Monday, October 04, 2010

~ MENJADI SEBAHAGIAN AKU ~

(04 Oktober 2010)

(13 Februari 2010)

(29 Novemver 2007)

HARI yang amat menakutkan. Buat kali ketiga, sekali lagi skru yang menyokong bahagian rahang kananku setelah terlibat dengan kemalangan beberapa tahun lalu dikeluarkan. Kali ini tidak sekadar skru tetapi juga besi yang menyambung bahagian rahang yang patah itu.

Mungkin kamu tidak dapat membayangkan bagaimana ia tertanam di bahagian rahang itu sejak sekian lama. Aku juga tidak pernah menyangkakan barang asing ini menjadi sebahagianku selama ini. Sejak menjalani pembedahan dulu sehingga saat ini, aku tidak pernah tahu apatah lagi melihat apa atau bagaimana bentuknya.

Dan hari ini, saat en doktor mengeluarkannya dari tempatnya barulah aku dapat melihatnya. Aku sendiri terkejut melihat besi penyokong yang panjangnya lebih kurang 2cm itu berada di rahangku selama ini beserta skru-skru yang panjang kurang lebih 1cm. Sehingga kini, 6 skru telah dikeluarkan. Dua skru pada 29 November 2007, tiga skru pada 13 Februari 2010 dan satu lagi pada hari ini. Kurang pasti berapa lagi yang masih berbaki.

Adik menggeleng-gelengkan tidak percaya. Dan aku juga menggeleng-gelengkan kepala. Bukan kerana tidak percaya, tetapi kerana sakitnya bukan kepalang. Luka di bahagian besi yang dikeluarkan itu sangat pedih dan membuatkan aku harus berpuasa untuk beberapa hari. Ermmm..

[Bahagian dagu juga perenah patah dua.. juga kerana kemalangan yang sama..]

No comments: