Thursday, June 18, 2009

~ TEATER MUZIKAL PAK PANDIR ~





ALAHAI Pak Pandir.... Aku ketawa kecil, sesekali menggelengkan kepala. Mengejutkan, aku juga tanpa sedar telah menitiskan air mata sedih. Ermmm.. menonton Pak Pandir yang penuh kelucuan itu boleh menitiskan air mata?

Pementasan teater muzikal Pak Pandir berlangsung selama 2 malam (17 & 18 June 2009) di Dewan Filharmonik, PETRONAS, KLCC. Tiada muka-muka popular dalam teater yang terpinjam daripada cerita rakyat tersohor ini. Pemeran wataknya hanya terdiri daripada artis-artis kumpulan Seni Persembahan PETRONAS. Pun begitu, persembahan mereka begitu mantap dan terkesan sekali. Aku sangat sukakannya.

"Muzikal Pak Pandir ini mengisahkan tentang sepasang suami isteri miskin yang hidup di sebuah kampung. Kedunguan pak Pandir telah menyebabkan kematian anaknya. Isterinya, Mak Andeh berasa amat marah lalu menghalau Pak Pandir. Pak Pandir kemudiannya membawa diri ke dalam hutan belantara."

Aku paling terkesan pada babak Mak Andeh yang meratap kematian satu-satunya anak mereka akibat kedunguan Pak Pandir yang cuba 'memandikan' anak mereka ke dalam air yang sedang mendidih. Pak Pandir pula pada fikirannya mahu meringankan beban kerja Mak Andeh dengan membantu memandikan anak itu tanpa mengetahui akibat daripada perbuatannya itu.

Aku juga terjatuh suka dengan kecomelan si rusa yang dikerjakan oleh Pak Pandir itu. Pulang ke rumah, terngiang pula dengan lagu 'Garam' yang dinyanyikan ketika babak Pak Pandir merendam garam ke dalam sungai kerana takut dicuri orang.. :)

Apa yang boleh aku katakan, selain daripada memberi lucu, teater muzikal ini banyak menghulur nasihat serta pengajaran kepada penonton baik secara tersurat mahupun tersirat. Ada sesuatu yang akan kamu bawa pulang kala usai menontonnya.

[Bagi-mana pula dengan cherita Lebai Malang, Mat Jenin dan sekian banyak lagi cherita ra'yat yang lain yaa...]

4 comments:

anumz sarah said...

Salam koishie,

Sdg mencari tiket 'mana setangginya'... Uu... aku rindu pentas teater...

p/s: Yg paling aku suka ialah anagn-angan Mat Jenin. Tak silap dulu ada sebuah karya ttg Mat Jenin tetapi ditulis dari perspektif berbeza. Aduh...tak ingat pula apa tajuk dan penulisnya...ish..ish... mcm pak pandir pula... hehe...

Koishie said...

Aku sudah menomton "Mana Setangginya" pada isnin lalu.. cuma belum sempat untuk bercerita di sini. Tiketnya masih ada, masih banyak.. kamu tidak perlu risau ttg itu.

"Aku juga sangat sukakan mat jenin.." :)

lanun said...

cerita2 rakyat
biar la si luncai terjun dgn labu2nye...teringat kisah silam

yg pernah terjadi seperti luncai
hahahaahaa...

Koishie said...

Kamu pernah mewarisi si luncai? hehehe.. seperti comel sahaja bunyinya.

Banyak cerita rakyat yag tidak aku ketahui. Kalau adapun, ia terhasil dari pembacaan buku cerita lama sahaja..