Sunday, August 23, 2009

~ MALAM DI BANGUNAN SULTAN ABD SAMAD ~


JAM 10.15 malam, kereta terhala ke Dataran Merdeka. "Dataran, nak buat apa?" Aku mengerutkan dahi. "Saja nak tengok bangunan Sultan Abd Samad pada waktu malam".

Yaa... walaupun sudah bertahun menjadi penghuni tetap di hiruk-pikuk kota Kuala Lumpur ini, aku tidak pernah menghabiskan masa untuk tujuan itu. Sekadar menelusuri jalanrayanya sahaja dan memerhati dari dalam kenderaan. Malah, aku juga jarang sekali menyertai apa-apa acara yang diadakan di sini. Acara yang selalunya akan mengumpulkan ribuan manusia yang tentunya membuat aku lemas untuk turut serta.

Hari ini, kami betul-betul duduk berhadapan bangunan Sultan Abd Samad. Menyaksikan keindahan bangunan ini pada waktu malam dengan kerdip lampu yang sungguh memberi senang. Malah sempat membidik beberapa keping gambar tanda keterujaan. Mungkin bunyinya lucu kepada mereka yang sudah terlalu akrab dengan bangunan ini, tetapi pada aku ia sesuatu yang menyeronokkan. Tidak pernah terfikirpun mahu berduduk-duduk di sini menyaksikan keindahan malam di sini. Patutlah, setiap malam minggu ramai yang juga menghabiskan masa di dini. Nahh, aku sudah dapat jawapannya.

[Ter-ingin sa-kali untok mengunjongi Panggong Bandaraya yang juga se-deret di-bangunan Sultan Abd Samad untuk menunton teater...]

2 comments:

masMZ said...

Koishie, kita pun sama teringin betul nak menonton teater di panggung bandaraya :)

Koishie said...

:) belum pernah menjejakkan kakai ke sana laa masmz.. teringin sgt..