Saturday, March 13, 2010

~ AKU TIDAK APA-APA... ~


BOSAN. Itulah yang boleh aku katakan tentang majlis yang aku hadiri siang tadi. Jika tidak kerana auntie phia beriya mohon aku menemaninya, sama sekali aku tidak akan memilih untuk bersama-sama dengan mereka yang 'lahirnya' di Malaysia, 'sekolahnya' di London dan 'besarnya' di New York di majlis ini.

Aku tidak apa-apa.. Bukan tidak menyenangi cara hidup atau pergaulan mereka, itu dunia dan hak mereka. Apa aku peduli. Tentu sahaja ia tiada kaitan pun dengan aku dan itu bukan masalahnya. Cumanya aku terkadang merasa lucu apabila melihat gelagat mereka. Mereka ini sebolehnya mahu kelihatan gila hebat di mata golongan marhaen seperti aku ini. Semuanya mahu kelihatan sempurna dan kadang-kala terlebih mahu sempurna sehingga langsung tidak sempurna.. Lucu... apa mereka fikir aku akan peduli soal itu? Errrmm... :)

Yaa.. aku tidak bergaul dengan mereka. Ini kerana aku tidak tahu bagaimana mahu bergaul dengan orang-orang yang begitu bangga dengan kemilikan dunia yang mereka punya. Tidak habis-habis cuba 'memberitahu' mereka bukan dari khalayak biasa. Aku cuma senyum, mengangguk-angguk... dan sesekali ketawa sinis apabila terhidang dengan hal-hal yang menjengkelkan.

Auntie phia lain. Walaupun dari 'kasta' yang sama dengan mereka, ibu kepada sahabat dekatku, Aireen atau selalu aku sebutkan di sini sebagai sahabat TTDI ini tidak pernah lupa rumput di bumi walaupun bintang tinggi dalam genggamannya.. Sepanjang-panjang aku mengenali mereka sekeluarga, sepanjang-panjang itu jugalah tidak pernah terlihat kejengkelan dari mereka. Tidak pernah mereka membezakan aku dan manusia-manusia lain yang bukan dari kalangan kasta mereka. Sebabnya mereka sentiasa ingat, darah yang mengalir dalam tubuh setiap manusia itu sama sahaja warnanya, MERAH.

[Aku lahir kat Malaysia.., sekolah, mengaji, kolej, kerja.. semua kat Malaysia..]

No comments: