Wednesday, October 28, 2009

~ MIMPI BURUK ~


AKU jarang mendapat mimpi, tetapi malam semalam aku mendapat mimpi buruk. Ermm.. Mimpi tentang ayah sahabat june. Ermm... mungkin kerana dalam sehari-dua ini kami kerap bercakap tentang ayahnya atau lebih tepat lagi aku yang banyak bertanya tentang kesihatan ayahnya. Kebetulan ayahnya memang sedang terlantar di katil Hospital Kuala Lumpur sejak Isnin lalu kerana sukar bernafas dan paru-paru dimasuki air.

Memang sebuah kebetulan. Seminggu yang lalu, ayah terlantar di hospital dan kini ayah sahabat ini pula berdepan situasi serupa. Aku dapat membayangkan situasi ibunya. Tentu sahaja bergelisah panjang seperti mana yang ibu lalui seminggu yang lalu dan sehingga hari ini pun. Kalaulah aku dapat meringankan beban rasa kamu, ibu... ermm..

Aku bercerita tentang mimpi buruk itu kepada seorang rakan. Kata rakan ini, dia pernah bermimpi perkara yang serupa. Mimpi buruk tentang ibu sahabatnya tetapi selang beberapa hari selepas itu, apa yang berlaku dalam mimpi itu rupa-rupanya terjadi ke atas ibunya. Mimpi itu memberi petanda yang bertentangan.

Aku tahu mimpi itu hanya mainan tidur, tapi aku sangat bergelisah tentang hal itu. Sungguh. Aku bimbang tentang ayah. Aku juga tumpang risau untuk ayah sahabat june. ermm.. mudah-mudahan Tuhan mengizinkan kesihatan yang baik buat ayah-ayah yang memperkenal dunia ini... aminn.

[Aku tida' akan ber-tanya apa-2 lagi...]

4 comments:

lanun said...

ape perlunye soalan sekiranye jawapan telah tersedia.

moga dirahmati....amin

Koishie said...

jawapan yg telah tersedia itu selalunya menurut andaian sahaja.. justeru perlu kepada kesahihan dengan bertanya kepada tuan punta badan..

lanun said...

ya betul....
andai sesat jalan maka pulang lah ke pangkal jalan.

atau

andai hilang jalan maka ciptala jalan tersebut.
hehehehe.... ;)

Koishie said...

kalau ada kesempatan untuk pulang, kalau tidak bagaimana?

atau

kalau jalan baru itu memandu kepada arah kemusnahan lebih dasyat, bagaimana?