Sunday, January 03, 2010

~ SENANDUNG SEMALAM ~



AKU dan keluarga kerap menyinggah ke tempat ini untuk menikmati hidangan makanan laut yang mempersona keenakannya. Boleh dikatakan, setiap sebulan sekali kami pasti ke sini untuk menjamu selera. Enak tentunya, selain tawaran harga yang sangat berpatutan.

Namun, semalam kedatangan kami ke sini mencatat kenangan. Buat pertama kalinya, kedai makan yang biasa-biasa dan layaknya untuk golongan marhaen seperti kami ini dibanjiri manusia yang luar biasa jumlahnya. Bayangkanlah, untuk menikmati hidangan di sini, buat pertama kalinya, kami terpaksa beratur panjang membuat 'tempahan' dan menunggu si pelayannya mencari dan menyediakan tempat umpama restoran mewah layak situasinya. Hanya mereka yang datang lebih daripada empat orang sahaja yang boleh membuat tempahan itu. Huh...

Hampir satu jam, kami menunggu tempat. Lebih satu jam kami menunggu makanan siap. Belum sampai separuh makanan di jamah, hujan pula turun dengan lebatnya. Sudahnya perlu beralih meja kerana tempat 'eksklusif' kami itu tidak berbumbung. Errmmm... selera mahal dek berhabis masa yang panjang untuk tunggu-menunggu itu langsung terhenti. Ermm...

Sungguh, pengalaman pertama kali seumpamanya yang kami lalui setelah berpuluh kali datang menjamu selera di sini. Marah? Tidakk... Mahu katakan sesuatu? Biarlah tuan punya kedai itu sahaja yang berkata-kata.

[Kalau-lah Umbai se-dekat lapan langkah...]

No comments: