Monday, July 25, 2011

~ KERANA AKU INI QAYS YANG MERINDUKAN BULAN... ~


KERANA AKU INI QAYS YANG MERINDUKAN BULAN

Kelmarin,
Kutemu para darwis
Di padang kasur mimpiku

Kata mereka kepadaku:
Wahai Qays!
Gugahkanlah rasa cintamu itu
Menjadi sekalung doa dan relung tasbih
Kerana dalam kehidupan ini
Telah dihabiskan segenap manusia mencari sesuatu
Yang bahkan tidak disuratkan buat mereka.

Kataku kembali:
Duhai tuan-tuan,
Kerana aku tidak menemukan sebarang kebutuhan
Untuk melupakannya
Maka tinggalkanlah aku di sini menjadi perindu

Seorang Gibran di hilir malam
Seorang Attar di lengkung langit
Dan seorang Rumi di sawang mimpi...

Kerana hanya dengan ini
Aku dapat mengintai bulan yang kejauhan...

Puisi indah ini aku petik dan pinjam daripada naskah 'Perempuan Yang Patah Hati' tulisan Rasyidah Othman. Lekat dan larut isinya.

[Kalau punya kesempatan men-dengar sendiri sang penules-nya meluncor puisi ini untok di-per-dengar-kan, tentu ber-lari aku ke-situ..]

2 comments:

said...

Terima kasih atas sokongan.
kalau ada deklamasi, akan jemput. :) :)

Koishie said...

:) 'Perempuan Yang Patah Hati' ini selalu membuat larut, dan aku sukakan hampir seluruh puisi2 di dalamnya. Dan itu sungguh.