Tuesday, December 22, 2009

~ KEMAAFAN YANG SENTIASA ADA ~

TERKEJUT. Dua minit lalu, aku menerima kiriman mesej daripada nombor yang tidak bernama. Si pengirimnya beriya memohon maaf kepadaku. Tidak pula aku tahu sebabnya kerana pertanyaanku tidak dia jelaskan dengan sebaiknya. Cuma, berkali dia menegaskan dia pernah menyimpan salah faham kepadaku. Hanya kerana aku tidak bangun membela diriku kala peluru bertubi menusuk jantung. Dan kini, kebenaran terserlah dan tentunya dia sudah tahu di mana duduk perkara sebenar lalu mencari aku untuk sebuah kemaafan.

Ermm... sungguh, aku gagal meneka siapa kerana dia tidak mahu memperkenalkan dirinya. Bagaimanapun, jujurnya aku telahpun memaafkan di atas apa sahaja yang mungkin pernah 'menusuk jantung'. Aku tidak pernah berdendam atau terfikirkan yang seumpama dengannya. Cuma mungkin kadang-kala kelukaan yang parah itu sukar untuk kita lupakan semudah memejam mata. Apapun, kemaafan itu sentiasa ada. Yaaa.. sentiasa ada.

[Me-maaf-kan semua orang sebelom menutop mata pada setiap malam..]

2 comments:

Din Khudri said...

meminta maaf adalah merendahkan diri (terpaksa),
memaafkan adalah rendah diri(tawadu').

Koishie said...

merendahkan diri dengan terpaksa?? ermm...