Wednesday, December 09, 2009

~ TIADA LAGI SPAGHETTI LIPAS ~


MUNGKIN kamu pernah membaca cerita aku tentang Spaghetti Lipas di ruang ini pada entri-entri yang lepas. Tempat kegemaranku untuk menjamah selera sambil 'bertengkar' dengan seorang sahabat dekat... Yaa.. tempat ini yang sering menjadi pilihan kerana ia paling selesa dan pemiliknya tidak pernah menegur jika tiba-tiba kami saling meninggi suara. Yaa... ini kisah benar... dan aku sering ketawa mengenangnya.

Sekejap tadi, aku dan sahabat ini menghalakan langkah ke sana lagi. Masuk hari ini, sudah tiga kali kami kecewa kerana pintunya masih terkunci rapat. Sebelum ini, kami sangkakan mungkin pada hari kedatangan kami itu, kedai ini 'bercuti' seketika. Namun, apabila sudah kali ketiga ia masih tidak beroperasi, terpaksalah kami menerima kenyataan tempat kegemaran kami ini sudah menamatkan operasinya. Ermm... sedih.

Atau mungkin sebagai tanda kami juga perlu berhenti bertekak dan berselisih faham. Ahh.. apapun, spaghettinya sangat memikat dan tentu sahaja tidak akan ditemui di tempat lain lagi. :(

[Tida' mau spaghetti masam lagi..]

No comments: