Friday, December 09, 2011

~ MENGALIH PILIHAN ~


AKU sepatutnya kembali menghala arah ke pantai timur semenanjung tanah air pada malam ini untuk pulang menjenguk ibu. Namun mengalih pilihan untuk menunda pada sehari selepasnya barangkali.

Esok harinya, aku perlu berada di tanah permai, Tanjung Karang, Kuala Selangor berkait urus pekerjaan. Biarpun ada rakan sepekerjaan menawarkan diri untuk menggantikan tempat, aku menolaknya. Bukan tidak sudi, namun sudah 'malu mata' untuk menyusahkan mereka lagi. Manakan tidak, sepanjang minggu lalu sudah banyak budi yang terhulur.

Benar terima kasih untuk hulur bantu itu. Hanya Tuhan yang mampu membalasnya. Mudah-mudahan aku juga diringankan keinginan untuk melakukan hal yang serupa. Tidak hanya pada rakan-rakan yang sering membantu ini tetapi kepada mereka yang lain berkeliling juga, insya-Allah.

Kehidupan hari esok, tiada siapa yang mampu menduga. Sesaat, seminit yang akan berlaku selepas menarik dan menghembuskan nafas, tidak akan pernah kita tahu apa ketentuan-Nya. Justeru, lihatlah di mana kita.

[Budi sa-tahon, sa-gunong intan..]

No comments: