Thursday, March 31, 2011

~ MENIMBANG HAL YANG SERUPA ~


OK. Aku tidak ramai kawan. Yang ada hanya yang sedikit ini. Lalu yang sedikit ini, aku hargai dengan hati yang cukup besar. Menerima kurang dan lebih mereka sebagai mana mereka juga menimbang hal yang serupa kepadaku. Berlaku adil.

[Bukan soal balasan]

Tuesday, March 29, 2011

~ HAL-HAL KALUT ~

(Tiga jenis inilah yang membuatkan hidup aku begitu kalut seharian semalam...)

ALERGIK. Dek kerana sengsara yang tidak tertahankan, malam tadi aku menyerah diri dan mengalah untuk menelan ubat-ubatan yang dibekalkan. Hanyut terus sehingga ke pagi.

Bangun paginya untuk memulakan hari, aku menjadi gerun dengan diri sendiri. Manakan tidak, muka membengkak dan merubah terus rupa asal. Allah... Terduduk seketika kerana tidak tahu mahu berbuat apa. Mahu mengambil cuti sakit, itu agak sukar lantaran urus hari ini lebih besar dari itu.

Lalu aku berusaha keras menuam bengkak yang terbonjol umpama baru selesai dibelasah itu. Jam 7.10 pagi aku sudah tiba di ruang pekerjaan. Menghabiskan masa kurang lebih satu jam setengah di kereta dalam usaha mengurangkan bengkak itu. Huh.. dan aKu menjadi perhatian seketika saat memasuki lantai pekerjaan. Sepertinya mahu memakai purdah menutup semua kecuali dua mata.

Apapun, alhamdulillah beberapa jam selepas itu ia terpulih perlahan-lahan. Alergik, kata sang doktor yang bijak pandai. Sudah aku ingatkan dia terdahulu sebelum itu, tetapi katanya kali ini yang lain dan berbeza. Nahhhh.. memang lain dan berbeza bila mana aku terpaksa berdepan sengsara yang begini.

Menjadi kebetulan juga, untuk beberapa hari ini abang terbang ke bumi kenyalang. Justeru, urusan menghantar dan menjemput si kecil dari sekolah, tuisyen dan segala aktiviti hariannya beralih ke bahu aku. Lalu tidak dapat tidak, harus lunaskan itu dalam situasi yang begini adanya.

Dek kerana perut jalan raya yang sarat memuntahkan isinya, perjalanan aku dan si kecil menuju destinasi-destinasi urusannya itu menjadi panjang. Lalu dia punya banyak masa untuk bercerita itu dan ini. Sesuatu yang telah lama kami tidak lakukan bersama dek kesibukan aku yang sepertinya tidak berpenghujung itu.

Dan bagai biasa... dia akan bertanyakan hal-hal yang biasa dia usulkan kepadaku. Tentang orang-orang yang biasa dalam kenalnya. Dan bagai biasa juga dia begitu mengerti bila aku berat mulut mahu menutur cerita. Lalu menjadi biasa untuknya meneka-neka hal yang benar.

"Ooo.. macam selalu yaa.."


Wahh.. 'macam selalu'??? Aku faham apa dan siapa yang dia dimaksudkan. Tutur yang terhambur dari bibir mungilnya itu membuat aku ketawa kecil. Diam tanpa jawapan. Kalau aku ada jawapan untuk itu, dia juga akan ada soalan lain selain dari itu. Lalu, cukup sahaja melayan sekadar di situ.

[Dunia kecil-nya sangat indah kerana semua-nya telos dan luros..]

Sunday, March 27, 2011

~ SAKIT ITU PENGHAPUS DOSA ~


PAKEJ. Serba cukup hingga menjadikan aku lemah longlai pada minggu ini. Bukan kerana urusan pekerjaan yang menghambat keras, tetapi kerana keadaan kesihatan yang menganggu-gugat.

Dan alhamdulillah, aku masih lagi bangun bernafas di Subuh hari ini setelah tidur setengah mati malam tadi.

Beberapa hari lalu setelah lama sihat senang, asma datang menyerang. Keras. Membuatkan segalanya terhenti buat aku. Lama aku tidak dalam keadaan seumpama itu. Entah bila kali terakhirnya. Dan bila ia bertandang lagi, aku menjadi sangat gelisah. Semuanya gara-gara aku mengepam paru-paru dengan asap tembakau yang terpinjam diudara tanpa rela.

Lalu saat itu terkenang cerita sahabat yang ibunya Dhani, tentang kisah rakan sepekerjaannya yang meninggal kerana diserang asma kurang lebih 24 jam dari pertemuan mereka sebelumnya. Tiba-tiba aku dihambat ketakutan seolah kematian itu hujung selangkah dari aku saat ini. Uhh.. Kematian itu pasti, harus ingat itu... ( yaa.. aku sangat tahu itu..)

Semalam aku demam. Mungkin hal itu adalah perkara yang paling biasa untuk semua orang. Tetapi sedikit luar biasa kepada aku. Ini kerana demam itu selalu membawa sengsara yang banyak kepadaku. Demam itu akan mengalirkan haba dan suhu yang sangat menyakitkan pada 'besi-besi asing' yang masih ada kekal di bahagian rahang kanan dan dagu kiriku. Kepanasan itu selalunya menangkap urat gusi dan kemudiannya membawa kepada kepala. Dan apabila ia membawa kepada kepala, maka segalanya menjadi tidak mampu.

Lalu sebaik pulang dari Maskara di rumah PENA, mata tiba-tiba menjadi bengkak. Rahang kanan menjadi kejap sehingga terasa sengsara untuk membuka mulut membuat tutur apatah lagi mahu selainnya. Kepala berat dan aku terus tumbang separuh mati.

Dan... hari ini aku masih bernafas dan bertemu kamu di sini. Terima kasih Tuhan...

Kejadian semalam membuat aku terfikir, kalau benar ia terjadi... terlalu banyak maaf yang aku hutangkan dan belum berbayar. Dan sungguh, dengan sepenuh tulus hati aku mahu melakukan itu di sini. Mohon kemaafan untuk segala yang tercela pernah dipuncakan aku. Biar tidak aku lafazkan di depan muka, aku tahu ketulusan ini akan sampai kepada mereka yang sepatut kerana aku yakin ada angin kasih yang akan menyampaikan hal ini kepada mereka yang aku maksudkan itu meski tidak pernah membaca di sini. Sungguh aku percaya itu!

[Jangan perenah ter-tutop pintu hati...]

Saturday, March 26, 2011

~ AKU CINTA DIA ~



TAJUK
: Aku Cinta Dia

KARYA
: Syarifah Abu Salem

CETAKAN
: Pertama (2009)

PENERBIT
: Alaf 21 Sdn Bhd

HALAMAN
: 499

HARGA
: RM19.90

“Tak terusir lagi rasa rindu ini bila kau iringi tiap detik helaan nafasku..”

[Yang ke-tiga akhir-nya men-jadi paling per-tama..]

Friday, March 25, 2011

~ LENCUN DENGAN KEBENARAN ~


KEMBALI sibuk membuat berpuluh salinan sijil pelajaran dan pengajian. Tapi Celaru. Bukan semata kerana hal-hal yang tidak terelakkan di sini, tetapi juga kerana tidak mahu meninggalkan baki. Pernah kata seorang, kalau hilang, biar hilang terus. Dan mungkinlah begitu...

[Yang kurik itu kundi, yang merah itu saga..]

Thursday, March 24, 2011

~ COUNT ON ME ~


COUNT ON ME
by bruno mars

If you ever find yourself stuck in the middle of the sea,
I'll sail the world to find you
If you ever find yourself lost in the dark and you can't see,
I'll be the light to guide you
Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

Wooooh, Wooooh
That's what friends are supposed to do, oh yeah
You can count on me cause I can count on you

If tou toss and you turn and you just can't fall asleep
I'll sing a song Beside you
And if you ever forget how much you really mean to me
Everyday I will Remind you
Ohh... Find out what we're made of
What we are called to help our friends in need

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah

You'll always have my shoulder when you cry
I'll never let go... Never say goodbye

You can count on me like 1 2 3
I'll be there
And I know when I need it I can count on you like 4 3 2
And you'll be there
Cause that's what friends are supposed to do, oh yeah
You can count on me cos' I can count on you


[Senantiasa ada... tapi entah bagi-mana kamu..]

Wednesday, March 23, 2011

~ LAT KAMPUNG BOY SEBUAH MUZIKAL ~














MENDENGAR namanya sahaja sudah membuat aku teruja, apatah lagi punya kesempatan untuk duduk menonton sebuah muzikal yang mengangkat kisah hidupnya sebagai subjek tumpuan.

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal... Sungguh, keterujaannya sedikit luar biasa. Manakan tidak, aku sangat ingin mengetahui siapa sebenarnya lelaki hebat ini. Mampu menjadikan minat melukis kartun itu sebagai satu kerjaya besar yang kemudiannya mampu mengangkat status dirinya dalam hirarki masyarakat.

Melihat kepada tonggak tenaga produksi yang mendokong, ramai yang meyakini muzikal ini mampu menterjemahkan dengan baik isi pokok cerita yang ingin disampaikan. Aku juga percaya itu. Dan aku memberikan sepenuh tumpuan dan harapan kala duduk di kerusi empuk Panggung Sari, Istana Budaya itu.

Babak-babak awal agak ketika zaman kanak-kanak Lat sangat menambat hati. Malah aku sangat sukakan penggunaan warna hitam putih bukan sahaja untuk set pentas tetapi juga kostum sang perannya. Ia seolah-olah melihat lakaran kartun Lat yang hidup bergerak di pentas. Sayang pada babak-babak besar yang lainnya, ia bertukar suasana. Keindahan hitam putih itu tidak dikekalkan kepada keseluruhan ceritanya. Mungkin sang pengarahnya, baik Hans Isaac mahupun Harith Iskandar punya alasan munasabah mereka, tetapi aku melihat yang hitam putih itu sebagai yang lebih cantik dan membezakan jelas Lat daripada muzikal yang lain. Mungkin itu masalah aku.

Dan aku juga terpinga-pinga apabila muzikal yang di adaptasikan dari 'Komik Kampung Boy' ini memberikan babak atau adegan akhir yang begitu ringkas kesimpulannya. Lalu ia menjadi tiada rasa dan babak itu berlalu begitu sahaja.

Apapun, aku sangat sukakan lakonan Awie yang cukup bersahaja. Wajahnya sentiasa penuh ekspresi setiap kali menuturkan dialog. Ternyata pihak produksi tidak silap percaturan mengambilnya sebagai teraju utama. Begitu juga dengan Jalil Hamid sebagai bapa dan Omar Abdullah sebagai Pak Samad yang juga ketua Lat ketika berkhidmat sebagai wartawan jenayah di NSTP. Memang kena pada duduk posisi mereka. Namun lain pula halnya dengan Atilia. Betul... Atilia sangat bagus kala melontarkan suara yang berirama, tetapi aku tidak fikir dia bagus juga dalam melontarkan perasaan yang harus digaya badankan. Lalu, aku ingin katakan, watak Faezah itu mungkin bukan untuknya.

Tahniah kepada Michael Veerapan!!! Persembahannya untuk pementasan ini sangat menarik dan aku sangat sukakannya. Kesemua 14 buah lagu yang diperdengarkan dengan susunan muzik yang enak pada halwa telinga dan cukup dengan cerita.

Lat Kampung Boy Sebuah Muzikal secara keseluruhannya agak menghiburkan, tetapi dari segi kepuasannya, ia hanya berada di tahap yang biasa-biasa sahaja. Ia tidak mendorong aku untuk menonton lagi buat kali kedua atau lebih seperti mana 'P. Ramlee The Musical' atau paling tidakpun, 'Ibu Zain'. Namun jika ada yang bertanya tentang teater ini, aku masih mahu katakan ia OK dan jemputlah untuk menontonnya. Pementasan sedang rancak berlangsung di Panggung Sari, Istana Budaya bermula 16 Mac lalu sehingga 5 April depan dengan tiket-tiket yang berharga serendah RM40 sehingga RM300.

Sedikit tentang Datuk Lat:

Lat atau Mohammad Nor Khalid dilahirkan di sebuah kampung kecil di Kota Baru, Perak pada 5 Mac 1951. Beliau adalah seorang kartunis negara yang cukup disegani. Pemenang Hadiah Kebudayaan Asia Fukuoka pada tahun 2002 ini, telah menerbitkan lebih daripada 20 jilid kartun semenjak berusia 13 tahun. Kebanyakan karya-karyanya menggambarkan suasana sosial dan politik Malaysia secara lelucon tanpa berat sebelah.

Karya Lat yang paling terkenal ialah The Kampung Boy (1979) yang diterbitkan dalam beberapa negara di serata dunia. Pada tahun 1994, Sultan Perak, Sultan Azlan Shah mengurniakan gelaran Datuk kepada Lat sebagai pengiktirafan kepada jasa kartunis ini dalam membantu memupuk harmoni dan persefahaman sosial menerusi kartun-kartunnya.

[Sangat suka-kan dialaog-2 motivasi ber-sahaja yang di-selit-kan dalam muzikal ini.. inspirasi..]

Tuesday, March 22, 2011

~ DETIK ANTARA WAKTU ~


DETIK ANTARA WAKTU
by misha omar

Berlinangan air mata
Bibir membisik angin mendayu
Dalam hati tanda tanya
Mengapa diri ku

Terketar-ketar terhayun jiwa
Menghadap detik antara waktu
Bila duka kini bertukar
Jadi cinta yang membawa ku

Seharus sutera cinta mu
Bisa melenyapkan kesan parut duka
Oh kasihku oh sayang ku

Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Cinta kita tak akan tersisih
Dari apa yang telah ditentukan takdir
Oohhh

Harusnya aku mencintai mu
Setiap kali ku terdengarkan nama mu
Harusnya aku mendekati mu
Setiap kali ku terbayangkan wajah mu

Aku kan selalu menyayangi mu
Walaupun ku harus meniti detik antara waktu
Oohhh
Menantikan detik antara waktu

[Dan... itu-lah janji..]

Monday, March 21, 2011

~ CERITA AYAH ~


PEMBEDAHAN ayah ditangguhkan buat sementara waktu. Kalau menurut jadual asal, ia harus berlangsung 17 April ini yang mana ia jatuh tepat pada hari ulang tahun kelahiran adik. Namun, buat ketika ini sang doktor menangguhkan dahulu perancangan itu dan tarikhnya akan ditetapkan kemudian.

Aku merenung-renung wajah ayah. Lelaki besar semangat ini seperti tidak kisahkan apa. Tidak takutkan apa langsung. Berbuih mulut ibu mohon agar dia berhenti mengepam paru-parunya dengan asap tembakau itu, tetapi sedikit pun tidak dia peduli. Ajal maut di tangan Tuhan katanya. Aku tahu ibu sering sahaja berkecil hati dengan sikap ayah itu. Tetapi apa lagi yang termampu ibu?

Kalau kata ibu tidak mahu didengar, apatah lagi kata aku?

[Kaseh sayang yang bukan bolih di-tules rangka..]

Sunday, March 20, 2011

~ MEMINJAM KASIH SAYANG ~


KELMARIN rumah kami didatangi tamu. Bukan tamu biasa tetapi seorang insan teristimewa yang lekat dalam ingat kami sehingga saat ini. Namanya, Ath.

Ibunya merupakan teman kakak yang menumpangkan Ath semalaman di rumah kami kerana dia punya urusan mendesak di utara tanah air tanpa mampu membawa Ath sekali kerana ia berkaitan urusan rasmi. Lalu kakak berbesar hati untuk menjagakan Ath untuk tempoh itu.

Ath bukan bayi biasa, tetapi merupakan bayi 'istimewa' yang dilindungi sepenuhnya Tuhan. Pada usianya kurang lebih dua tahun, berat badan Ath mencecah 20kg
. Kepalanya juga besar tidak seperti bayi seusianya. Tangisannya juga dalam diam, sedar-sedar air mata sahaja yang membasahi pipi.

Ath makan melalui saluran tiub yang dimasukkan ke mulutnya. Begitu juga dengan minumnya. Justeru, saluran tiub itu sentiasa melekat di mulutnya. Biar begitu, dia sentiasa murah dengan senyuman. Bahagian kanan badan Ath ditebuk semenjak usianya satu tahun kerana dia mengalami masalah pada ususnya. Kepala usus (kalau tidak silap aku) di keluarkan untuk memudahkan Ath membuang air besar. Satu beg plastik untuk tujuan itu di lekatkan pada badan Ath. Aku tahu ia mungkin memberi rasa tidak selesa pada Ath, tetapi sang ibu tiada pilihan melainkan menurut sahaja saranan sang doktor.

Minggu lalu, kakak membantu membelikan Ath sebuah kerusi roda yang bersesuaian untuknya. Warna kuning. Cantik sekali. Mudah-mudahan ia dapat membantu ibu Ath untuk membawanya berulang-alik ke hospital.

Ath punya kakak berusia 12 tahun, Kekna. Nampak sahaja badan Kekna kecil, tetapi dia mampu sahaja mengangkat Ath untuk diriba, dimandikan dan sebagainya. Kelmarin, beg najis Ath bocor. Mungkin kerana ia dilekatkan tidak begitu kemas sewaktu dipakaikan. Lalu, kami cuba membantu untuk membersihkannya, namun Kekna mahu melakukan sendiri. Walaupun dia tidak berbicara apa, tetapi aku dapat membaca isi hatinya. Mungkin dia tidak mahu menyusahkan kami atau mungkin takut kami 'tidak selesa' untuk membersihkan najis Ath. Kekna silap. Tiada apapun yang menyusahkan kami. Aku dan kakak menyatakan itu berkali-kali. Dan akhirnya barulah dia memberi peluang kami melakukannya bersama-sama.

Begitu juga insiden ketika kami sedang makan malam. Kaki dan tangan Ath tiba-tiba kejang. Kekna yang tengah menjamah hidangan terus berlari memeluk Ath. Aku gamam. Kakak dan abang juga terkejut. Mujurlah Ath tidak apa-apa. Mungkin kerana penghawa dingin yang terlalu kuat menyerap isi tulangnya. Melihat sikap tanggungjawab Kekna, aku jadi sungguh terharu. Dalam usianya yang begitu, dia sudah mengerti segala susah payah ibu. Dia cukup memahami perasaan gusar ayah. Dan dia amat merasa kasih sayang yang tinggi menggunung tidak terbanding pada si adik. Meski begitu kekurangan yang Ath miliki.

Sepanjang kurang lebih 48 jam bersama mereka, banyak hal yang terpinjam buat aku. Hal-hal kecil yang sering sahaja terlepas pandang, namun tanpa sedar ia sebenarnya memberi kesan yang besar dalam perjalanan hidup seharian kita. Soal tanggungjawab, soal kasih sayang, soal pengertian, soal sensitiviti dan pelbagai lagi. Bukan sahaja untuk mereka yang gelarnya keluarga, tetapi juga sahabat atau mereka yang berkeliling dekat.

Untuk Ath, aku doakan agar dia mampu mendepani hidup dengan sebaiknya apabila b
esar nanti. Untuk Kekna, semoga Tuhan merahmati ketulusan hatinya dan membalas segala kebaikan Kekna pada Ath, pada ibu dan ayah.

[Kaseh sayang tidak langsong ber-batas...]

Saturday, March 19, 2011

~ MASKARA 26 ~


ACARA: Maskara 26
TARIKH: 26 Mac (Sabtu)
JAM: 8.00 Malam
TEMPAT: Rumah PENA
ANJURAN: Sindiket Sol-jah
PERSEMBAHAN: Dewangga Sakti, Asmidar Ahmad, Sani Sudin, Amirah Ali dan Tri Hadzir.
TIKET : Masuk percuma

MALAM
Baca Naskah Sindiket Sol-jah dan Kawan-Kawan Yang Kita Suka, tiba lagi. Aku mencari keluangan untuk hadirkan diri dan mudah-mudahan kamu juga tidak melepaskan peluang untuk sama-sama menikmati hal-hal seni yang mereka kongsikan.

[Satu-satu-nya yang maseh me-mikat..]

~ SABOTAJ 3 - BUKAN BLOG BUKAN BUKAN ~


TAJUK : Sabotaj 3 – Bukan Blog Bukan Bukan
CETAKAN : Pertama (2008)
PENERBIT : Sindiket Sol-jah
HALAMAN : 100
HARGA : RM15.00

[Sudah lima tahon aku.. dan ia juga bukan-bukan..]

Friday, March 18, 2011

~ BLACK SWAN ~



AKU sangat sukakan 'Black Swan'. Sebuah psychological thriller. Lebih absurd, manipulatif, lebih multi dimensi, dan cenderung kepada multi tafsir. Jalan ceritanya sangat memikat, malah diperankan dengan cukup sempurna oleh Natalie Portman. Patutlah dia dijulang sebagai Pelakon Wanita Terbaik di Anugerah Academy dan Golden Globe baru-baru ini. Cemerlang.

Seperti aku. Melihat luarannya, aku mungkin jelas sebagai White Swan. Namun, menyelak lebih daripadanya, mungkin sahaja identiti Black Swan itu lebih besar membuat singgah.

Hidup ini memang begitu agaknya. Menjadi terlalu sempurna akan mengsengsarakan, menjadi terlalu bercompang-camping juga akan memusnahkan. Pilihan semuanya di tangan kita. Takdir dan ketentuan itu usah disalahkan andai diri sendiri yang membawa tuju kepada kehancuran.

[Suara dari dalam]

Thursday, March 17, 2011

~ BINGIT HON ~


SEPANJANG hari ini, baik ketika dalam perjalanan menuju ke tempat pekerjaan, mahupun ketika pulangnya, aku tidak habis-habis dihonkan orang. Beberapa kali hampir terlibat dengan kemalangan. Kecuaianku yang berulang-ulang sehingga menakutkan diri sendiri.

Lalu, aku tidak berhasrat untuk membuat singgah kemana, melainkan menghalakan unta hitam terus ke rumah. Dan memaksa diri membuat lena dan hanyut hingga bertukar hari. Dan sungguh, ada serabut yang berat yang bersimpul di dalam sana.

Tuhan, sungguh kau yang maha mengetahui segalanya. Amin.

[Diam]

Wednesday, March 16, 2011

~ LENCUN DENGAN AMARAH ~


DIHAMBAT lelah yang panjang. Kelmarin, aku sedikit gila berkejaran dengan hal-hal pekerjaan. Bergegas ke beberapa lokasi berbeza saat langit tumpah dengan beratnya. Dek kerana jujur pada tanggungjawab yang diamanahkan, aku dan seorang lagi rakan pekerjaan ini lencun dalam lelah. Tidak peduli kepada langit tumpah, apalagi pada gelap tanah. Mujur sebelum hari bertukar tarikh, kami usai seperti mahunya.

Dan hari ini, kami mendapat khabar yang membuat kecewa. Hal-hal lelah itu menjadi sangat lencun dengan amarah. Manakan tidak, kami sepertinya di mainkan. Kurang dari 24 jam, keputusan 'tuanku' itu lain mengubah arah. Diam.

[Bagi-mana mahu ber-henti merungot..]

Tuesday, March 15, 2011

~ WARNA-WARNI YANG INDAH ~





























DI TANAH hijau ini, tidak sekadar hijau, tetapi juga indah dengan warna-warni lain yang memukau. Sempat aku membidik beberapa hal yang mencuri pandangan untuk berkongsi dengan kamu di sini. Sayang sekali, nama-nama gelar saintifiknya tidak aku ketahui untuk memberi jelas.

[Tutop cherita lalu..]