Friday, July 31, 2009

~ KADANG-KALA SPAGHETTI MENJADI MASAM TIBA-TIBA ~


Kadang-kala, aku suka bertanya soalan yang aku sudah ketahui jawapannya. Kadang-kala, aku suka meminta sesuatu yang aku tahu tak mungkin aku akan perolehi. Kadang-kala, aku terasa hati untuk sesuatu yang tidak dipedulikan orang. Kadang-kala, aku mahu senyap biar dalam bingar. Hari ini, aku dalam situasi semua yang aku sebutkan itu. Ermm...

[Peregi kepada orang yang betol.. itu pengajaran-nya]

Thursday, July 30, 2009

~ MALAM NADA BIRU NORYN AZIZ & ATILIA ~


Baru sahaja pulang dari Lambang Sari, Istana Budaya menonton showcase istimewa, Malam Nada Biru yang menampilkan dia orang penyanyi berbakat, Noryn Aziz dan Atilia. Walaupun tempat duduk di Lambang Sari ini tidak penuh seperti yang diharapkan tetapi persembahan kedua penyanyi ini sangat membanggakan.

Sebelum ini, aku tidak begitu dekat dengan muzik jazz. Mengenali Atilia juga hanya kerana dia pernah muncul dalam pementasan Teater Muzikal P. Ramlee untuk dua musim. Hanya sekadar itu. Hari ini, buat pertama kali aku menyaksikan persembahannya. Aku sukakan muzik yang dibawakannya.

Noryn Aziz. Aku sering mendengar pujian tentang dirinya. Pernah menyaksikan persembahannya tapi sekadar persembahan untuk majlis keraian sahaja. Terbatas untuk menilainya. Dan hari ini barulah aku punya peluang untuk menilainya. Aku melihat dia benar-benar sebagai penghibur. Dia hebat. Malah seusai persembahannya, aku bangun untuk memberikan standing ovation buatnya. Malah, sempat juga mengerling ke arah Datin Seri Tiara dan suaminya, Dato' Sri Effendi Norwawi yang juga bangun sebagai tanda sokongan dan penghargaan buat penyanyi ini.

Sebenarnya, aku langsung tidak merancang untuk menonton showcase malam ini. Ia tidak lebih sekadar mahu menjaga hati seorang kawan yang berkali-kali mempelawa. Justeru, sebaik pulang dari tempat pekerjaan, aku langsung ke sini. Berbaloi dengan lelah, aku pulang dengan rasa relaks yang menyenangkan. Sungguh ia menjadi terapi.

[Kalau-lah ada teater muzikal P. Ramlee musim ke-tiga... ermm...]

Wednesday, July 29, 2009

~ TEATER MUZIKAL TUN ABD RAZAK ~


TAJUK :
Teater Muzikal Tun Abd Razak
TARIKH/MASA PEMENTASAN :
16-20 Ogos 2009/8.30 Malam
TEMPAT :
Panggung Sari, Istana Budaya
TIKET :
RM50, RM30 & RM11.50
PENGARAH :
Datuk Rahim Razali
PELAKON :
Rashidi Ishak, Fauziah Latiff dll.

Tidak sabar untuk menunggu pementasan Teater Muzikal Tun Abd Razak yang bakal dipentaskan pada 16-20 Ogos ini. Jujurnya, aku langsung tidak mengenali Allahyarham Tun Abd Razak melainkan posisinya yang pernah bergelar Perdana Menteri Malaysia yang ke-2. Sungguh, aku hanya mengenal pada nama. Itupun merujuk kepada buku sejarah ketika masih di bangku sekolah.

Sebelum ini, aku juga pernah membaca sebuah buku bertajuk 'Tun Dr Ismail dan Masanya'. Dalam buku ini, tokoh yang aku sanjungi, yakni Tun Dr Ismail ada bercerita tentang Tun Abd Razak. Kedua tokoh ini merupakan sahabat baik. Namun, ia hanya sekadar itu.

Justeru, dengan pementasan yang julung kali di adakan ini, aku berharap untuk lebih mengenali bapa kepada Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak ini. Mudah-mudahan peneraju utamanya, saudara Rashidi Ishak mampu untuk menggalas tanggungjawab besar yang diberikan kepadanya ini. Begitu juga watak Tun Rahah yang digalas oleh penyanyi cantik, Fauziah Latiff. Perawakan penyanyi ini secara fizikalnya sudah kena dengan Tun Rahah itu sendiri. Bagaimana pula dengan lakonannya? Kita sama-sama tunggu.

Kepada kamu di luar sana, marilah kita mencuri sedikit keluangan yang ada untuk sama-sama menonton teater ini dan sekaligus cuba mengenali secara dekat tokoh yang telah banyak berjasa kepada negara sebelum ini.

[Lebeh mengenali Tun Dr Ismail...]

Tuesday, July 28, 2009

~ SEJENAK MEMBUAT SENYAP ~


Entah kenapa, beberapa hari ini hati ini kerap diselubungi rasa sayu. Tidak hanya bersebab berita kematian yang diterima, tetapi ia sepertinya lebih daripada itu. Banyak yang bersilih ganti muncul dalam hati, dalam fikir. Beberapa ketika aku senyap dalam bingar. Ermm...

Kita semua tahu, mati itu pasti. Tidak kira waktu atau usianya, jika sudah kehendak yang diatas sana (Allah), maka ia pasti akan berlaku. Tidak akan terawal atau terlewat walau sesaatpun. Itu janji Allah kepada setiap hambanya. Kita tahu tentang itu. Tetapi sebagai manusia biasa, kita kerap kali terlupa tentangnya (aku merujuk kepada diri sendiri). Kita lupa mati itu boleh terjadi pada bila-bila masa sahaja.

Sabtu 2 minggu lalu (18hb), aku kehilangan seorang rakan sepekerjaan yang tidak dijangka2. Sabtu minggu lalu (25hb) aku kehilangan seorang yang disanjungi tanpa disangka-duga. Berturut minggu menerima berita kematian yang tidak disangkakan. Kematian yang tiba-tiba dan memberi rasa.

Lalu, beberapa hari ini, aku kerap terfikirkan bagaimana jika tiba-tiba aku mendapat berita, ibu sudah tiada. Atau ayah barangkali? (Ya Allah, Ya Tuhanku... izinkanlah kesihatan dan panjangkanlah umur mereka..). Bagaimana jika suatu pagi aku membuka mata, kakak sudah tiada? Oohh.. sungguh, aku tidak dapat membayangkan keadaan itu. Apatah lagi mahu men'kalau'kan teman jiwa yang dipanggil Ilahi. Ermm...

Bukan mahu menidakkan kematian itu, tetapi mungkinnya kerana belum bersedia untuk berdepan situasi berat begitu. Belum? "Justeru, bilakah akan tiba waktu kesediaan itu?" Itu soalan yang terpacul dari mulut seorang sahabat kala aku berkongsi rasa kecamukan yang ada dalam diri petang Ahad lalu.

Erm.... sampai bila-bila pun kita tidak akan bersedia. Sampai bila-bilapun kita mahukan semua manusia kesayangan itu menjadi milik abadi kita. Tanyalah kepada siapapun. Jawapannya akan tetap sama. Namun, itu semua tidak mungkin terjadi bukan? Ini kerana masing-masing sudah ada JANJI dengan maha pencipta.

Justeru, sementara masih ada nyawa yang dipinjamkan, berbuat baiklah kepada insan-insan yang kita sayangi. Bukan hanya pada kata, tetapi pada hati dan tingkah laku seluruhnya. Andai kata kita ditakdirkan kehilangan mereka, kesedihan itu tidaklah terlalu berat terpikul kerana diri sudah melakukan yang terbaik buat mereka. Kita sudah menemankan sebanyak senyum buat mereka, kita sudah sedaya mampu tidak mengacah amarah atau singgung hati mereka dek tingkah dan perbuatan kita.

Jujurnya, aku sangat tidak bersedia untuk kehilangan mereka yang begitu memberi pengaruh besar dalam hidupku saat ini. Tidak hanya keluarga dan teman jiwa tentunya, tetapi juga sahabat-sahabat dekat yang banyak berkongsi kasih sayang dan rasa kemanusiaan sepanjang aku menghirup udara segar di bumi Tuhan yang sungguh indah ini.

Pun begitu, ketidasediaanku itu tidak mungkin mampu menghalang JANJI yang sudah tertulis buat mereka dan aku juga. Justeru, dengan kewarasan yang masih Tuhan kurniakan ini, aku berjanji pada diri untuk memperbaiki diri.

Ermm... Untuk segala yang terkongsi di sini, ia tidak pernah ada dengan niat yang serong, aku sekadar menulis tentang diri dan tentang kelilingku.

[Senyom se-indah suriya.. yang mem-bawa chahaya... senyom-lah dari hati, dunia-mu ber-seri...]

Monday, July 27, 2009

~ YASMIN AHMAD DALAM KENANGAN ~



[Yasmin Ahmad.. tiada ganti. Insan istimewa kesayangan suluruhnya]

Sunday, July 26, 2009

~ NE ME QUITTE PAS ~


NE ME QUITTE PAS (DON'T LEAVE ME)
by nina simone

Don't leave me
We must forget
All we can forget all we did till now
Let's forget the cost of the breath
We've spent saying words unmeant
And the times we've lost hours that must destroy
Never knowing why everything must die at the heart of joy
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

I'll bring back to you the pearls of rain
From a distant domain where rain never fell
And though I grow old I'll keep mining the ground
To deck you around in gold and light
I'll build you a domain where love's everything
Where love is king and you are queen
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
For you I'll invent
Words and what they meant only you will know
Tales of lovers who fell apart and then fell in love again
There's a story too that I can confide
Of that king who died from not meeting you
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

And often it's true that flames spill anew
From ancient volcano's we thought were too old
When all's said and done scorched fields of defeat
Could give us more wheat than the fine April sun
And when evening is nigh with flames overhead
The black and the red aren't they joined in the sky
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

Don't leave me
I will cry no more
I will talk no more hide myself
To look at you and see you dance and smile
And hear you sing and laugh
Let me be for you the shadow of your shadow
The shadow of your hand the shadow of your dog
Don't leave me don't leave me
Don't leave me don't leave me

[Tiba-2 ter-ngiang lagu dendangan Nina Simone yang perenah ter-kongsi me-lalui pilem Mukhsin...]

~ AL FATIHAH UNTUK YASMIN AHMAD ~


ALFATIHAH... YASMIN AHMAD telah disahkan meninggal dunia pada jam 11.25 malam tadi (Sabtu : 25 Julai 2009) di Hospital Pakar Damansara setelah dimasukkan ke hospital itu petang Khamis lalu (difahamkan akibat Strok dan pendarahan dalam otak). Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Aminnn.

Antara kami tidak pernah ada pertalian atau perkenalan secara dekat. Aku hanya mengenalinya dari jauh sebagai seorang pengkarya seni yang tersohor dan dalam masa yang sama juga sebagai manusia yang banyak berkongsi nilai-nilai kehidupan kepadaku secara tidak langsung melalui karya-karyanya, baik melalui filem atau iklan garapannya.

Aku merasa dekat dengannya kerana dia sering mendekatkan aku dengan banyak sekali nilai kemanusiaan yang kadang-kala aku tercicirkan. Kagum dengan keberanian dan kesungguhannya untuk berkongsi sesuatu yang berat pada mata dan penilaian orang lain.

Kalau ada yang perasan, sejak awal aku mula menulis di blog (sejak blog lama - Mei 2006, sehingga kini), aku sudah abadikan poster tiga karya utamanya di ruang depan ini. Ia sebagai menyatakan rasa kakaguman dan penghargaanku kepada karya-karyanya. Tidak pernah aku usik atau cuba gantikan poster tersebut dengan yang lainnya. Beberapa tahun aku bingkaikan di sini kerana ia mempunyai duduk istimewa dalam hatiku.

Ermm.... dan mulai hari ini, ia benar-benar akan menjadi kenangan. Kenangan terindah yang akan selalu aku kenangkan. Terkenang SEPET, terus aku menjadi GUBRA. Mujur ada MUKHSIN yang membawaku kepada TALENTIME, walaupun tanpa MUALLAF. Terima kasih YASMIN AHMAD. Aku pasti akan merindui kamu. AL FATIHAH.

Kredit : Petikan Berita Dari www.mstar.com.my

Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini.

KUALA LUMPUR: Pengarah filem terkenal Yasmin Ahmad dilaporkan telah meninggal dunia pada jam 11.25 malam ini di Hospital Pakar Damansara. Perkara itu disahkan oleh Ketua Pegawai Operasi Kumpulan Media Prima Datuk Seri Ahmad Farid Ridzuan yang berada di Hospital Pakar Damansara. Yasmin disahkan meninggal dunia akibat pendarahan teruk di otak.

Suaminya, Tan Yew Leong, Dr.Zakaria Zahri (adik ipar) dan Datin Orked (adik) turut berada di sisi Allahyarhamah ketika beliau menghembuskan nafas terakhir. Jenazah pengarah tersohor ini akan dimandikan dan disembahyangkan di Masjid SS19, Subang Jaya sebelum solat Zohor, esok (26 Julai), manakala tempat pengebumian masih belum ditetapkan.

Perkara itu dimaklumkan oleh rakan baik Allahyarhamah, iaitu pelakon Fatimah Abu Bakar yang mewakili keluarga pengarah itu, pada sidang media yang dibuat di hospital tersebut, sebentar tadi. Fatimah juga meminta kepada semua peminat Yasmin untuk turut menyertai solat jenazah serta mendoakan agar Allahyarhamah ditempatkan di sisi orang beriman.

Pihak media juga diminta untuk tidak mengganggu ahli keluarga Yasmin buat masa ini yang masih bersedih dengan kematian pengarah itu. Turut hadir di sidang media tersebut ialah Datuk Seri Farid Ridzuan dan adik iparnya, Dr. Zakaria Zahri.

Yasmin, 51, rebah ketika membentangkan kertas kerja di Sri Pentas, ibu pejabat stesen televisyen TV3, pada Khamis dan dikejarkan ke hospital berkenaan. Beliau dilaporkan mengalami strok dan pendarahan di bahagian otak.


[Ermmmm.. Sunggoh, aku benar-2 merasai ke-sedehan-nya meski dia bukan siapa-2 kepada-ku...]

Saturday, July 25, 2009

~ MEREHAT URAT YANG BERSIMPUL ~


Mengisi keluangan yang ada, aku menghabiskan masa dengan menonton filem di layar lebar. Hasrat awalnya mahu menonton tiga filem secara berturutan seperti yang pernah dilakukan bila mana lama tidak menghabiskan masa begini. Namun, hasrat itu terbantut apabila ada urus yang tidak terjangka menanti selepas itu.

Sudahnya, kami hanya sempat menonton filem Obsessed lakonan Beyonce Knowles dan kemudiannya diikuti dengan filem Ice Age 3 yang sangat menghiburkan. Kedua-duanya dari genre yang berbeza dan aku sukakannya.

Ice Age menyentuh soal persahabatan dan aku sangat terkesan tentang itu. Malah, sempat aku meminjam banyak perkara seusai menontonnya. Persahabatan unggul... ermm..

[Tida' sabar mau me-nunton pilem Setem dan The Proposal (kerana Sandra Bullock)...]

Friday, July 24, 2009

~ NOVEL KHILAF KASIH ~


TAJUK : Khilaf Kasih
KARYA : Zulaila Zakaria
PENERBIT : Buku Prima Sdn Bhd
HALAMAN : 405 Muka Surat
HARGA : RM16.90

“Semua orang ada sejarah silam tersendiri. Tanpa sejarah masa silam, barangkali kita tidak sebegini teguh untuk terus mengharungi segala macam pancaroba hidup. Bukankah kisah semalam itu akan mematangkan kita dalam membuat pilihan hidup di hari kemudian. Maka kerana itu, kita tidak akan mempertikaikan apa-apa lagi tentang sejarah lalu yang telah pun lama berlalu pergi…”


[Kata sa-orang kawan, bukan-kah sejarah itu lampu suloh yang paling terang... ermm]

Thursday, July 23, 2009

~ DOAKAN UNTUK YASMIN AHMAD ~



Petang tadi, kurang lebih jam 4.00 petang tadi aku mendapat SMS yang mengirimkan berita YASMIN AHMAD telah meninggal dunia akibat strok ketika membentangkan kertas kerja di TV3.

Sungguh aku sangat-sangat terkejut dengan berita itu lalu cuba menghubungi beberapa kenalanku untuk mengesahkan berita itu. Dalam masa yang sama, turut mendoakan agar berita itu tidak benar dan semoga dia masih punya umur.

Kira-kira setengah jam kemudian, aku mendapat berita terbaru yang menidakkan berita pertama yang ditextkan kepada aku sebentar tadi. Benar YASMIN AHMAD tidak sihat akibat diserang strok tetapi dia masih ada umur dan kini sedang mendapat rawatan di Hospital Pakar Damansara. Alhamdulillah. Mudah-mudahan, Tuhan mengizinkan kesihatan yang baik buatnya.

Sehingga entri ini ditulis, YASMIN diberitakan telah selamat menjalani pembedahan untuk membuang darah beku di kepalanya petang tadi juga. Walaupun masih tidak sedarkan diri, namun keadaannya sudah stabil. Sama-samalah kita doakan yang terbaik untuknya. Aminn.

Kredit : Petikan Berita Dari www.mstar.com.my

BERITA TERDAHULU

PETALING JAYA: Pengarah Yasmin Ahmad yang dilaporkan jatuh pengsan di TV3, hari ini, selamat menjalani pembedahan otak di Pusat Perubatan Pakar Damansara, di sini, sekitar pukul 7.30 malam tadi.

Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng menjawab pertanyaan wartawan. Pembedahan itu dilakukan setelah doktor mendapati pengarah terkenal telah diserang strok. Keadaannya kini dilaporkan stabil, selepas pembedahan yang memakan masa kira-kira sejam lebih itu.

Terdahulu, keluarga pengarah Yasmin Ahmad telah melantik Pengarah Urusan Leo Burnett, Tan Kien Eng sebagai jurucakap untuk menerangkan situasi sebenar keadaan Yasmin yang dilaporkan sedang 'tenat'. Ini adalah kerana terlalu banyak spekulasi tentang pengarah terkenal filem 'Sepet' itu yang dilaporkan jatuh pengsan selepas satu sesi 'pitching' di Sri Pentas TV3, petang tadi. Yasmin telah dikejarkan ke Pusat Perubatan Pakar Damansara kira-kira jam 4.30 petang tadi dan berada di dalam keadaan koma di Unit Intensif (ICU).

Kata Kien Eng, "Yasmin dalam keadaan okay dan tidak menunjukkan apa-apa masalah kesihatan."
"Saya ingin betulkan laporan tidak benar yang mengatakan Yasmin pengsan. Dia tidak pernah pengsan. Dia berada dalam keadaan duduk dan memberitahu yang dia tidak sihat. Itu saja.
"Dan saya juga ingin tekankan yang Yasmin tidak pernah berhenti bernafas seperti yang dilaporkan cuma keadaan pernafasannya agak perlahan.
"Pada saat ini, doktor sedang cuba melakukan sesuatu untuk merawat Yasmin. Keluarga Yasmin berharap agar peminat dan mereka yang mengenali Yasmin akan berdoa agar dia dapat melepasi saat yang sukar ini," kata Kien Eng.

BERITA TERDAHULU

Yasmin kini dilaporkan berada di ICU dalam keadaan koma. Menurut sumber, Yasmin sedang membentangkan kertas kerja pada jam 3.10 petang. Selepas 15 minit, Yasmin mengadu dia tidak sihat dan menekup mukanya di atas meja.

Penyanyi Datuk Siti Nurhaliza dan kawan-kawan yang berada di situ tidak mengesyaki apa-apa kerana memikirkan Yasmin ingin mengingat tentang kertas kerjanya. Selepas lima saat, Yasmin tidak bangun-bangun, Siti dan mereka yang berada di situ terus gerakkan dia namun tiada respons.

Ketika itu, keadaan Yasmin tercungap-cungap dan Dr Rohaya dari TV3 dan Siti telah cuba melakukan CPR ke atas Yasmin. Selepas 10 minit, sebuah ambulans telah mengejarkan Yasmin ke Damansara Specialist Centre. Yasmin telah sampai ke hospital pada jam 3.45 petang.

Jurucakap hospital berkata, Yasmin akan menjalani satu pembedahan sekitar 6 petang nanti.
"Doktor sedang melakukan pelbagai prosedur untuk mengawal keadaan Yasmin," katanya.


[Me-minjam banyak nilai kemanusiaan yang di-kongsi-kan YASMIN...]

Wednesday, July 22, 2009

~ HATI YANG KAU SAKITI ~


HATI YANG KAU SAKITI
by rossa

Jangan pernah katakan bahwa cintamu hanyalah untukku
Karena kini kau telah membaginya
Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya.. oo..

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah disakiti

Maafkan jika memang kini harus kutinggalkan dirimu
Karena hatiku slalu kau lukai
Tak ada lagi yang bisa ku lakukan tanpamu
Ku hanya bisa mengatakan apa yang kurasa

Ku menangis… membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya

Ku menangis… melepaskan
Kepergian dirimu dari sisi hidupku
Harus slalu kau tahu.. oo

Dan harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah kau sakiti

Ku menangis…
Harus slalu kau tahu
Akulah hati yang telah….
Kau sakiti

[Harap tida' ber-temu kamu lagi N.. waima dalam mimpi sekali-pon]

Tuesday, July 21, 2009

~ DEGUP AWAL PAGI ~


Degup awal pagi yang menerbangkan 8 ekor kupu-kupu di dalam perutku. Insiden di jalanraya ketika dalam perjalanan menuju ke tempat pekerjaan di Bandar Anggerik pagi tadi, telah membuat aku sangat terkejut tetapi dalam masa yang sama tetap berada dalam pemanduan yang 'cool'. Alhamdulillah, tiada apa kecelakaan yang menimpa walaupun sewaktu kenderaan laju itu menghimpit 'unta hitamku' sehingga cermin sisi sebelah pemandu tertanggal dan terpelanting terbang di depan mataku itu, aku sempat berfikir tentang 'nasibku' selepas itu. Apapun, mujur... aku dirahmati pagi ini. Lalu yang terpelanting terbang itu hanyalah cermin sisi itu.

Entah... apa yang membuatkan aku di posisi yang setenang itu walau insiden itu telah membuat degup laju pada jantungku itu, aku sendiri tidak tahu. Aku tidak brek mengejut, aku tidak panik, sebaliknya menerusnya pemanduan seolah tiada apa yang berlaku sedangkan banyak mata yang menumpu untuk melihat apa kejadian seterusnya yang bakal berlaku. Lucu. Tetapi itu yang aku lalui hari ini.

Itulah kisah di jalanraya. Walau berhati-hati dan menurut atur segala undang-undang yang ditetapkan sekalipun, kita tetap tidak akan terkecuali daripada berdepan dengan situasi seumpamanya. Tetap terdedah kepada kecelakaan yang mungkinnya datang dari kecuaian orang lain. Dan itu yang aku lalui hari ini. Kecuaian manusia yang mementingkan diri sendiri sering mengheret sekali kalangan kita yang kekal dengan pemanduan berhemah. Berdoa sahajalah untuk kesejahteraan diri.

[Ter-ingat kesah di-katel hospital be-berapa tahon dulu..]

~ NOVEL AKHIR YANG INDAH ~


TAJUK : Akhir Yang Indah
KARYA :
Azah Khalida
PENERBIT :
Alaf 21 Sdn Bhd
HALAMAN :
452
HARGA :
RM18.00

“Hati kecilnya mula menerima satu getaran kasih luhur yang meresap di sanubarinya. Sebagai gadis desa, Syadia belum berani mendengar bisikan hatinya..”

[Kalau-lah kita mampu meng-hidu peng-akhiran se-suatu yang di-lalui itu...]

Monday, July 20, 2009

~ KE PUSARA ARWAH ~


Petang tadi, aku berada di bumi Hang Tuah. Tidak seperti biasa, kali ini aku ke sini kerana melawat keluarga arwah rakan sepekerjaan yang telah pulang ke rahmatullah Sabtu lalu. Sempat juga menjengah pusaranya. Al Fatihah. Mudah-mudahan aman di sana.

Mendengar cerita daripada ibu saudaranya yang telah menjaganya sejak kecil, ada sayu yang membuat menyinggah. Ku tahan keras airmata agar sedikitpun tidak tumpah. Biar sahaja si ibu ini sahaja yang melepaskan rasa kesedihannya.

Aku memandang wajah tuanya tanpa sedikitpun terkalih. Dia berkongsi ceriota saat bagaimana arwah menghembuskan nafas terakhir. Saat bagaimana Arwah terseksa dan menderita diwaktu sakitnya. Aku tersentuh lagi. Kucuba tahankan lagi sehingga satu ketika aku keluar dari ruang tempat kami berbicara itu beberapa ketika. Kononnya mahu menjawab panggilan telefon. Tetapi sebenarnya, aku cuba melawan rasa sebak yang berlawan-lawan mahu mengambil tempat.

Memang benar kata sang ibu, mereka tidak mahu menuduh sesiapa. Arwah juga telah selamat pergi. Namun, penyeksaan yang diterima arwah dengan penganiayaan itu sangat menyedihkan mereka. Semua orang akan mati tetapi cara kematian yang dilalui arwah yang dikatakan berpunca 'khianat' orang sungguh membuat sayu.

Pesanku pada diri, mudah-mudahan kita terhindar dari rasa yang memudaratkan. Baik untuk diri sendiri mahupun kepada orang lain. Bagaimana marahnya kita, bagaimana irinya kita, jangan sesekali memberi ruang kepada iblis dan syaitan daripada menguasai diri dan perasaan kita lalu mengatur tindak yang brtentangan dengan iman. Aminnn.... Aku benar-benar mohon itu...

[Al Fatihah...]

~ NOVEL LAGI ~


Lama aku tidak menghabiskan sedikit wang untuk membeli novel mengisi waktu-waktu menunggu yang selalu aku lalui setiap hari. Nah, hari ini, dengan kesempatan yang ada aku mencuri keluangan itu. Lima buah novel dengan harga RM88.70.

Kelima-lima novel ini dipilih aku secara random. Mana yang tercapai dek tangan dan terpandang lekat dek mata. Mudah-mudahan berfungsi mengisi kebosanan menunggu.

[Maseh men-chari novel 'Laskar Pelangi' karya Andrea Hirata..]

Sunday, July 19, 2009

~ SELAMAT SEMBUH ~


Sedikit kesibukan hari ini. Awal pagi, aku siap siaga menemankan teman jiwa bersarapan pagi. Mengantuk teramat sangat lantaran malam tadi, aku tidak dapat meletak lena kerana berputar fikiran tentang banyak perkara. Apatah lagi dengan berita kematian teman sepekerjaan. Ralat juga kerana tidak punya kesempatan untuk menziarahi arwah petang semalam di atas hal-hal yang tidak terelakkan walaupun niat sudah ada seawal berita diketahui.

Tidak lama berdampingan dengan teman jiwa kerana dia perlu menguruskan hal berkaitan adik perempuannya, Jessy. Lalu, aku membuat putus untuk ke rumah sahabat kecil di SW pada sebelah petangnya untuk melawatnya yang tidak sihat sejak dua hari ni. Hingga ke malam jugalah menghabiskan masa di rumahnya ini. Tidak sampai hati melihat dia yang memangnya tinggal berseorangan sejak berpindah ke rumah baru ini.

Seawal jam 9 pagi tadi, dia mengirimkan text yang mengatakan dia disyaki terkena demam denggi setelah ke doktor malam tadi. Selain itu, dia juga dikatakan mengalami tekanan darah rendah akibat kurang rehat. Memang betulpun dia tidak punya kerehatan yang cukup. Aku tahu itu. Rumah sudah menjadi seperti hotel yang mana pulangnya hanya sekadar menukar baju dan meletak lena. Selebihnya dia di luar rumah degan urusan pekerjaannya yang tidak pernah habis itu.

Ermm... kasihan dengan sahabat yang seorang ini. Semakin lemah tidak bermaya. Terlalu menurut hambatan kerja sehingga tak tertanggung dek kudrat yang sekerat. Beberapa kali sudah dia sakit. Malah, beberapa kali juga aku membuat bingar agar dia mencari keluangan untuk diri sendiri. Tetapi dia sering menyangkakan kudratnya melebihi dari yang ada.

[Sayangi-lah diri anda...]

Saturday, July 18, 2009

~ AL FATIHAH ~


~ ANGKARA DENGKI KHIANAT ~

Aku tidak tahu bagaimana mahu memulakan. Namun, aku tetap mahu berkongsi sesuatu di ruang ini. Isnin lalu, aku dikhabarkan tentang kisah rakan setempat pekerjaan yang sedang sakit. Bukan sakit biasa, tetapi sakit yang tidak dapat dikesan sang doktor. Hampir tiga bulan demam-baik-demam-baik dan sejak awal minggu ini dia semakin lemah dan tidak bermaya. Beberapa rakan telahpun melawatnya yang terlantar di rumah, termasuk en boss besar dan en bos kecil.

Khabarnya berat badannya menurun begitu drastik. Jika selama ini dia dianggap ‘comel’ dek berat badannya yang sedikit ‘sihat’ itu, kini fizikalnya berbeza sekali. Dalam tempoh kurang seminggu berat badannya susut sebanyak 10kg sedangkan selama ini berat badannya sukar sekali mahu turun.

“Dah tinggal tulang. Kalau kau tengok dia mesti kau terkejut. Kesian sangat..”

Itu antara reaksi rakan-rakan yang melawatnya. Senovel cerita yang mereka bawakan tentang itu. Heboh satu tempat pekerjaan terkongsi. Khabar dari cerita mereka juga, rakan yang seorang ini terkena ‘buatan orang’.

Aku menarik nafas panjang. Sungguh aku tidak pernah ada pengalaman dalam soal yang begini. Tidak pernah dilalui oleh keluarga atau saudara-mara terdekat, rakan-taulan juga tidak melalui pengalaman seperti itu... (Alhamdulillah...). Justeru, aku tidak banyak tahu tentang soal-soal yang begini. Bukan tidak percaya tentangnya, cuma tidak banyak tahu dan tidak terdedah kepada itu..

Kata mereka lagi, ‘perbuatan’ itu dilakukan kepada rakan ini kerana dia dicemburui. Cemburu tentang apa, tidak pula aku suakan pertanyaan. Namun, kerana kecemburuan itulah, seorang manusia yang hitam hatinya ini sanggup menganiayai rakan ini. Sebegitu teruk dia dikerjakan tanpa ada rasa kemanusiaan.

Khabarnya, setelah gagal dengan en doc, dia merujuk kepada pakar perubatan tradisional. Mengejutkan, bila badannya dia katakan telah dimasukkan 19 ekor ‘jin’. Lalu menyebabkan dia sukar untuk meletak lena dan menyekat selera makannya keras. Sungguh.. terlopong aku mendengarnya. Antara percaya dan tidak... aku sendiri tidak tahu mahu berdiri di mana. Ia sesuatu yang baru buatku kerana sungguh aku tidak pernah mendengar cerita seperti ini kecuali di drama tv atau layar filem.

Ermmm... masih wujud yaa manusia hari ini yang sanggup bermain dengan kuasa iblis dan syaitan semata-mata mahu memenuh mahu hati? Menganiayai manusia lain tanpa sedikit rasa kemanusiaan? Aku tidak tahu sejauh mana kebenarannya tentang soal-soal yang begini (sihir, mahkluk halus, misteri dll) yang menimpa rakan setempat pekerjaan itu, namun itulah cerita yang mereka khabarkan.

Dalam perkembangan yang lain, aku juga turut mendapat khabar seseorang yang 'dikenali' mungkin juga oleh kamu kini sedang menderita dengan sakit yang sama. Suaranya hilang tiba-tiba tanpa alasan. Batuk tidak, sakit tidak... tetapi suara hilang. Apabila merujuk kepada orang alim agama dan diperjelaskan tentang duduk ceritanya, dia diberikan air penawar (air bacaan Yasin). Alhamdulillah dengan izin Allah, suaranya kembali pulih seperti sedia kala.

Justeru....

Pesanku pada diri, mudah-mudahan aku terhindar dari semua itu.
Pesanku pada kamu di luar sana, jauhi diri dari perbuatan syirik dan menyekutukan Allah.
Pesanku pada mereka yang punya hati yang busuk dan hitam itu, usah jualkan iman kamu kepada makhluk yang bakal membinasakan kamu....
Ermmm...
Yang dipesankan seseorang kepadaku dan ingin dikongsikan dengan kamu, “Janganlah mengecilkan hati, menyakitkan atau menganiayai antara sesama. Memelihara soal itu akan membuat hindar kepada soal iri, marah dan dendam. Jadikan senyum dan keikhlasan sebagai penawar paling mujarab..”


Petikan di atas merupakan tulisanku pada entriku yang bertarikh 6 mei 2009 yang aku kongsikan tentang seorang rakan tempat pekerjaan yang dianiayai manusia berhati hitam. Ermm.... tengahari tadi, beliau telah disahkan meninggal dunia. Al Fatihah.... Mudah-mudahan arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman... aminn...

Sungguh, aku sangat-sangat terkejut dengan berita yang disampaikan itu. Baru sahaja melihat kelibatnya di ruang pejabat dua minggu lalu, sangkaku sakitnya beransur pulih. Rupa-rupanya berita lain yang kuterima hari ini. Ermm...

[Minta kita semua ter-hindar dari per-kara-2 me-mudarat-kan... amennn]

Friday, July 17, 2009

~ HARI TANPA MATA ~


Lucu tetapi dalam masa yang sama turut mengundang amarah kepada diri sendiri. Manakan tidak akibat kecuaian sendiri, aku tertinggal 'mata' di dalam kereta teman jiwa malam tadi sepulang menghirup secawan coffee bersamanya.

Perkara yang paling pentingpun aku boleh tertinggal, harus bagaimana itu? Sungguh, tidak pernah perkara seumpama ini berlaku. Teman jiwa tidak habis-habis mentertawakan aku. Kecuaian yang tidak sepatutnya berlaku sebenarnya. Akhirnya menyusahkan diri sendiri. Dia pula sudah berada di selatan semenanjung tanahair.

Lalu, sepanjang hari ini aku menjalani hari tanpa 'mata' tersebut. Ramai yang menegur, tidak kurang juga yang bertanya. Mungkin risau kalau-kalau pandanganku kabur tersasar. Hahaha.. tidaklah begitu sekali jadinya. Cuma sakit kepala sepanjang hari kerana urat-urat di bahagian mata seolah menekan dan seperti terlalu berusaha untuk membuka mata dan melihat dengan baik.

Kebetulan pula hari ini banyak urusan kerja luar yang harus aku selesaikan. Ermm.. apalah nasib badan. Wahai koishie... kenapa dengan kamu ya...

[Teraba-raba di-tempat terang.. men-chari yang tida' hilang...]

~ TERLANJUR CINTA ~


TERLANJUR CINTA
by rossa & pasha (ungu)

Waktu bergulir lambat merantai langkah perjalanan kita
Berjuta cerita terukir dalam menjadi sebuah dilema
Mengertikah engkau perasaanku tak terhapuskan

Malam menangis tetes embum basahi mata hatiku
Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan cintaku

Aku pun tak mengerti yang terjadi
Apa salah dan kurang ku padamu
Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta aku tetap cinta

Mencoba bertahan diatas puing-puing
Cinta yang telah rapuh
Apa yang ku genggam tak mudah untuk aku lepaskan

Aku terlanjur cinta kepadamu
Dan tlah ku berikan seluruh hatiku
Tapi mengapa baru kini kau pertanyakan
Kau pertanyakan cintaku

Kini terlambat sudah untuk dipersalahkan
Karna sekali cinta
Karna sekali cinta aku tetap cinta

[Simpan sa-bagai momen ter-indah..]

Thursday, July 16, 2009

~ BAHU YANG BERAT ~


Diam, senyap mengelap peluh yang tiada peluhnya. Aku ditugaskan en boss membuat urusan yang berkait sahabat mei. Kononnya, atas dasar persahabatan kami itu, aku dapat memudahkan urusan kerja itu. Ermmm.. namun, atas dasar persahabatan juga, jangan lupa ia boleh menjadi terlalu sukar tanpa sedikitpun yang memudahkan.

[Aku mau senyap... lagi mau diam...]

Wednesday, July 15, 2009

~ LELAH YANG PANJANG ~


Penat. Sungguh, aku benar-benar maksudkannya. Hanya termiliki kudrat yang sekerat ini. Semalam berlalu dengan pengisian lelah yang panjang. Seawal pagi sehingga malam menutup hari, aku masih di luar rumah dengan urus pekerjaan yang bersusun.

Paginya hingga matahari setengah tegak, aku di ruang pekerjaan, di bandar anggerik melunaskan kerja yang menimbun tinggi bak bangunan KLCC itu. Menyambung perjalanan pada sebelah petangnya ke T.G. untuk urusan berkait soal pekerjaan. Hampir 3 jam di situ, aku meredah kesesakan jalanraya untuk ke SS2, PJ pula. Dibawa bertemu seseorang yang 'tersohor' di surat khabar oleh seorang rakan dekat. Sempat menghirup secawan coffee.

Jam 7.30 malam, aku sudah berada pula di Tropicana Citymall. Juga berkait urus pekerjaan. Kurang lebih, tiga ke empat jam jugalah di situ. Kerja. Semuanya kerana kerja. Hampir ke jam sebelas, aku harus meninggalkan gedung indah yang pertama kali aku jejaki itu. Harus meminta diri terlebih dahulu dan meminta simpati rakan dekat untuk menolak permintaannya untuk menjamah Char Kuetiaw kegemaran di tempat kegemaran. Huh.. dalam waktu yang sama, otak masih ligat berfikir soal urus-urus yang belum selesai.

Kurang sepuluh minit jam 12 malam, aku sudah berada di rumah. Perkara pertamanya, aku menghidupkan komputer di meja. Membuka emel, ym, facebook dan kemudiannya membiarkannya sendiri tanpa dibelek lihat. Aku melakukan soal-soal wajib yang terlebih dahulu perlu.

Selesai itu, aku kembali di kerusi kesayangan yang menempatkan komputer kesayangan. Memulakan dengan membiarkan jari-jari terlebih dahulu bercerita. Hanya sedikit sahaja yang aku izinkan, sesuai dengan keluangan waktu yang ada.

Jam tepat menunjukkan 1 pagi, otak masih berfikir. Mencongak-congak masa, menimbang-nimbang kudrat yang ada. Akhirnya aku gagahkan diri. Melayan kerja pejabat yang dibawa pulang mengekor ke rumah. Tekun sehingga jam 5.45 pagi. Siap.


Mencari CD Beethoven yang memuatkan lagu symphony no.9 dan membiarkan ia berkumandang sendiri. Sedang aku terus mandi dan kemudiannya bersiap siaga untuk ke tempat pekerjaan pada jam 6.30 paginya.

Yaa... seminitpun aku tidak sempat meletak lena. Dan saat aku menulis entry ini, aku belum juga meletak lena. Melarik mimpi, apatah lagi. Ermm... Tiba-tiba aku menangis. Menangis kepenatan. Sesuatu tidak pernah terjadi sebelum ini. Sungguh, aku benar-benar maksudkan itu.

[Lagi-2 kereja...... dan kereja.. Kamu semua, tolong.. jangan lupa-kan aku yang kerap hilang dari mata kamu ini..]

~ MENDEDAHKAN DIRI ~


Hari ini aku terserempak lagi dengan seorang 'penulis' yang memikat ramai orang dengan penulisannya. Aku antaranya. Sebelum ini terserempak juga, beberapa kali. Tetapi sekadar berselisih bahu dan tidak pernah berani menegur. Maklum saja dia 'penulis' tersohor.

Sekejap tadi, kebetulan 'penulis' ini bersapa seorang rakan dekat yang mana kebetulannya aku berada di situ. Rupa-rupanya, mereka saling mengenali baik (kecilnya kotaraya besar ini.. ermmm)... dan entah bagaimana, ringan pula mulutku menutur bual setelah diperkenalkan rakan tadi (sesuatu yang sangat-sangat jarang aku lakukan). Barangkali ia menjadi 'ringan' kerana aku terasa seperti mengenali dia (melalui penulisannya).

Entah bagaimana, aku yang merasa jujur ini tiba-tiba memperkenalkan diri (atau mendedahkan diri) menurut yang dia ketahui aku. Yaa.. buat pertama kali dan dia menjadi satu-satunya orang yang mengenali aku di luar dan di ruangan ini. Grrr...

Kalaulah 'penulis' itu membuat singgah di sini (yaa.. kalaulah...) dan membaca entry yang memang untuknya ini, mohon menjadi rahsia yaa. Kerana yang terbocor rahsia itu hanya kepada dia. Janji. Hahahaa... Aku sekadar mahu bebas mengadu nasib di sini, itu sahaja. :)

[Salamat ber-kenalan..]

Monday, July 13, 2009

~ SEJENAK MEMBUAT RENUNG ~


Bila Allah cepat makbulkan doamu,
Maka DIA menyayangimu,
Bila Allah lambat makbulkan doamu,
Maka DIA ingin mengujimu,
Bila DIA tidak makbulkan doamu,
Maka dia merancang sesuatu yang lebih baik untukmu.

Oleh itu, sentiasalah bersangka baik pada ALLAH dalam apa jua keadaan... Kerana kasih sayang ALLAH itu mendahului kemurkaanNya.

[Mudah-mudahan ter-hindar dari sagala yang me-mudarat-kan... aminn..]

Sunday, July 12, 2009

~ CARIK-CARIK BULU AYAM ~


TEMAN JIWA : Kata gaduh dengan dia.. kecil hati sangat2.. sampai berbulan2...
TEMAN JIWA : Ni nak risau pasal dia pulak kenapa
TEMAN JIWA : (mengerling aku yang sedang menekan-nekan SMS untuk sahabat dekat dengan ekor matanya)
AKU : Ehh.. dah dia kawan saya.. kawan baik sayaaaa
AKU : Mestilah saya risau bila dia tengah problem
AKU : (masih menekan-nekan SMS bertanya keadaan sahabat dekat yang sejak malam tadi memberikan text tentang keadaan dirinya yang sedang dalam ribut-ributan..)
TEMAN JIWA : (Ketawa)
AKU : (Entah apa yang melucu kepadanya aku sendiri kurang jelas..)
TEMAN JIWA : Tahupun dia kawan baik awak..
TEMAN JIWA : Tapi, kenapa korang ni sekarang dah jadi macam tak kawan langsung..
TEMAN JIWA : Tu hadiah birthday dia tu, kenapa masih ada kt boot kereta tu?
TEMAN JIWA : Kalau tak jadi kasi kat dia, baik kasi kat saya jer.. (ketawa sambil menggeleng-gelengkan kepala..)
AKU : (Diam lalu menyimpan terus telefon bimbit..)

Yaa.. asalnya kerana berkecil hati. Sensitifnya begitu menjadi kerana dia sahabat dekat, sahabat yang paling aku taruhkan percaya dan harapan. Justeru, apabila dia pula yang membuat onar, rajuknya menjadi panjang. Andai dia hanya kenalan sekadar rakan sapaan, tentu sahaja aku tidak pernah mahu menyimpan di dalam hati. Pedulikan saja. Tetapi dia seorang sahabat. Bezanya tentu ada. Itu juga yang pernah dikatakan sahabat mei suatu masa dulu.

[Sa-makin mengenali diri yang benar.. sa-makin ter-lehat kurang dan lebeh.. itu-lah sahabat yang di-perolih..]

~ PANTUN ~


Dedikasi khas buat teman jiwa

Riang kenari siul berlagu,
Hijau melingkar si daun sireh
Sabarmu tebal menusik kalbu,
Jiwa terpaku tidak terkalih.

Serindit rendah membuat sarang,
Mengintai malu melur di taman,
Hati sudah terima sayang,
Jiwa raga aku taruhkan.

Menghayun buai ke hujung atap,
Teratai di air membuat riak
Janji terpatri, kata terucap,
Terpisah jasad, batinnya tidak.

Merpati lari terbang berempat,
Diacah tangkap si anak Kudu
Hati sudah kututup rapat,
Tiada yang lain, hanya padamu.

Mengintai langit bintang beribu,
Kerdipan indah memikat kalbu
Sebanyak hari menanggung rindu,
Sebesar harap, jodoh bertemu.

[Rajen ber-panton ketika maseh di-bangku sakolah..]

~ KESABARAN YANG MENYENTUH ~


TERIMA kasih kepada teman jiwa yang sentiasa bersabar denganku. Bersabar dengan rajukku, sikapku, karenahku, kurang dan lebihku juga. Sentiasa beralah dengan manusia degil sepertiku ini. Sehinggakan aku merasa takut andai kesabarannya itu tidak berbalas sesuatu yang indah buatnya. Mohon dengan sepenuh hati, mudah-mudahan ada jodoh antara kami pada hujungnya. Ermm...

[Usah men-jadi ter-lalu baik kepada-ku...]

Saturday, July 11, 2009

~ DEMAM ~


DEMAM ! Suhu badan sudah mencecah ke 38.6c... Sebenarnya aku susah sekali mahu demam. Tetapi jika sekali sudah terkena, terus demam teruk. Sebenarnya, dua hari lepas sudah ada tanda-tanda mahu demam. Tetapi bagai biasa aku jenis yang suka melawan. Gagahkan diri, sengaja tidak mahu melayan karenah badan yang mahu bermanja.

Semalam, satu hari berpanasan di bawah terik matahari dek kerana urus pekerjaan. Malamnya, badan merasa sangat lemah sekali. Sepulangnya dari tempat pekerjaan, tidakpun sempat membersih diri dan menukar pakaian, badan sudah aku rebahkan. Sakit kepala bukan kepalang. Nafas tiba-tiba menjadi sangat panas hingga terasa ke seluruh muka. Grrrr...

Kurang lebih, jam 5 pagi, kakak mengejutkan aku dari lena. Dalam mamai, aku melihat mulutnya terkumat-kamit berkata sesuatu sambil di tangannya dibawa alat pengukur suhu badan dan ubat penahan sakit. Tahu aku tidak sukakan ubat, dia siap siaga memasukkan ubat di dalam roti kosong agar mudah ditelan aku. zzzzz....

Jam 10 pagi, kepala terasa sedikit ringan walaupun badan masih lagi panas. Ada alasan untuk aku menolak dibawa ke klinik. Sengaja aku gagahkan diri ke sana-sana ke mari agar dilihat segar dan sihat. :)

[Ter-kenang budi kepada K. Ina yang perenah menyelamat-kan dan men-jaga-ku ketika ter-libat dengan kemalangan suatu masa dulu...]

Friday, July 10, 2009

~ HADAP ~


SEMENJAK bertugas di jabatan baru, ramai rakan-rakan yang menegur dan meluah rasa. Begitu juga dengan teman jiwa. Kata mereka, aku kini sudah tidak punya masa untuk bersantai-santai menghirup secawan coffee bersama mereka lagi. Ermm... ada benarnya apa yang disuarakan mereka itu. Sungguh, aku begitu terhambat dengan urusan kerja yang berbaris menanti untuk ditangani.

Sepanjang setahun lebih aku bekerja di tempat pekerjaan baru ini, malam ini menjadi kali pertama aku meninggalkan ruang pekerjaan selewat 10.30 malam (setiap hari aku tiba di tempat pekerjaan seawal 7.00-7.15 pagi, walaupun waktu bekerja pada jam 8.30 pagi). Hari ini, aku terpaksa pulang lewat kerana diminta en boss untuk menyiapkan kerja seorang rakan yang lain.

Menoleh ke skrin telefon bimbit, bersusun mesej kiriman rakan-rakan dekat yang mengomel akan kesibukanku. Tidak kurang juga yang mengusik kononnya aku sudah melupakan mereka kerana sudah gempita di jabatan baru yang mereka sifatkan sebagai penuh kerdipan. Aku ketawa sahaja membaca usikan mereka itu. Jujurnya, aku lagi senang di jabatan lama walaupun aku tahu kerdipnya tidak seperti di sini. Itu yang jujur yaa.

Hampir jam 12 tengah malam, baru menjejak ke rumah. Tidak sempat mahu berbuat apa, mata sudah menuntut untuk meletak lena. Kudrat yang sekerat ini sudah tidak dapat bertahan lagi. zzzzzzzzzzzzzzzzz....

[Alang-2 menyelok per-kasam...]

Thursday, July 09, 2009

~ MAMA & BABY COMEL ~


TAHNIAH untuk mama comel Utan Aji yang baru sahaja selamat melahirkan bayi comel juga. Mudah-mudahan kelahiran bayi comel ini memberi bahagia yang panjang setelah pelbagai duka yang mengisi hari.

Masih terngiang di telinga saat mama comel ini meluah rasa ketika bayi comel berusia 5 bulan di dalam kandungan. "Baby ni baik sangattt... dia tak nakal, tak meragam dan tak pernah menyusahkan mama. Macam tahu saja mama dah banyak susah.. dah banyak berendam air mata. Mama harap, baby mama ni akan terus baik-baik macam ni sampai bila-bila. Dengar cakap dan takkan pernah buat mama menangis dan sedih macam yang mama lalui sekarang ni..."

Ermm... sayu mengingat kata-kata itu. Mudah-mudahan kini semuanya menjadi manis. Sekurang-kurangnya, baby comel ini besarnya bakal menjadi hero untuk menjadi pendamping dan pelindung mama comel agar tidak terus dibuli yaaa.... :)

[Ajal, maut... jodoh, pertemoan.. bukan-kah semua-nya di-tangan Tuhan?]

