Wednesday, March 31, 2010

~ JAUHI DEALOVA ~


DEALOVA
by once

Aku ingin menjadi mimpi indah
Dalam tidurmu
Aku ingin menjadi sesuatu
Yang mungkin bisa kau rindu

Karena langkah merapuh
Tanpa dirimu
Oh… Karena hati tlah letih

Aku ingin menjadi sesuatu
Yang slalu bisa kau sentuh
Aku ingin kau tahu bahwa aku
Selalu memujamu

Tanpamu sepinya waktu
Merantai hati
Oh… Bayangmu seakan-akan

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Oh…
Hanya dirimu
Yang bisa membuatku tenang
Tanpa dirimu
Aku merasa hilang… dan sepi
Dan sepi…

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Kau seperti nyanyian dalam hatiku yang
Memanggil rinduku padamu
Seperti udara yang kuhela kau selalu ada

Selalu ada…
Kau selalu ada…
Selalu ada…
Kau selalu ada…
Sya… na na na…


USAH perdengarkan Dealova kepadaku kerana pasti sahaja ingatan lalu bertubi datang menerpa. Kenangan bersama arwah D. Sungguh, Dealova terlalu dekat dengan bayangannya. Hari ini aku mendengar-dengar lagu itu mengisi ruang dan menjamah rasa.

Sedih. Sayu. Sugul. Minggu lalu, aku ke tanah perkuburan Sentul, untuk menziarahi pusara arwah. Namun, apa yang terjadi, aku tidak berjaya menemui pusara arwah. Tidak dapat mengenal-pasti kerana kawasan di situ telah banyak berubah. Terduduk menangis. Aku tidak dapat merujuk kepada sesiapa kerana telah terputus hubungan dengan Mynn, adik perempuan D yang pernah membawa dan menemankan aku ke sini tiga tahun dulu setelah mereka berpindah.

D... sungguh aku terlalu amat sangat terkenang kamu saat ini. Saat benar-benar perlu kamu untuk meminjamkan bahumu. :(

[Al-fatihah...]

~ MAHU TUKAR CHERITA LAIN ~


SI KECIL : Ehh.. kenapa dh lama AL tak YM ngan CA?
AKU : (meneruskan perbualan dengan seorang rakan di YM tanpa mengendahkannya)
SI KECIL : Ooo.. AL gado ehhh.. selalu gado jer
AKU : Dah dia buat AL sedih..
SI KECIL : Dia buat apaaa
AKU : Buat sedih laaaa
SI KECIL : yerlaaa.... dia buat banyak ker?
SI KECIL : Bagila D main YM ngan dia.. nanti D mara dia ehhh

[Si-kechil memang selalu mau me-mujok..]

Tuesday, March 30, 2010

~ KALAU MAMPU DITELAN.. ~


MENGERTI. Aku sangat mengerti, jodoh, pertemuan, ajal dan maut di tangan Tuhan. Aku tidak pernah menolak jika ia benar takdir. Cuma selagi ia tidak terjadi, aku masih dengan pendirian.

SI KECIL : aritu, tokma tanya D, pasal Abang A.H
AKU : Uikss.. bistu, D cakap apeeee
SI KECIL : D cakap boyfriend AL hensem laaa.. hehhee
SI KECIL : tapi tokma cakap kann.. tak suka abang A.H sebab dia 'sepet' . Tokki pun..
AKU : adehhh... D cakap apeee lagi ngan tokma nii???
SI KECIL : Cakap AL nak kawen dah ngan abang A.H
AKU : Ayarkkk..

Si kecil banyak memegang rahsia dan sangat mengerti. Aku harapkan pengertian dari yang lain juga. Tetapi aku mungkin susah untuk dimengertikan barangkali. ermmm..

[Aku sudah ter-biasa dengan kereja gila...]

Monday, March 29, 2010

~ ITU AKU ~

(kredit foto : filem semerah cinta stilletto)

ORANG yang suka merajuk ni, orang tak suka.. aku tahu itu. Tetapi aku memang selalu merajuk. Sebabnya aku tidak pandai mahu marah. Jadi merajuklah kalau ada yang mengusik rasa.

SK : Memang giler ssh nk pujuk ko..

SK : Cukuplah aku kena sekali duluu.. huhuhu
AKU : Hahaha.. sape suh ko buat aku camtuh, majuk aa
SK : Mmg aar slh aku time tuh, tp aku ingat bile mintak maaf ok aa balik
SK : Sekalii.... ko nyer majuk sampai aku plak yg rasa nak nangis..
SK : Giler serikkkk!
AKU : Bluekkk..

[Sahabat yang nama-nya Onelove me-minjam-kan Frank Sinatra... dan aku meng-ulang-2 dengar tanpa henti..]

Sunday, March 28, 2010

~ PEMANDANGAN BARU ~

Dari jendela bilik, banyak yang mencuri pandang..


Mungkin ini sudut yang akan membuat aku lekat dibilik..


Banyak tugas yang menanti...


Masih berserabut seperti tuan yang empunya...


Ruang baru yang tentunya memberikan inspirasi yang baru juga...


masih kosong...


Penat...



Selagi urat saraf masih memberikan reaksi..


Sentiasa mencuri pandang permandangan di luar..


masih belum selesai..


Pada saat yang perlu..


Indah.. dibidik dari bahagian depan ruang tamu


Aku sangat sukakan permandangan ini... sungguh


akan ada lagi yang seumpamanya.. nantikan dari aku


jatuh... dan beberapa jam kemudiannya membengkak...


PERTAMA kali menjejakkan kaki ke kediaman baru. Justeru, sepenuh hari mengisi keluangan untuk membersih dan mencuci setiap incinya. Penat dan tak terkendong dengan kudrat yang sekerat ini.


Jujur aku katakan, aku tidak begitu selesa dengan kediaman baru ini kerana ia benar-benar berada di tengah hiruk-pikuk kota. Bermakna setiap hari aku akan bersesak-sesak di perut jalan raya walau hanya untuk keluar 1km dari tempat kediaman. Ermmm.. Apapaun, mungkin perasaan itu hanya sementara sahaja. Memerlikan sedikit masa untuk menyelesakan diri barangkali.

Masih belum seorang pun kecuali Brad dan tentunya teman jiwa yang tahu aku aku akan berpindah ke kediaman baru. Bukan menyorokkan, cumanya tidak bercerita. Mahu menjadi baru. Mahu yang baru-baru semuanya kerana yang lalu-lalu itu sering membuat kelat.

[Usah di-chari...]

Saturday, March 27, 2010

~ AKHIR SEBUAH CINTA ~


TAJUK : Akhir Sebuah Cinta
KARYA : Siti Nur Dhuha
CETAKAN : Pertama (2009) & Kedua (2009)
PENERBIT : Buku Prima Sdn Bhd
HALAMAN : 647
HARGA : RM19.90

“Apa lagi yang ada pada diri seorang wanita itu melainkan maruah dan harga dirinya. Seandainya kedua-dua itu dirampas, dia sudah tidak punyai harga. Mimi Atia sedih! Mimi Atia terluka dengan apa yang berlaku. Tetapi masa tidak dapat diputar kembali. Dan dia telah kehilangan segala-galanya..”

[Naseb memang aneh...]

Friday, March 26, 2010

~ PHEWITTTT DI KONSERT SUATU MASA... AMY ~












MALAMKU igau, gilakan kau... Siangku sasau, aha... gilakan kau... Aha... gilakan kau... beb. Begitulah antara bait-bait lagu 'Kerja Gila' nyanyian Amy Search atau suka aku sebutkan sebagai 'abang phewitt' di Panggung Sari, Istana Budaya sebentar tadi. Konsert Suatu Masa... Amy memang telah membuat ramai orang menjadi 'gila', termasuk aku.

Jujurnya, sebelum ini dan sehingga hari ini pun aku tidak pernah meminati muzik rock. Boleh mendengar tetapi tidak cenderung untuk menyukai. Namun, ia terkecuali untuk lagu-lagu nyanyian Amy. Entah kenapa rasa terpikatnya begitu istimewa. Arghh.. dia memang lagenda.

