Monday, February 01, 2010

~ SANG DUYUNG ~


AKU ketawa sendiri apabila si kecil menghubungiku dari percutiannya nun di selatan semenanjung tanah air semata-mata mahu mendapatkan kepastian daripadaku. "AL, ikan duyung tu, memang betul ada ker? Sungguh comel dia dengan pertanyaan itu. Menghubungi aku semata-mata bersebab itu pula. :) Aku cuba memberikan jawapan yang terbaik untuk soalan itu kerana anak kecil ini benar-benar memaksudkan pertanyaan itu. Ermmm... duyung yaaa...

Pada awalnya, aku patutnya turut menyertai percutian yang telah lama dirancang rapi ini. Namun, pada saat akhir telah membatalkan hasrat itu dek urusan pekerjaan yang menghimpit. Kecewa... tetapi apa pilihan yang aku ada? Sudahnya, adik merajuk dan langsung tidak mahu membalas SMS kirimanku, apatah menjawab panggilan telefonku. Yaa.. dia patut dengan rasa itu kerana aku telah menutur janji dan memberi harap, namun tiba-tiba membatalkannya. Sungguh ia bersebab alasan yang benar dan halal, namun memungkiri janji itu tetap menjadi satu kesalahan besar dan keras padanya, pada kami dan pada aku juga tentunya. Ermmm...

[Mau melehat mata-hari ter-benam di-Borneo Island Resort...]

No comments: