Thursday, December 31, 2009

~ 2009 MENUTUP CERITA ~


HARI ini merupakan hari dan tarikh terakhir dalam kalendar 2009. Kurang lebih 16 jam lagi, 2009 bakal menutup tirai dan kita semua akan menyambut tahun baru 2010.

Banyak peristiwa pahit manis yang berlaku dalam hidup aku untuk tahun ini. Pahit, manis, kelat, tawar... semua ada mengisi diari. Yang pahit-pahit itu, mudah-mudahan tidakkan terulang lagi. Yang manis-manis itu sungguh aku hargai dan terkenang selagi ada hayat. Yang kelat-kelat itu, sentiasa aku jadikan renungan agar tercontoh baik untuk masa hadapan. Yang tawar-tawar itu harus aku tambahkan rasa agar tahu kemana harus tertimbang nanti. Tiada penyesalan kerana segala- segalanya sudah tersurat dan tentunya sudah dirancang baik oleh Yang di atas sana. Amin.

Paling pahit menjadi ingat sepanjang tahun 2009 ni, apabila kami seisi keluarga berdepan ketakutan saat ayah di ditolak masuk ke bilik pembedahan. Saat ibu yang luluh dan jatuh ke lantai kerana takut sesuatu yang buruk terjadi pada ayah. Saat kami adik-beradik yang tidak mahu berganjak dari katil hospital untuk menemankan ayah... Ermm... Alhamdulillah, ayah selamat menjalani pembedahan dan kini kembali sihat. Insya-Allah mudah-mudahan segalanya berjalan baik-baik sahaja adanya.

Paling manis yang menghulur senyum panjang apabila aku sudah boleh memanggil teman jiwa dengan nama Adam. Akhirnya dia memilih apa yang mahu dipilihnya. Selamat menjadi orang baru. Aku amat sangat berharap dia kekal dengan pilihannya ini meski terjadi apa jua sekalipun antara kami. Kegembiraan dan ketakutan itu duduk pada timbangan yang sama kerana kebimbangan aku tentang jodoh kami. Mudah-mudahan pilihan itu bukan kerana aku, cinta duniawi.

Itu yang paling-paling untuk 2009. Jujurnya, aku tidak mencatat sebarang pencapaian sepanjang tahun ini. Tiada apa langsung yang boleh dibanggakan baik dalam bidang pekerjaan mahupun kehidupan peribadi. 2009 mencatatkan '0' dalam grafku. Aku mencipta kegagalan. Titik.

[Lega kerana maseh ter-pelihara men-jadi diri sendiri biar-pon ber-keliling anasir-2 yang cuba meng-acah-2 aku men-jadi orang laen.. ermm...]

Wednesday, December 30, 2009

~ THE MOON REPRESENTS MY HEART ~


HANYU PINYIN
by teresa teng

Ni wen wo ai ni you duo shen
Wo ai ni you ji fen
Wo de qing ye zhen
Wo de ai ye zhen
Yue liang dai biao wo de xin

Ni wen wo ai ni you duo shen
Wo ai ni you ji fen
Wo de qing bu yi
Wo de ai bu bian
Yue liang dai biao wo de xin

Qing qing de yi ge wen
Yi jin da dong wo de xin
Shen shen de yi duan qing
Jiao wo si nian dao ru jin

Ni wen wo ai ni you duo shen
Wo ai ni you ji fen
Ni qu xiang yi xiang
Ni qu kan yi kan
Yue liang dai biao wo de xin

dan diterjemahkan...

THE MOON REPRESENTS MY HEART

You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you…
My affection is real.
My love is real.
The moon represents my heart.

You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you…
My affection does not waver,
My love will not change.
The moon represents my heart.

Just one soft kiss
is enough to move my heart.
A period of time when our affection was

Deep,
Has made me miss you until now.
You ask me how deep my love for you is,
How much I really love you.

Go think about it.
Go and have a look [at the moon],
The moon represents my heart.

[Lagu popular yang meng-usek jhiwa dari penyanyi ter-kenal Taiwan, Teresa Teng yang juga turot di-pinjam-kan ke-filem 'Jump' - sedang ditayang-kan di pawagam..]

Tuesday, December 29, 2009

~ GEMA ZAFANA DARI LANTAI PANGGUNG SARI, ISTANA BUDAYA ~























BARU sahaja pulang dari Istana Budaya, mengisi kesempatan yang ada menonton persembahan yang lama ditunggu, Gema Zafana 2009. Sungguh berbaloi dengan tiket yang dibayar untuk persembahan tarian zapin yang berlangsung selama tiga jam ini.

Pada segment pertama, ia lebih kepada bentuk penceritaan. Mengetengahkan pelbagai adat dan amalan dalam masyarakat Melayu, terutamanya dari kalangan Melayu Johor. Perkembangan kehidupan daripada mula anak dilahirkan sehinggalah mengharungi alam remaja dan seterusnya dewasa. Dalam tempoh perkembangan itu, pelbagai adat dan majlis yang mengiringi seperti cukur jambul, berkhatan, percintaan, perkahwinan, alam pekerjaan dan sebagainya. Lebih membuat pegun apabila papa rock, Ramli Sarip muncul menghangat suasana dengan beberapa buah lagu. Begitu juga dengan alunan indah dari Azlina Aziz selain penampilan Dato' Rahim Razali yang memikat.

Sementara pada segment kedua pula lebih kepada persembahan tarian tanpa henti. Bermula dengan persembahan dalam Istana yang menampilkan persembahan pelbagai kaum (konsep 1 Malaysia) sehinggalah kepada medley pelbagai versi tarian zapin yang sangat-sangat memukau. Kelincahan hampir 200 orang penari yang menari di lantai Panggung Sari itu sangat memikat hati. Malah, aku tersenyum sendiri dari sepanjang persembahan (terutamanya segmen medley tarian tanpa henti).

Betapa hebatnya mereka di lantai tari. Sungguh aku akui, tarian zapin memerlukan tenaga yang jauh lebih besar berbanding jenis tarian lain. Kelincahan tarian zapin sangat menuntut tenaga yang bukan sedikit. Sungguh, bukan sebarang orang yang mampu berjoget zapin.

Aku harap, Yayasan Warisan Johor tidak menunggu lima tahun lagi untuk mementaskan Gema Zafana musim baru. Bayangkan Gema Zafana 2009 ini muncul lima tahun selepas Gema Zafana pertama yang dilangsungkan pada tahun 2004 dulu. Aku percaya ramai yang mahukan Gema Zafana menjadi acara tahunan. Lihat sahaja sambutan penonton yang hadir menonton Gema Zafana pada setiap malam acara ini berlangsung. Persembahan tadi juga melimpah penontonnya dari pelbagai lapisan umur sehingga mahu mencari satu kerusi kosong pun susah.

Tahniah Yayasan Warisan Johor!

[Sahabat Mei turot ber-kungsi rasa ber-zapin, apa-bila dia tiba-2 me-mutos untok hadir sama. Banyak cherita.... Mana-kan tidak, kali ter-akhir ber-temu sahabat yang banyak mengajar hidop ini adalah pada bulan Ogos yang lalu..]

Monday, December 28, 2009

~ GEMA ZAFANA 2009 ~


PERSEMBAHAN : Gema Zafana 2009
ANJURAN : Yayasan Warisan Johor
TARIKH : 26-29 Disember 2009
TEMPAT : Panggung Sari, Istana Budaya
MASA : 8.30 Malam
TIKET : RM30, RM50, RM70, RM100, RM150 & RM200

JIKA tiada aral yang melintang pukang, insya-Allah.. malam nanti aku akan ke Istana Budaya untuk menonton persembahan Gema Zafana 2009. Sebuah persembahan tarian tradisional yang mengetengahkan irama Zapin untuk tontonan. Gema Zafana menghimpunkan pelbagai jenis zapin yang cukup terkenal di negeri Johor. Antaranya seperti Zapin Putar Alam, Zapin Lenga Batu 28, Zapin Sri Bunian, Zapin Pekajang, Zapin Tenggelu, Zapin Padang Sari, Zapin Sarawak, Zapin Terengganu dan banyak lagi.

Pasti sekali aku tidak akan melepaskan persembahan hebat yang lama ditunggu ini. Persembahan yang tidak selalu ada dan diperolehi mudah. Hanya selepas lima tahun, barulah Gema Zafana kembali menggoda di lantai tari Panggung Sari, Istana Budaya.

Sepatutnya aku menonton persembahan ini pada malam pertamanya, dua hari lepas. Namun, hasrat itu tertangguh dek kerana diri jauh berada nun di utara semenanjung tanahair.

[Ter-ingat per-sembahan Orkestra Tradisional Malaysia...]

Sunday, December 27, 2009

~ LAGI KASIH SAYANG YASMIN ~



AKHIRNYA filem keempat arahan Yasmin Ahmad ini berjaya juga menemui penonton setelah sekian lama terperap. Sekaligus menidakkan khabar angin sebelum ini yang menyatakan filem ini tidak akan ditayangkan di Malaysia kerana gagal mendapat pelepasan dari Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF). Hakikatnya filem ‘Muallaf’ yang dibintangi oleh Sharifah Amani, Brian Yap dan Sharifah Aleysha ini lulus untuk tayangan tanpa sebarang potongan.

Aku antara yang melebarkan senyum kerana tercapai juga hasrat untuk menonton filem yang penuh kontroversi ini (kontroversi yang sengaja diciptakan oleh pihak tertentu..). Aku benar-benar mengosongkan diri untuk 'merasai' filem ini. Membuka hati dan rasa untuk menerima apa yang mahu diberi oleh Yasmin kali ini.

Muallaf bermula dengan perlahan. Tidak berat, tetapi aku sepertinya mengambil masa untuk memahaminya dengan baik. Tidak semudah aku memahami Talentime. Tidak juga sepantas aku mengatakan 'suka' seperti mana yang aku luahkan saat selesai menonton Talentime buat pertama kali. Bukan mahu membuat perbandingan (memang tidak perlu dibandingkan pun), cuma sekadar mahu menggambarkan situasi saat aku duduk di kerusi empuk GSC, Mid Valley beberapa jam tadi.

Kemaafan. Mesej besar yang dihantar Yasmin melalui filem ini. Memberi kemaafan tentunya tidak semudah mengungkapkannya sekadar untuk menyedap rasa. Apatah lagi untuk sesuatu yang memberikan kita kesan luka yang amat dalam sehingga mewujudkan trauma dalam diri. Sebagaimana yang dilalui oleh dua watak utamanya, Brian dan Rohani yang masing-masing mempunyai sejarah silam sendiri. Sejarah dimalukan dan dihukum oleh orang tersayang atas kesalahan yang tidak setimpal. Ia membekas dalam.

Rohani walaupun melarikan diri untuk 'hidup', masih rasional dalam perkiraan fikirannya. Manakala Brian pula memilih untuk menjauhi ibunya kerana ingatan terhadap sejarah silam mengacah-acah rasa kesal dan marah yang masih ada. Malah pegangan terhadap agamanya juga menjadi semakin menipis akibat hilang hormat pada si ayah yang kuat pegangan agamanya tetapi sanggup bertindak tanpa rasa manusia kepadanya yang ketika itu masih pendek akal.

Hubungan kasih sayang yang mengikat Rohani dan adiknya Rohana sangat mencuri rasa. Babaknya ringkas dan mudah. Tetapi ada rasa yang melekat dalam. Terutamanya babak Rohani dan Rohana yang berpesan-pesan dan melafazkan maaf sebelum masing-masing melelapkan mata. Mahukah kita melakukan itu? Mudahkah untuk melakukan itu? Mampukah hati merelai rasa itu? Aku terfikirkan sesuatu. Aku teringatkan sesuatu. Aku terasa sesuatu. Ermm... Juga terlekat babak ketika Brian pulang menemui ibunya. Saat esak tangis si ibu memeluk si anak dengan penuh kasih sayang. Sungguh, Babak yang sangat meruntun hati.

Kasih sayang Rohani dan Rohana yang sangat istimewa itu memberi tempias kepada Brian yang baru sahaja mengenali kedua beradik ini. Tidak berlaku dalam paksaan tetapi menyerap masuk dalam naluri. Lalu, sejarah silam dibuka dan terpulih tanpa disedari. Jika kamu menonton Muallaf dengan mata hati, kamu akan perolehi apa yang mahu disampaikan oleh Yasmin. Namun, jika kamu menonton kasar tanpa rasa, pasti sahaja Muallaf terjadi kosong kepada kamu.

Tahniah untuk Yasmin kerana keberhasilan skrip yang begitu rupa. Ia bukan sebarang dan tentunya memerlukan kajian dan rujukan yang bukan sedikit. Ia bukan tulisan main-main, ia bukan yang boleh dibuat sesuka hati tanpa pengetahuan usulnya. Aku menyangkal andai ada yang mengatakan Muallaf dibikin dengan rasa mahu menyama-ratakan Islam yang suci ini dengan sekian agama yang ada. Aku percaya bukan itu niat Yasmin. Cuma kenyataannya, setiap agama menyuruh umatnya berbuat kebaikkan.

Meskipun ringkas, filem terakhir Yasmin ini sarat dengan mesej yang tersirat dan tersurat seperti selalu, seperti mahunya. Ketepikan soal kontroversi yang pernah melanda filem ini (lagipun babak kontroversi Amani membotakkan kepala tetap lepas untuk tayangan tanpa sebarang potongan), sebaliknya lihatlah kepada isi kandungan cerita yang cuba diketengahkan oleh pengarah terbaik FFM22 ini dengan sebaiknya.

Muallaf menjadi filem terakhir Yasmin Ahmad untuk kita semua. Menjadi buah tangan terakhir untuk kenang-kenangan. Terima kasih untuk Sepet, Gubra. Mukhsin, Talentime dan terbaru Muallaf (merupakan filem keempat sebelum Talentime, tetapi ditayangkan selepas Talentime.. selepas pemergian Yasmin...) Pasti sahaja aku akan merindui 'kasih sayang' Yasmin yang istimewa itu. Aman bersemadi kamu di sana Yasmin. ALFATIHAH...


[Men-chari ke-sempatan se-kali lagi untok menontun Muallaf...]

~ UTARA SEMENANJUNG TANAHAIR ~


DUA hari melarikan diri seketika dari hiruk-pikuk kota. Nun di utara semenanjung tanahair aku cari ketenangan dan menghirup udara nyaman. Sesekali melarikan diri begini, indah juga. Punya waktu untuk melihat bintang, punya kesempatan untuk melihat pantai... punya rasa untuk menikmati renyai hujan.

Seberapa hari kebelakangan ini aku berasa sangat susah hati. Pelbagai perkara dan cerita membuat serabut. Hilang senyum dan kembali bisu. Mahu bercerita tetapi gagal untuk bercerita. Mulut selalu mahu mengunci diri, lalu hanya jari yang laju bercerita. Ermm..

[Sepatut-nya berada di-punchak Cameron Highland.. ]

Saturday, December 26, 2009

~ AMCORP MALL ~

Yang menjadi tarikan...


Ayah sangat gemar menyimpan koleksi yang begini..


Teringin untuk memiliki...


Rak piring hitam yang menggoda


Nahhh.. sudah ketemu apa yang dicari... Beethoven!!!


Tidak terdapat di mana-mana.. melainkan amcorp mall


Popular di zamannya..


Koleksi yang mencuri pandang.


Pernah sekali menggunakannya... dulu... duluuu...


Kalaulah poket berisi penuh wang... ermm..


Aku turut mempunyai koleksi syiling lama... tetapi tidak sebanyak ini dan hanya terhad kepada syiling duit Malaysia.


Paling melekat dan memikat.


Masih ada dijual lagikah?


Wajib singgah walaupun tidak wajib membeli... :)


AKU
kerap menyinggah di Amcorp Mall. Bukan kerana mahu membeli-belah barang keperluan di sini, tetapi suka untuk menjengok gerai-gerai yang menjual barangan lama di lantai paling bawahnya. Paling tertarik, tentulah himpunan dan koleksi cd-cd lama yang sukar sekali untuk diperolehi di tempat lain. Yang sentiasa dicari aku, tentulah Beethoven dan Mozart... juga lain-lain baru mahu membuat dekat.

[Amcorp Mall yang senantiasa mem-beri nostalgia...]

Friday, December 25, 2009

~ MERRY CHRISTMAS ~


We wish you a Merry Christmas;
We wish you a Merry Christmas;
We wish you a Merry Christmas and a Happy New Year... :)


SELAMAT hari Krismas untuk teman jiwa dan keluarga (Harap tidak lupakan aku ditengah kegembiraannnya). Mudah-mudahan kegembiraan berpanjangan dan kesejahteraan sentiasa datang berdamping. Khabarkan pada sang Santa, aku juga mahu memberikan dia hadiah istimewa.. :)

Baru sahaja pulang ke rumah. Urusan kerja yang punya tarikh mati itu mengikat kakiku untuk berada di ruang tempat pekerjaan sehingga jam kurang lebih 1 pagi. Yaaa.. hari ini aku bekerja lebih 16 jam. Mengadap skrin komputer dari pagi sehingga ke pagi lagi. Ermm... Penat dan tak tertampung dengan kudrat yang sekerat ini.

[Ter-kenang janji di- Krismas yang lalu. Ermmm...]

Thursday, December 24, 2009

~ TANYA KHABAR MELALUI HATI ~

(Kredit foto : filem muallaf)

"sungguh. aku bukan jenis yang menelefon atau meng-sms bertanyakan khabar masing-masing. aku lebih suka tanya khabar melalui hati..."

PETIKAN diatas adalah sebahagian daripada entri tulisan seorang sahabat yang namanya OL di blognya semalam (Jangan marah OL kerana aku memetik tanpa keizinan kamu..). Aku tersenyum dan aku tertarik dengan luahannya itu kerana ia seolah mewakili juga apa yang aku rasa juga.

Ermm.. Aku jarang sekali mengangkat telefon untuk bertanya khabar walaupun perkara itu bukanlah sesuatu yang berat atau susahpun untuk dilakukan. Sebaliknya aku cuma menyebut dan bertanya khabar mereka melalui hati (seperti yang dikatakan oleh OL). Begitu selalunya. Malah, jika ada dengan rasa rindu atau ingatan yang bertalu, saat itu juga aku berdoa sendiri di dalam hati agar mereka yang menjadi kesayangan itu dalam keadaaan yang sejahtera dan turut memberi sedikit ingatan terhadap aku.

Anehnya, jika ingatan yang datang itu bertalu, ia akan memunculkan kebetulan yang selalunya akan membuatkan aku tersenyum. Orang yang aku terlintas-lintas kerap dalam fikiran itu akan tiba-tiba muncul menghubungi. Beberapa kali kebetulan yang begini. Sungguh aku tak tipu. Selalunya terjadi dengan mereka yang rapat dan dekat dalam kehidupanku. Seperti tiga hari lepas, aku sangat-sangat teringatkan ibu arwah dr jiwa nun jauh di utara semenanjung tanahair sana. Keesokkannya, tiba-tiba dia menghubungiku bertanya khabar. Ermm.. agaknya ibu itu merasa gelombang yang dibawa oleh hatiku ke sana barangkali... :)

Mereka yang mengenaliku dekat, pasti sangat tahu aku jarang sekali mahu memulakan menelefon, meng-SMS atau menegur di YM. Hanya jika terlebih dahulu dihubungi, diSMS atau diYM, barulah aku tidak menjadi 'bisu'. Ermm... Teruk, Aku tahu itu.

[Begitu-lah sang Scorpio ada-nya...]

Wednesday, December 23, 2009

~ PELANGI PETANG DI RENYAI HUJAN ~

Sebaik sahaja aku berjaya membidik gambar Pelangi ini, seakan tidak sabar untuk aku berkongsi dengan kamu di sini. Indah dan aku sangat-sangat-sangat-sangat sukakannya. Malah, aku membidik foto ini ketika sedang memandu dengan kelajuan 120kmj di Lebuhraya Persekutuan dari arah Bandar Anggerik ke Jalan Bangsar-Syed Putra.


Tiba-tiba aku terpandang jalur pelangi yang yang sangat indah, yang jarang-jarang sekali dapat dilihat jelas. Justeru, aku segera membidik tanpa menunggu. Sekadar yang tersempat kerana kereta seang meluncur laju dan aku tidak sempat berbuat apa-apa.


Langit tiba-tiba menumpahkan isi. Awan bocor dan sedikit menutup jalur pelangi. Namun, aku masih boileh melihat jelas.


Suka untuk membidik seberapa yang banyak, namun hanya ini sahaja yang termampu. Mudah-mudahan akan bertemu lagi rezeki yang kebetulan begini. :)


Sudah hilangg... hanya tinggal bekas untuk mengacah rasa cinta kepada keindahannya. Aku tetap puas untuk yang sedikit itu. Sedikit yang indah.

[Pelangi petang... ermm...]