Monday, August 23, 2010

~ AKU MENGERTI, DIA MENGERTI ~

(kredit foto : filem lagenda budak setan)

BERDAMPING. Pertama kali berbuka puasa dengan lelaki sepet ini untuk tahun ini. Hanya pada 13 Ramadhan baru tiba kesempatan. Hal-hal yang terjarak membuat rentang. Aku mengerti dan dia mengerti. Lalu, banyak cerita yang terkongsi setelah beberapa minggu terjarak. Menutur bual di talian telefon meski saban hari berselang waktu, tentunya sangat tidak sama dengan bertentang empat mata begini.

Lelaki ini begitu bersungguh mahu aku bertukar bidang pekerjaan dan berhijrah ke selatan semenanjung tanah air. Sedang dalam masa yang sama, ayah juga berkali mendesak agar aku pulang berkhidmat di negari sendiri nun di pantai timur semenanjung tanah air.

Aku tidah pernah mahu memberi harapan atau berjanji tentang hal ini. Biar sahaja masa dan keadaan yang menentukan. Aku faham, kasih sayang yang terjarak-jarak begini, sangat berat dugaan dan halangannya dan memberi gusar kepada lelaki sepet yang setia itu. Aku juga faham kejauhan yang beratus batu begini juga tidak menyenangkan hati lelaki tua bergelar ayah di kampung halaman sana. Apatah lagi apabila mengetahui hati aku tidak pernah mahu berubah.

Aku rela melepaskan apa yang aku miliki, andai itu takdir buatku. Tetapi aku tidak akan memulakan. Hanya mahu membiarkan.

[Se-makin lama meng-ikat kaseh, se-main banyak pengorbanan .. semakin kejap, semakin berat untok di-lepaskan..]

4 comments:

masMZ said...

InsyaAllah akan ditunjukkan jalan dan dipermudahkan urusan kamu wahai Koishie... Yang terbaik buat kamu :)

Koishie said...

heiiii...
tiba2 muncul kamu.. bagaimana babak kehidupan baru di sana? Doa kesejahteraan untuk kamu masmz.. :)

masMZ said...

:)
saya sentiasa ada koishie... cumanya kurang berpeluang untuk meninggal jejak... waktu kerja yang sangat padat. Namun selesai waktu pejabat, diri dijamah bosan yang teramat.. Rindunya aku pada 'jajahan' lama, di mana aku bisa merancang apa saja dan sentiasa ada yang sudi serta.
Gila ahhh... belum berpeluang mencari teman di sini...
Tempat ini masih asing buat ku...

Koishie said...

:) masih baru kan.... semuanya akan berjalan baik22 saja nanti. nnti kamu akan senang sehingga terlupakan segala yang ada di sini... hehhehee..