Tuesday, December 01, 2009

~ TERLEPAS JANJI ~


KECEWA. Terlepas menonton teater yang ditunggu-tunggu, Natrah, gara-gara kesihatan yang tiba-tiba membuat rentang. Malam tadi, aku sepatutnya menyertai aunty Phia dan Ai menonton teater arahan Erma Fatima ini di Panggung Sari, Istana Budaya, jam 8.30 malam. Tiketnya sudah sedia dibeli dengan janji untuk menonton pada malam pertama pementasan. Malangnya, ia tidak menjadi kenyataan.

Jam 4.30 petang semalam, tiba-tiba rasa tidak sedap badan. Tiba-tiba rasa badan tidak larat sangat-sangat (sedangkan tengahari tadi, aku sihat walafiat dan sempat keluar makan tengahari dengan rakan-rakan tempat pekerjaan lama..). Selepas mencuci kereta, aku terus sahaja pulang ke rumah. Sakit kepala yang teramat sangat dan terlena sehingga ke malam. Dengan berat hati juga, terpaksa pula membatalkan janji untuk menonton Natrah. Errmm... terlena sehingga ke pagi ini dengan pakaian yang tidak bertukar. Mohon kemaafan kerana terlepas janji. Sungguh bukan dalam mahuku.

[Kita hanya merancang...]

3 comments:

masMZ said...
This comment has been removed by the author.
masMZ said...

Koishie, saya punya tiket xtra dengan harga tiket awal dan lokasi bagus malam nih... Amacam???
[ada teman, membatal kerana ada urus penting]

Koishie said...

:) terima kasih buat kamu masmz. sayang sekali kerana malam ini, ada urus pekerjaan sedang menanti. aku memang bercadang untuk menonton NATRAH untuk kali kedua setelah menontonnya pada malam kedua pementasan tempohari.. Mungkin pada isnin atau selasa depan. Khabarnya, pementasannya NATRAH akan dilanjutkan.. :)