Wednesday, December 23, 2009

~ PELANGI PETANG DI RENYAI HUJAN ~

Sebaik sahaja aku berjaya membidik gambar Pelangi ini, seakan tidak sabar untuk aku berkongsi dengan kamu di sini. Indah dan aku sangat-sangat-sangat-sangat sukakannya. Malah, aku membidik foto ini ketika sedang memandu dengan kelajuan 120kmj di Lebuhraya Persekutuan dari arah Bandar Anggerik ke Jalan Bangsar-Syed Putra.


Tiba-tiba aku terpandang jalur pelangi yang yang sangat indah, yang jarang-jarang sekali dapat dilihat jelas. Justeru, aku segera membidik tanpa menunggu. Sekadar yang tersempat kerana kereta seang meluncur laju dan aku tidak sempat berbuat apa-apa.


Langit tiba-tiba menumpahkan isi. Awan bocor dan sedikit menutup jalur pelangi. Namun, aku masih boileh melihat jelas.


Suka untuk membidik seberapa yang banyak, namun hanya ini sahaja yang termampu. Mudah-mudahan akan bertemu lagi rezeki yang kebetulan begini. :)


Sudah hilangg... hanya tinggal bekas untuk mengacah rasa cinta kepada keindahannya. Aku tetap puas untuk yang sedikit itu. Sedikit yang indah.

[Pelangi petang... ermm...]

2 comments:

Din Khudri said...

Saya ada ambik gak gambar keadaan ni pada hari itu. tak tau ada lagi ke dak dalam hp.

Koishie said...

:) ya ker??? cantik kan? tetapi oleh kerana membidik ketika sedang memandu, tidaklah berapa nampak sangat..