Sunday, March 22, 2009

~ TENTANG KEHIDUPAN ~


Kami memilih untuk menonton 'Tale Of Despereaux' dan 'Taken' secara berturutan. Begitu pun selalu jika kelapangan di depan mata. Bukan sekadar mencari senang tetapi mencari sesuatu untuk dikongsi sebagai pelajaran dalam hidup.

Tale Of Despereaux meminjam sesuatu yang aku katakan itu. Filem animasi yang banyak menolak akal fikirku untuk ‘bekerja’ membuat timbang tentang soal kemaafan yang diangkat menjadi tema.

Kemaafan untuk keberlangsungan sebuah perhubungan yang aman dengan senyum mengisi hari. Jika maaf menjadi keras membuat halang, hujan, matahari malah seisi alam akan turut muram menutup hari.

[Sahabat mei, aku terkenangkan kemaafan kamu]

2 comments:

one love said...

maaf... susah hati nak buat walau muka tersenyum tanda selesai.

Koishie said...

Yaa... tp senyum juga kadang-kala bukan tanda selesai