Wednesday, July 08, 2009

~ TEATER INTAN YANG TERCANAI ~


TAJUK TEATER :
Intan Yang Tercanai
KARYA :
Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan
PENGARAH :
A. Wahab Hamzah
PELAKON :
Mardiana Alwi, Arwindran, Fauziah Ahmad Daud, Juhara Ayub, Norzizie Zulkifli dll
TARIKH & MASA PEMENTASAN :
8-12 Julai 2009 / 8.30 Malam
TEMPAT :
Balai Budaya Tun Syed Nasir, Dewan Bahasa dan Pustaka
TIKET MASUK :
RM20 & RM10 (Warga emas dan pelajar)

"Jika mustahil pada yang tersurat, carilah pada yang tersirat..." Sungguh, aku sangat sukakan petikan yang ditinggalkan pada hujung pementasan ini.

Apa yang membawa aku ke sini adalah semata-mata kerana karya Dato' Noordin Hassan. Sebaik mengetahui teater ini hasil karya beliau, aku terus mengatur-atur waktu untuk bertandang ke Balai Budaya Tun Syed Nasir ini. Kali terakhir aku menyinggah kes ini ialah pada malam pembacaan puisi untuk GAZA awal tahun tempohari.

Intan Yang Tercanai adalah karya terkini Sasterawan Negara, Dato' Noordin Hassan. Teater ini mengangkat keperibadian seorang wanita unggul bernama Ungku Intan Anis. Ungku Anis bersahabat baik dengan Danial Sundram sejak di bangku sekolah sehinggalah di Universiti. Danial yang pernah belajar perbandingan dan psikologi agama di Universiti sedang dalam pencarian diri sebenarnya. Danial tertarik dengan kebaikan dan keperibadian yang dimiliki oleh Ungku Anis. Bukan sahaja sangat mengambil berat tentang dirinya, tetapi juga terlibat dalam banyak kerja-kerja sosial. Dalam usia yang muda, Ungku Anis telah ke Mekah. Bagaimanapun, malang menimpanya apabila dia hilang dalam tragedi Terowong Al-Mu'aysam yang telah mengorbankan 1,426 jemaah haji. Kehilangan Ungku Anis telah mendorong Danial menyusulnya ke Mekah untuk mencari Ungku Anis, wanita yang sangat disanjunginya itu. Danial bertemu seorang lelaki, Haji Fadzil yang mengatakan dia pernah bertemu Ungku Anis semasa tragedi Terowong Al-Mu'aysam. Lelaki itu telah membawa Danial ke Gua Hira' untuk menemui Ungku Anis.......

Bagai biasa, karya-karya Dato' Noordin Hassan bukanlah sekadar hiburan selapis. Banyak sekali cerita tersirat yang dia kembarkan bersama. Pun begitu, berbanding teater Mana Setangginya, teater Intan Tercanai ini mungkin lebih ringan dan mudah difahami. Bagaimanapun, itu hanya terjadi jika penontonnya benar menghayati dan mengikuti segala babak yang dipaparkan.

Intan Yang Tercanai mengupas tentang isu kemanusiaan sejagat dengan halus sekali dan dengan lapisan makna yang perlu ditafsirkan. Selain itu, teater ini juga mengangkat nilai dan sifat kemanusiaan ketika musibah menguji mereka.

Lebih menarik, teater ini menggunakan pemuzik live sebagai pengiring. Sungguh terlarut dalam asyik lagu Intan Tercanai yang dialun oleh Teka Voices, UiTM. Terasa getarannya hingga ke tulang sumsum..

[Tida' sabar menanti-kan teater Natrah, arahan Erma Fatima di-penthas-kan di-Istana Budaya, November nanti..]

Tuesday, July 07, 2009

~ MENYESUAIKAN DIRI ~


MASIH dalam proses cuba menyesuaikan diri dengan segala yang baru. Susahnya mahu berdiri sama tinggi dan duduk sama rendah dengan mereka. Mudah-mudahan aku dapat memperbaiki diri dan seterusnya mencabar diri sendiri untuk setanding mereka. Aminnn....

[Buah chempedak di-luar pagar, ambil galah tulung juluk-kan...]

Monday, July 06, 2009

~ HARI PERTAMA PADA YANG BARU-BARU.. ~


HARI pertama di jabatan baru. Ermm.. pengalamannya yang sedikit berbeza. Aku merasa begitu kecil tatkala mengukur kemampuan diri. Justeru, tersemat terus tekad dalam dada aku tidak mahu dilihat tercorot di kalangan mereka.

Benarlah kata orang, kalau kita berada atau bekerja dengan orang-orang yang bagus, maka kita dengan sendirinya akan berusaha untuk menjadi bagus juga. Datangnya seperti bisikan motivasi supaya tidak jauh ketinggalan dengan orang keliling itu.

Hari pertama, terus diberikan tugasan baru. Malah sudah juga menyertai mesyuarat pertama di jabatan baru ini. Aku sebaiknya cuba menyesuaikan diri. Mudah-mudahan tidak lambat menangkap ajar. Mahu segera cergas serba tahu. Doakan untuk aku... aminnn...

[Semuga ter-hindar dengki dan iri hati... Sunggoh, aku bukan orang-nya untok di-palit rasa itu...]

Sunday, July 05, 2009

~ TEATER NATRAH ~


TEATER :
Natrah
TARIKH & MASA PEMENTASAN :
17-26 November 2009 / 8.30 Malam
TEMPAT :
Panggung Sari, Istana Budaya
PENGARAH :
Erma Fatima
PELAKON :
Diana Danielle

"Natrah atau Maria Hertogh, gadis keturunan Belanda yang dipelihara oleh Che Aminah Mohamad. Berlaku perebutan hak penjagaan antara Che Aminah dan ibu bapa Natrah di Belanda. Konflik percintaan antara Natrah dan Mansoor Adabi juga telah menyebabkan berlakunya rusuhan di Singapura.... "

[Tida' sabar me-nunggu November...]

Friday, July 03, 2009

~ LAKUKANLAH DEMI SENYUM ~


MENGISI keluangan dengan menghirup secawan coffee bersama rakan-rakan di tempat pekerjaan lama. Lama tidak punya kesempatan yang begini, lalu kami semua larut dalam cerita yang terkongsi.

Paling tercuit, kisah dua rakan pekerjaan yang berselisih faham. Seorang ceritanya begitu, seorang pula ceritanya begini. Keduanya membela diri sendiri tentunya. Masing-masing mahu menang. Mahu membukti betul sentiasa pada diri.

Aku hanya mendengar. Tidak mahu membuat campur untuk sesuatu yang tidak seharus aku berada di dalamnya. Apatah lagi aku sendiri tidak tahu duduk sebenar cerita. Namun, sempat aku titipkan nasihat bertongkat pada pengalaman yang aku juga pernah laluinya.

Menjaga persahabatan itu lebih mulia dan memberi bahagia. Justeru, untuk hal yang sedikit harus ditolak-ansurkan, lakukan demi senyum. Untuk marah yang harus direda hapuskan, lakukan demi bahagia. Untuk fikir yang tersimpan curiga dalam, kafankan terus ia. Biar yang ada, hanya yang manis-manis. Mudah-mudahan terhindar urat simpul yang memusnahkan.

[Tida' perenah mau ka-hilangan sahabat dekat yang ter-bilang jari..]

~ KONSERT LELAKI INI - ANUAR ZAIN ~


AKU baru sahaja pulang menonton Konsert Lelaki Ini - Anuar Zain di Istana Budaya. Sungguh tidak rugipun dengan bayaran yang terhulur itu dengan persembahan mantap dari penyanyi popular ini.

Mengalunkan hampir dua puluh buah lagu-lagu popularnya termasuk empat buah lagu tribute untuk penyanyi kegemarannya, Anuar tampil bergaya tanpa perlu ada gimik memualkan. Hanya mempertaruhkan vokal yang dimilikinya, Anuar telah memukau seisi Panggung Sari, Istana Budaya yang padat dan sendat tanpa satu pun kerusi kosong itu.

Tidak hairanlah ramai peminat-peminat wanitanya begitu fanatik dengan dirinya. Malah sepanjang persembahan, pelbagai karenah dan telatah lucu yang dipertontonkan oleh para peminatnya itu. Malah ada yang lebih berani dengan menjerit dari jauh dengan laungan 'I Love u..., will You Marry Me' dan pelbagai usikan lagi.

Konsert yang julung kalinya buat Anuar Zain ini turut diiringi oleh Orkestra Simfoni Kebangsaan yang dipimpin oleh Mustaffa Fuzer Nawi. Tidak hairanlah auranya sangat lain sekali. Indah dan larut dan keasyikkan muziknya.

Antara lagu-lagu yang berkumandang dengan asyik masyuk di Panggung Sari, Istana Budaya ialah Bila esah, Kain Pelikat, Keabadian Cinta. Sesucinya Cintamu, Mungkin, Lelaki Ini, Perpisahan dan banyak lagi.... Cukup untuk mengumpan mimpi indah dalam lena yang aku lalui malam ini.

[Gadis mana agak-nya yang ber-tuah me-miliki penyanyi tampan yang sa-orang ini yaa... tentu saja, bukan aku... :) ]

Thursday, July 02, 2009

~ DITUKARKAN ~

SEDIKIT kelam kabut dengan urusan pekerjaan pada minggu ini. Apatah lagi, bebanannya lebih dari yang biasa. Pun begitu, aku sedaya mungkin cuba menyempurnakan tugasan itu mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Alhamdulillah. Usai segala.

Jam kurang lebih 12 tengahari, ada mesyuarat tergempar. Pertama kali sepanjang aku bekerja di sini, aku perlu turut serta dalam mesyuarat bersama En Boss paling besar ini. Gusar tetapi dalam masa yang sama aku meneka-neka tujuan mesyuarat ini di adakan.

Ermmm... Ramalanku benar belaka. Ada rombakan lagi yang dilakkan oleh En Boss besar ini setelah kali terakhir berbuat demikian pada bulan Mei lalu. Jika pada rombakan lalu, aku tidak terlibat apa-apa, kali ni lain pula ceritanya. Aku ditukarkan ke jabatan lain. Bukan aku sahaja, tetapi seluruh team kami. Huhuhu...

Isnin ini menjadi hari pertama kami melapor diri di jabatan baru dan Isnin ini jugalah baru diketahui kami akan bekerja di bawah en boss kecil yang mana. Ermmmm... Aku terima pertukaran ini dengan besar hati. Mudah-mudahan tidak ada menjadi lebih tidak baik daripada apa yang aku uruskan saat ini. Segala ini aku ambil positif sebagai cabaran dalam pekerjaan. Apatah lagi kemungkinan besar aku akan berada di jabatan yang mempunyai prestasi yang sangat baik.

Pada sebelah petangnya, pelbagai khabar angin yang tersebar. Kemungkinan besarnya, aku bakal bekerja kembali di bawah en boss kecil yang dulu. Ermm.. panjang jodoh aku dengannya barangkali.

[Pasti akan merindui sa'at endah ber-sama rakan-2 satu jabatan yang senantiasa me-lucu..]

Wednesday, July 01, 2009

~ MISTERI ~


Setiap hari, aku wajib menggunakan perkhidmatan teksi. Terkadang sampai 4 kali dalam sehari. Justeru, pelbagai cerita dan karenah pemandu teksi yang terkongsi. Namun, apa yang aku lalui hari ini sedikit menarik pengalamannya berbanding cerita-cerita yang lalu.

Jam 10.3o malam, aku menaiki sebuah teksi dari MV setelah menghirup secawan coffee bersama sahabat kecil di SR. Lama juga menunggu, kira-kira setengah jam. Sebaik membuka pintu teksi, aku terus bersandar kepenatan. Lelah dengan urusan satu hari pekerjaan. Pemandu teksi berketurunan India itu tiba-tiba bersuara :

P. TEKSI : U ada bawa makanan panas ker? (memandang aku dari cermin sisi belakang)
AKU : Makanan panas? No. Kenapa? (bertanya separuh malas)
P. TEKSI : Betul ker?
AKU : Ya.. of course. Takkan i nak bawa makanan dalam teksi.
AKU : I hanya bawa magazine (merujuk kepada paper bag berisi 3 magazine yang dibeli tadi)
P. TEKSI : Ooo.. ok (lalu dia membuka sedikit tingkap di sebelahnya)
AKU : (Pelik.. tetapi malas mahu bertanya lebih lanjut)

Cerita tentang makanan panas hilang apabila dia mula bercerita tentang hal lain. Oleh kerana dia bercerita dan bertanya dengan cara yang baik, aku tidak sampai hati pula tidak melayan bualnya. Tambahan pula dia bercerita tentang perkara yang menarik juga iaitu sejarah asal usul BK iaitu kawasan tempat kediamanku sekarang. Rupa-rupanya dia berasal dari sini. Menurutnya ceritanya, kawasan ini sebelum dibangunkan, merupakan sebuah estet. Malah siap ada sungai dan suasananya sangat bercirikan kampung. Namun, setelah ia dibangunkan dengan pesat, semua itu hanya tinggal kenangan.

Memang benar... aku sendiri pun seperti tidak percaya kawasan ini dulunya merupakan kawasan estet. Manakan tidak, semuanya yang ada di kawasan ini sekarang berhutankan batu. Usahkan mahu mencari sungai, hutan belukar belukar pun sukar sekali ditemui. Yang ada hanyalah bangunan-bangunan dan kawasan perumahan yang pesat membangun.

Aku leka dan terlarut dengan ceritanya. Kagum juga dengan pengetahuan banyak yang dimilikinya itu. Namun, kira-kira 1km hampir tiba ke kawasan rumah, dia kembali menyentuh kepada cerita 'makanan panas' yang dia tanyakan kepadaku seawal aku menaiki teksinya tadi.

P. TEKSI : U ni orang yang kuat sembahyang tak?
AKU : (sangat hairan dengan pertanyaan yang tiba-tiba diajukan itu)
AKU : Of course lah... kenapa u tanya soalan yang macam ni?
P. TEKSI : Actually, waktu u naik teksi i tadi, i rasa macam ada benda yang tak kena.
AKU : Tak kena???
P. TEKSI : I rasa macam ada benda yang panas masuk dalam teksi i.
P. TEKSI : That's y i tanya, u ada bawa benda panas ker masuk dalam sini.
AKU : Owhh no.. u janganlah merepek and takut-takutkan i
P. TEKSI : Kalau u nak tahu, i pun orang yang kuat sembahyang juga tau
AKU : (Yaa.. aku tengok ada tanda merah di atas dahinya, selalunya tanda itu melambangkan dia penganut Hindu yang taat)
P. TEKSI : Waktu u masuk tadi, i rasa vibrationnya..
P. TEKSI : I rasa macam susu panas... dia panas yang lain macam
P. TEKSI : Sebab itulah i bukak sedikit i punya tingkap, biar dia keluar
P. TEKSI : Itu yang i ajak u berbual supaya u rasa ok
AKU : (Ketawa..) apalah u merepek ni
P. TEKSI : Noo! I'm serious.
P. TEKSI : Ada benda yang ikut u masuk tadi.
AKU : Grrr...
P. TEKSI : I rasa ada orang cuba buat something dengan u.
P. TEKSI : Mayb, u punya kawan ada yang kurang senang sama u.
P. TEKSI : Kita buat baik pun, bukan semua orang suka tau..
AKU : (Diam dan senyap...)

Tiba di depan rumah, aku terus membayar wang tambang sebagaimana yang tertera di meter teksinya. Dia mengangguk dan sempat berpesan agar aku pandai-pandai menjaga diri. Terus aku membuka langkah seribu dengan wajah yang pucat lesi. Tiba kakak membuka pintu, aku melihatnya seperti melihat hantu.

Melihat keadaanku itu, terus kakak mengasak aku dengan pelbagai pertanyaan sehinggalah aku membuka cerita tentang yang apa yang dikatakan oleh pemandu teksi tersebut. Bagai biasa, kakak suka mengambil serius soal-soal yang begini. Terus sahaja dia memaksa aku mandi dan membersihkan badan terus. Malah baju yang aku pakai sebentar tadi, terus dibungkus dan dibuang ke tong sampah. Aku menurut sahaja kerana malas mahu mendengar bebelan kakak. Ermmm...

Aku tidak tahu mahu meletakkan diri aku di mana. Sama ada mahu mempercayai apa yang diperkatakan oleh pemandu teksi lewat 40'an itu atau sebaliknya. Namun, yang paling pasti kata-katanya terakhirnya itu membuat aku berfikir panjang. Apakah benar ada, rakan-rakan atau orang keliling yang menyimpan rasa kurang senang yang sebegitu sekali kepadaku? Dalam ingatku sepanjang waras ada pada diri, tidak pernah aku melakukan perkara yang mengundang kemarahan atau kesakitan kepada orang lain dengan sengaja... ermmm.. ALLAH LEBIH MENGETAHUINYA. Mudah-mudahan terhindar aku daripada segala yang memudaratkan.... aminnnnn.

[Ter-ingat kesah en boss rakan pekerjaan yang kini maseh ter-lantar akibat dengki khianat rakan sendiri...]