Saturday, October 09, 2010

~ MISS EPAL ~


TAJUK : Miss Epal
KARYA : Hani Sofea
CETAKAN : Pertama (2010)
PENERBIT : PTS Profesional Publishing Sdn Bhd
HALAMAN : 140
HARGA : RM13.50

'Gadis kecil yang bercita-cita tinggi. Impiannya untuk mengubah dunia di sekelilingnya. Cintanya pada warna hijau epal dan memakai haruman epal menyebabkan dia digelar Miss Epal.'

Buat pertama kalinya aku berkongsi bacaan tentang buku untuk kanak-kanak. Buku ini diperkenalkan si kecil kepadaku. Entah daripada mana dia mengetahui tentangnya, aku sendiri kurang pasti. Namun, yang aku tahu sejak beberapa minggu yang lalu, dia berkali meminta aku membelikan buku ini. Terdahulu sebelumnya, aku juga memenuhi permintaannya untuk memiliki buku 'Kerana Siti Munirah..'

Menarik sekali apabila sejak kebelakangan ini si kecil mula menampakkan minatnya terhadap buku-buku. Ada sahaja tajuk-tajuk buku yang dia sebutkan dan kongsikan bersamaku. Malah, beberapa kali cubaannya untuk membelek-belek deretan buku-buku kesayanganku di rak yang duduknya sudah mahu mencecah bumbung itu.

Selalu sahaja dia katakan, suatu hari dia mahu mempunyai deretan buku-buku seperti itu juga. Sungguh, aku berbesar hati bila mana dia terpengaruh dengan hal-hal yang begitu. Mudah-mudahan suatu hari nanti, dia memiliki lebih daripada aku... Itu yang aku katakan padanya ketika menghadiahkan 'Miss Epal' ini dan dia gembira bukan kepalang.. :)

[Ka-gembiraan yang ter-kungsi..]

2 comments:

BuDaK NaKaL said...

bez buku nie .. kitew daa bce , buku nie byk mngajar kitew .. tol2 brgune ..

Koishie said...

Pinjam yang boleh dijadikan teladan.. :)