Monday, October 05, 2009

~ KUDRAT YANG SEKERAT ~


Penat. Banyak urus yang menanti. Sekejap di Sintok, Kedah, sekejap di Arau, Perlis. Sejak tiba semalam dan sehingga saat ini belum lagi sempat untuk menarik nafas panjang.

Aku tidak suka merungut. Tapi sungguh.. aku sangat bosan dengan sikap manusia yang mementingkan diri sendiri. Mengambil kesempatan ke atas orang lain demi kepentingan diri sendiri. Bersikap lepas tangan atas tanggungjawab yang terberi dan terlebih dahulu telah ada dengan kesanggupan.

Senyap. Melakukan urus perlu yang ada dalam tanggungjawab. Memerhatikan mereka yang suka 'berpolitik' tanpa ada rasa canggung dalam diri apabila memerah kudrat orang lain. Ermmm...

Teman jiwa beberapa kali menelefon. Namun dek kerana sedang membuat urus tentang soal yang banyak, aku lebih senang menukar membuat diam kepada telefon bimbit dengan menukarnya ke 'silent mode'. Justeru, aku langsung tidak menjenguk telefon bimbit. Rupa-rupanya berbelas panggilan yang tidak dijawab dari teman jiwa. Ermm... habis!!!

[Senantiasa mau jujor kepada tanggong-jawab..]

No comments: