Tuesday, December 29, 2009

~ GEMA ZAFANA DARI LANTAI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA ~























BARU sahaja pulang dari Istana Budaya, mengisi kesempatan yang ada menonton persembahan yang lama ditunggu, Gema Zafana 2009. Sungguh berbaloi dengan tiket yang dibayar untuk persembahan tarian zapin yang berlangsung selama tiga jam ini.

Pada segment pertama, ia lebih kepada bentuk penceritaan. Mengetengahkan pelbagai adat dan amalan dalam masyarakat Melayu, terutamanya dari kalangan Melayu Johor. Perkembangan kehidupan daripada mula anak dilahirkan sehinggalah mengharungi alam remaja dan seterusnya dewasa. Dalam tempoh perkembangan itu, pelbagai adat dan majlis yang mengiringi seperti cukur jambul, berkhatan, percintaan, perkahwinan, alam pekerjaan dan sebagainya. Lebih membuat pegun apabila papa rock, Ramli Sarip muncul menghangat suasana dengan beberapa buah lagu. Begitu juga dengan alunan indah dari Azlina Aziz selain penampilan Dato' Rahim Razali yang memikat.

Sementara pada segment kedua pula lebih kepada persembahan tarian tanpa henti. Bermula dengan persembahan dalam Istana yang menampilkan persembahan pelbagai kaum (konsep 1 Malaysia) sehinggalah kepada medley pelbagai versi tarian zapin yang sangat-sangat memukau. Kelincahan hampir 200 orang penari yang menari di lantai Panggung Sari itu sangat memikat hati. Malah, aku tersenyum sendiri dari sepanjang persembahan (terutamanya segmen medley tarian tanpa henti).

Betapa hebatnya mereka di lantai tari. Sungguh aku akui, tarian zapin memerlukan tenaga yang jauh lebih besar berbanding jenis tarian lain. Kelincahan tarian zapin sangat menuntut tenaga yang bukan sedikit. Sungguh, bukan sebarang orang yang mampu berjoget zapin.

Aku harap, Yayasan Warisan Johor tidak menunggu lima tahun lagi untuk mementaskan Gema Zafana musim baru. Bayangkan Gema Zafana 2009 ini muncul lima tahun selepas Gema Zafana pertama yang dilangsungkan pada tahun 2004 dulu. Aku percaya ramai yang mahukan Gema Zafana menjadi acara tahunan. Lihat sahaja sambutan penonton yang hadir menonton Gema Zafana pada setiap malam acara ini berlangsung. Persembahan tadi juga melimpah penontonnya dari pelbagai lapisan umur sehingga mahu mencari satu kerusi kosong pun susah.

Tahniah Yayasan Warisan Johor!

[Sahabat Mei turot ber-kungsi rasa ber-zapin, apa-bila dia tiba-2 me-mutos untok hadir sama. Banyak cherita.... Mana-kan tidak, kali ter-akhir ber-temu sahabat yang banyak mengajar hidop ini adalah pada bulan Ogos yang lalu..]

6 comments:

Din Khudri said...

Salam warna warni. kalau selalu tengok putih je tengok warna banyak macam ni mesti ternganganya.

Koishie said...

:) mmg ternganga pun..

Masnona Abdul Aziz said...

iya, untung kamu koishie. tidak sempat menyampai ke IB :(

Koishie said...

:) hanya bernasib baik sahaja mas.. pementasannya pun tak lama, bberapa hari saja kan... mungkin nanti mereka jadikan acara tahunan, siapa tahu kann.. :)

wie said...

salam, saya pun tgk juga. mohon pinjam gambar2 ke blog saya... ada credit di situ. terima kasih

Koishie said...

salam wie,
silakan.. yang indah2 itu harus dikongsi-sebarkan.. :)