Wednesday, September 08, 2010

~ SALING MENYALAMI ~


KESEMPATAN hari ini aku isikan dengan bertemu empat mata dengan rakan-rakan dekat yang punya keluangan yang sama. Manyalami dan memohon maaf dengan perkataan serta hati secara bertentang empat mata itu lebih melegakan buat aku. Justeru, sebelum pulang berhari raya malam nanti, aku mengisi keluangan yang ada ini dengan hal begini. Mudah-mudahan ia dari hati yang dalam.

Terima kasih untuk mereka yang mengutuskan salam raya melalui kiriman kad raya yang sungguh-sungguh membuat aku senang. Biar sekadar ucapan ringkas, ia sungguh membekas. Lalu, aku juga melakukan hal yang sama dengan mengutuskan kiriman untuk mereka dengan rasa yang berbunga. Mudah-mudahan ikatan silaturrahim yang terjalin akan terus kekal selamanya selagi hayat dikandung badan.

Apapun, hati sedikit terkilan dengan apa yang berlaku beberapa hari lepas. Tercuit rasa dengan bahasa tuturan seorang sahabat dekat. Tidak sepatutnya terjadi pada saat beberapa hari lagi mahu meninggalkan Ramadan dan menyambut Syawal tiba. Namun, bohong kalau aku katakan aku tidak mengambil hati soal itu kerana bila lidah menghunus.. tajamnya menusuk keras meluka robek isi dalam. Entah kenapa niat sering sahaja di tafsir salah, tingkah sering sahaja ditafsir bercanggah. Apapun, untuk sahabat ini, aku memohon jutaan ampun untuk segala-galanya. Sungguh ia dengan maksud.

[Ada janji dengan sahabat mei...]

3 comments:

Jo'el said...

selamat hari raya ...maaf zahir batin

Anonymous said...

selamat beraya walaupun semakin hilang maknenye hahaha...

Koishie said...

Joel,
salam aidilfitri juga.. smoga diberkati dan dirahmati..

anon,
salam aidilfitri... raya tetap bermakna untuk kita yang mengerti.. doa kesejahteraan buat kamu.