Sepanjang 1 jam 45 minit persembahannya itu, energinya sedikitpun tidak berkurang. Benar-benar aku terlupa bahawa dia sudahpun menginjak ke usia 52 tahun ini. Dia sangat segar dan bugar dengan kudratnya. Aku sungguh menikmati alunan yang dikongsikannya itu walaupun dari genre keras yang tidak mahu aku hampiri sebelum ini.

'Konsert Suatu Masa... Amy' menampilkan tiga fasa dalam persembahan yang dipertontonkan. Tiga fasa ini adalah perlambangan perjalanan hidup yang dilalui oleh Amy seawal penglibatannya dalam bidang seni kira-kira 30 tahun dahulu sehingga saat dia berdiri pada hari ini. Bermula dengan zaman gelap (ketika alpa), zaman kelabu (ketika keliru) dan seterusnya ke zaman cerah (ketika kesedaran). Justeru, pemilihan lagu-lagu yang yang didendangkan juga adalah berdasarkan kepada tiga zaman yang dilaluinya itu. Kesemuanya mewakili cerita yang tersendiri. Indah bukan.

Walaupun aku sangat sukakan Amy ketika dia menyanyikan lagu Aku Dah Bosan, Kerja Gila, Isabella, Laila Namamu Teratas, Fantasia Bulan Madu dan yang seumpamanya, namun aku sangat menikmati kala dia mengalunkan dari bibirnya nyanyian Asma AlHusna. Sangat-sangat menyentuh hati yang dalam. Dia mengalunkan dengan cukup berbeza sehinggakan aku seperti bersebelah dengan perasaan dan penghayatannya. Tiada kata-kata. Amy yang dulunya sangat dekat dengan irama keras ini kini mahu lebih kepada irama yang meniup rasa tenang. Tercenderung untuk lagu-lagu yang berkonsepkan kerohanian dan ketuhanan. Itu mahunya kini. Dia kesejahteraan buat kamu, abang..


Petikan suara hati Amy yang diluahkan di buku program
'Konsert Suatu Masa... Amy... '

"... Alhamdulillah, syukur kepada Allah yang maha Esa. Dengan keizinan-Nya menghembus roh di dalam diri saya menjadi Suhaimi Abdul Rahman, perjalanan yang dicatat buat saya begitu indah. Kerjaya saya kini hampir mencecah kemuncak yang begitu manis.

Hari ini, pada usia 52 tahun, satu mimpi lama saya dipeluk Tuhan. Membuat persembahan di dalam perut pentas berprestij di Malaysia, Istana Budaya adalah sebuah saat yang kuidamkan. Menghibur dengan untaian aroma lagu-lagu indah saya daripada zaman 80'an sehingga kini adalah juga satu kesempatan terbaik yang diberikan kepada saya.

'Konsert Suatu Masa' adalah metafora kembara seorang Amy dalam kerjaya. Di dalam isi 'Suatu Masa' inilah saya bogelkan kembara seni saya melalui untaian lagu yang didendangkan bersama muzikal yang disusun selepas mengutipnya daripada masa silam sehingga kini. 'Suatu Masa' juga membawa peminat mengenali signifikan peralihan era rock n roll saya kepada Islamik. Inilah sebuah konsert yang mengupas metafora hidup saya secara amnya juga..." - dalam lagu ada aku, dalam aku ada dia. Aku dan dia ada suatu masa... AMY

[Sahabat yang nama-nya One Love itu juga sangat me-ni'mati... kegilaan-nya lebeh jelas daripada aku.. :) ]

Thursday, March 25, 2010

~ BELUM TERPUJUK ~


BAJU koyak, spaghetti masam, lampu padam. Belum terpujuk. Malah, tambah membuat sedih hati apabila membuka mulut. Pasti sahaja ada kata yang tajam menusuk, yang tumpul tanpa mengerti dan yang tawar tanpa rasa. Dek kerana itu aku lebih senang untuk diam, gelap atau mungkin hilang saja jika tidak terpulih.

SJ : cik ni beriye2 yee nak bergelapp
AKU : y? xbole? xjangkit rumah org lain pon
SJ : bole tu memangla bole.. sape kate tak ble.. tapi yela kann tak elok la duk gelap2 lama2
AKU : xpe... asalkan xsusahkan org len
SJ : memangla tak nyusahkan, tapi seelok2-eloknyee bukak je la lampu tu
AKU : malas nk bukak tutup. penat.
AKU : bukak orang tutup.. bukak lagi, tutup lagi... jadi biar jer laa
SJ : tape penat camtu ade hikmahnyee... hehhe


[Cuma tutop lampu... bukan me-mecah-kan, me-rusak-kan atau me-nokar ganti baru.. akan nyala kembali jika benar niat kamu mau cerah dan terang..]

Wednesday, March 24, 2010

~ BILA RABU DISANGKA JUMAAT ~


LAIN yang ada di fikiran, lain pula perkataan yang keluar di bibir. Sudah beberapa hari terkebelakang ini. Banyak hal yang sedang beratur dan membuat kusut di sana barangkali. Atau mungkin juga kerana degup jantung yang berdetak lebih laju dari biasa kerana hal-hal yang menyesakkan dada.

Arghhh... hari ini aku ayu dan sopan ke ruang pekerjaan dengan mengenakan baju kurung kegemaran. Tiga langkah di lantai tempat pekerjaan, ramai yang menegur baju kurungku. Pelik kerana aku berbaju kurung di hari Rabu. Haaa.. Rabu? Ehhh... Jumaat.. Sungguh aku menyangkakan hari ini hari Jumaat lalu kurung cotton itu menjadi pilihan. Malah, aku juga bersedia untuk beberapa urusan hari Jumaat.. Ooh tidak..

Apa yaa yang membuatkan Rabu dirasakan Jumaat? Ermmm..

[Rabu dan Juma'at... apa yang mirip-nya..]

~ KONSERT SUATU MASA... AMY ~


KONSERT : Suatu Masa... Amy
TARIKH : 26-28 Mac 2010
MASA : 8.30 Malam
TEMPAT : Panggung Sari, Istana Budaya
TIKET : RM50, RM80, RM120, RM180 (www.ticket2u.biz)

[Coba mengawal rasa teroja yang mula singgah...]

Tuesday, March 23, 2010

~ SERABUT SERATUS ~


BUKAN degil atau keras hati. Tetapi begitulah halnya apabila kesabaran diusik-usik, dicuit-cuit, diacah-acah tanpa rasa mahu kasihan. Aku sekadar manusia biasa tetapi terkadang-kala menjadi luar biasa apabila berdepan hal-hal yang menyesakkan begini. Sedih... bila menjadi bukan aku.

[Blackout lagi barang-kali..]

Monday, March 22, 2010

~ PUTRAJAYA INTERNATIONAL HOT AIR BALLOON ~




















PUTRAJAYA banyak cerita. Banyak yang indah-indah selain reka bentuk dan susun atur bangunannya yang jatuh memikat. Jambatannya juga menjadi saksi sekian banyak drama.

Namun, kali ini aku bukan mahu bercakap tentang itu. Tetapi tentang 2nd Putrajaya International Hot Air Balloon yang berlangsung dari 18-21 Mac. Tahun lalu, aku tidak punya kesempatan untuk menyertai acara yang pertama kali diperkenalkan pada ketika itu. Pada tahun ini, pada tahun kedua penganjurannya, mujur sekali urusan pekerjaanku sudah diurus-alihkan dengan baik. Nahhh.. hari ini yakni hari terakhir acaranya, aku berjaya juga menjadi sebahagian umat manusia yang bersesak-sesak hari ini. Penat... tetapi bukan selalu, dan aku suka!

Kalau bukan rezeki.... dan memang bukan rezeki aku apabila belon2 yang cantik dan comel itu tidak dapat dinaikkan atas faktor cuaca. Awan gelap, angin kencang dan akhirnya langit tumpah. Errmmm... pasrah. Tahun depan bertemu lagi andai ada umur dan kesempatan diri.

[Gayat dengan hal-2 yang menjengkel-kan...]