik menjadikan kawasan itu terang benderang seperti sebuah parti. Masyarakat di sini percaya dengan mengadakan majlis sambutan ulang tahun di kawasan perkuburan sebagai cara untuk meraikannya bersama ahli keluarga yang sudah mati.

10.RUSSIA: Sambutan Di Dasar Tasik
Selalunya acara ini akan dilakukan oleh penyelam profesional yang menunjukkan pelbagai aksi menyelam di tasik terbesar di dunia, Tasik Baikal. Penyelam akan menebuk lubang ais di dalam tasik yang beku dan kemudiannya menyelam dengan membawa pokok untuk ditanam di dasar tasik. Ia diikuti dengan upacara seperti menari sambil mengeliling pokok yang ditanam.

11. FILIPINA: Memakai Pakaian Bercorak Polka Dot
Masyarakat Filipina percaya bahawa pemakaian baju polka dot akan membawa kemakmuran. Polka Dot dikaitkan dengan titik bulat menyerupai duit syiling atau simbol kekayaan.

[Manusia memang aneh..]

Sunday, January 01, 2012

~ PALING HUJUNG SELATAN SEMENANJUNG TANAH AIR ~


TIDAK seperti kebiasaan selalu, kali ini aku menyambut kedatangan tahun baharu di kota paling hujung selatan semenanjung tanah air. Umpama sebuah kelaziman percikan bunga api menjadi kemestian. Tidak banyak beza dengan sambutan di tengah hiruk pikuk kota sana.

Namun, ia tidak pernah menjadi ketarikan aku dan teman jiwa. Malah, yang paling benar menyambut tahun baharu juga bukanlah yang paling perlu pada kami. Cuma mengambil kesempatan pada keluangan yang ada untuk mengisi damping. Itu sahaja sahaja dan tidak lebih.

Tiada janji pada tahun baharu ini. Cuma doa jauh di sudut hati sana semoga cerita kami berakhir manis. Sampai bila??? Hanya yang diatas sana tahu segala inci jawapannya. Aku hanya pelaku yang menurut apa yang telah Dia tetapkan sejak wujud aku dan wujud kami.

Aku menggeleng-gelengkan kepala.. ketawa dan diam sendiri dalam deru angin malam yang menyentuh-nyentuh pipi. Hampir saban tahun kami menutur hal yang sama pada kesempatan begini. Mana akhirnya? Soalan serupa yang beratus kali diaju teman jiwa tanpa jawapan dariku.

"kalau takdir itu bukan milik kita, saya terima dengan seadanya.."
"tak perlu menyenangkan hati dengan cara begitu.."
"habis tu..?"
"pilihan itu untuk dipilih.."
"pilihan saya selalu salah"
"dan itulah takdirnya."


[Telok Danga sereng-nya mem-beri cherita laen..]