Wednesday, November 10, 2010

~ SKIMARAMA ~


SKIMARAMA... Itu gelaran untuk orang-orang yang lurus seperti aku barangkali. Tidak kisahpun digelar begitu kerana memang aku dalam kelompok itu.

Semenjak kecilpun aku sememangnya terikat dengan banyak perkara. Tidak semudah dan sebebas rakan-rakan lain yang sebaya. Baik berkaitan pelajaran mahupun hal-hal lainnya. Aku sentiasa terikat dengan itu dan ini yang berkaitan peraturan keluarga, atau peraturan ayah yang paling tepat barangkali.

Lalu aku tidak pernah berani untuk melanggar peraturan ayah walau atas apa jua alasan sekalipun. Tidak sekadar itu, aku juga tidak pernah mahu terlibat dengan apa-apa perlanggaran peraturan sesiapa juga. Menjadi seorang yang lurus dan hanya melalui 'pintu depan' sebagai laluan. Justeru, jangan harap aku akan menyertai apa-apa pakatan atau konspirasi. Lalu, rakan-rakan sering menyebut aku sebagai 'skima'. Hahaha..

Hari ini, aku masih orang yang serupa. Meski sudah di alam pekerjaan dengan usia yang menginjak dewasa, aku masih juga dalam kategori 'skima'. Bukan lagi kerana peraturan ayah yang tidak boleh itu dan tidak boleh ini, tetapi kerana kehendak aku sendiri. Mungkin kerana kebiasaan yang lalu.

Aku masih lagi orang yang setia pada peraturan. Aku masih lagi orang yang sukar untuk kamu ajak untuk menyertai konspirasi. Aku masih lagi orang yang paling gelabah apabila diacah dengan hal-hal yang tidak melalui 'pintu depan'... dan aku masih lagi orang yang penakut untuk bermain-main dengan hal yang salah. Lalu, rakan-rakan baru ini juga sering menyebut aku sebagai 'skima'... :)

Apapun, aku senang dengan aku hari ini. Mungkin kerana skima itulah, aku menjadi aku seperti yang kamu kenali hari ini. Mungkin kerana skima itulah aku terhindar daripada hal-hal yang memberat.

[Sering ter-dengar kata-2 aku sengaja mau me-nunjok baik, hanya kerana 'skimarama' aku ini.. ohh.. ter-pulang kamu..]

2 comments:

Gee Carmen said...

SKIMARAMA... nice word.
alahh, usah dipeduli kata orang, kamu tahu siapa kamu. yang penting.. selesa dan langsung tidak menggugat hidup sesiapa.itu kan lebih menyenangkan kioshie :)

xoxo

Koishie said...

yaaa GC... kerana tidak mempedulikan kata oranglah, aku menjadi aku seperti mana hari ini.. :)