Saturday, October 23, 2010

~ MEMANDU KE PANTAI TIMUR SEMENANJUNG TANAHAIR ~


KIRA-kira jam 1 tengahari tadi, aku memandu untuk pulang ke kampung halamanku di pantai timur semenanjung tanah air. Tidak dirancang-rancang dan ia berlaku kerana urus mendesak berkaitan kemalangan adik tempohari. Mujur sahaja lebuh raya terhindar sesak dan memberi lancar kepada perjalananku hari ini. Lalu empat jam lebih kemudiannya aku sudah siap siaga berada di depan ibu.

Malah, sebentar tadi ada makan malam istimewa. Khas dari ibu buat aku sempena hari ulang tahun kelahiran pada hari ini. Terima kasih ibu. Terima kasih kerana melahirkan dan menjadikan aku berguna seperti mana hari ini. Sungguh aku tidak begitu memberi kebanggaan buat ibu, namun aku tidak pernah berhenti berusaha untuk itu. Tentunya doa ibu sentiasa aku perlukan di setiap nafas yang dihela.

Jam sepuluh pagi esok, aku akan kembali berangkat ke hiruk-pikuk kota. Agak tergesa-gesa kerana pada sebelah petangnya, aku ditugaskan en boss untuk terlibat dengan urus pekerjaan penting di bandar anggerik. Arghh.. sungguh membuat lelah. Namun, apa pilihan yang ada? Mudah-mudahan semuanya berjalan baik.. aminnn...

[Unta hitam mem-beri isyarat lelah...]

2 comments:

Gee Carmen said...

happy belated koshie.
moga terus dikurniakan bahagia. dipanjangkan umur. aku doakan yang baik-baik saja untuk kamu.

Koishie said...

Terima kasih dan doa kesejahteraan juga untuk kamu GC... :) kamu memberi aku senyum panjang..