Tuesday, August 04, 2009

~ MENJADI YANG BOLEH DIHARAP ~


Saat berada dalam kondisi yang kurang menyenangkan, ada beberapa nama yang terlintas dalam fikiran kita untuk disandarkan cerita mahupun rasa. Aku kerap dalam keadaan itu. Kadang-kala, nama yang tersenarai itu menjadi orang yang tepat dan kadang-kala tidak. Justeru, harus dikenali dengan baik manusia yang tersenarai itu.

Hari ini, amarah membuat tanggung. Hasil pemberian seorang teman yang fikirnya aku ini mungkin senang untuk dimudahkan segala. Aku merasa marah, tetapi dalam masa yang sama tidak mahu menunjukkan kemarahan itu sehingga mencuit hati manusia lain. Aku diam, tetapi diam itu rupa-rupanya tidak mampu menutup amarah yang mahu menjadi raja itu.. ermm..

Lazim begitu, aku mencari seseorang untuk untuk melepas bual. Kalau tidak untuk bercerita tentang kemarahan itu sekalipun, mahu tumpang menghela nafas. Aku mencari beberapa orang yang berada dalam senarai. Mujur seorang sahabat dekat ini mahu berkongsi keluangan. Aku jarang berharap dia kerana sahabat ini juga kadang-kala bukanlah orang yang tepat untuk menyandar resah. Bukan aku sengaja mahu mencurigainya, tetapi dia sendiri tidak pernah berjaya membuktikan kenyataanku itu salah.

Pun begitu, hari ini sahabat dekat ini memberi sedikit harapan. Harapan yang menunjukkan dia juga mungkin seorang yang boleh diharapkan. Ermm.. Terima kasih. Sungguh, aku benar-benar maksudkan rasa terima kasih itu walau atas niat apa sekalipun dia berkongsi keluangannya itu sebentar tadi.

[Aku juga mau men-jadi antara yang masok senarai ter-dekat...]

No comments: