Monday, February 23, 2009

~ FLAT PEKELILING ~





Menunggu lama seorang sahabat yang janjinya mahu menjemput aku di stesen monorail Titiwangsa ini, membuatkan aku mengisi pandang ke arah bangunan tinggi yang sudah lusuh dan buruk di tepi bangunan stesen monorail itu, Flat Pekeliling.

Jauh mata meliar ke arah situ. Rumah-rumah di situ telah kosong. Penghuninya telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa sejak hampir 2 tahun lalu. Khabarnya kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan perniagaan komersial. Namun, sehingga kini tiada apa-apa perkembangan baru di kawasan itu.

Sudahnya kawasan yang dulunya begitu meriah dengan kehidupan aman beberapa keluarga di situ telah bertukar menjadi tempat 'berhantu'. Flat kosong itu kini telah menjadi tempat budak-budak dadah mengisi keluangan mereka. Juga menjadi tempat manusia-manusia gila melampiaskan nafsu serakah mereka di situ.

Itu cerita yang aku tahu. Ermm.. sayang sekali bukan. Apakah pihak berkuasa tidak menyedari apa yang sedang berlaku di situ? Atau sengaja mahu memberi mereka beraktiviti di situ? Ermm...

[Kuala Lumpor sudah banyak berobah..]

13 comments:

masMZ said...

teringat sitcom lama "pi mai pi mai tang tu"

Koishie said...

pi mai pi mai tang tu???

masMZ said...

Kisah penduduk di 'Flat Seri Wangi'. Pasti di Flat Pekeliling dulunya meriah begitu.

Flat Pekeliling. Highlands towers dan bangunan-bangunan lain yang ditinggalkan tanpa penyeliaan, entah bukan setakat mayat hidup, dikhuatiri juga kalau rangka reput meng'hiasi' bangunan ini. Haiii... [geleng kepala]

Koishie said...

:)(geleng kepala jugak)

lanun said...

aku nak gak...

Koishie said...

hahahaha...'nak' apa cik/en lanun?

ainin sofiya said...

Flat Pekeliling dalam kenangan. Tempat aku dibesarkan sejak lahir pada tahun 1971 hingga 1979...masih aku ingat blok D-144, no rumah aku kurang pasti 8L & 8M...agaknya....masih teringat-ingat lagi zaman kanak2 aku di sana...yg aku kagum flat tu tetap utuh walaupun telah didirikan sejak berpuluh-puluh tahun lamanya....Flat Pekeliling tinggal kenangan...tetap segar dlm ingatan ku...selamat tinggal Flat Pekeliling...kau tetap dalam ingatan....

Anonymous said...

http://youtu.be/3i68Y0pukYs

OUR STORY said...

Salam.. Umur ainin berapa? Sy pernah duduk pekeliling blok d 144 juga.. Tahun 86-94.. Mak tgh cari kawan2 lama.. Semua dh lost contact..

fathullah fatt said...

Hahaha tempat daku hua.. D144 9f.umah ujung.

fathullah fatt said...

Hahaha tempat daku hua.. D144 9f.umah ujung.

Tik Rika said...

Aku pun duk pekeliling dulu...byk kenangan di sana..sampailah pindah 2007 sbb DBKL suruh kosongkan... Tp x dinafikan flat ni mmg seram..lampu kaki lima selalu xde kena curi..gelap je nak jln...penagih byk..lg tepi hujung sekali selalu lampu xde.. Nak buang sampah pun takut..

Hampir 9 thn menetap

Tik Rika said...

Aku pun duk pekeliling dulu...byk kenangan di sana..sampailah pindah 2007 sbb DBKL suruh kosongkan... Tp x dinafikan flat ni mmg seram..lampu kaki lima selalu xde kena curi..gelap je nak jln...penagih byk..lg tepi hujung sekali selalu lampu xde.. Nak buang sampah pun takut..

Hampir 9 thn menetap