Tuesday, February 03, 2009

~ DOA BUATMU PALESTINE ~










Sudah dua hari aku demam. Berlencun setiap hari dan tergalas pula banyak urus di sana-sini yang kebetulannya bersusun hari. Justeru, semalam aku memutus untuk berada di rumah sahaja untuk membuat sedikit rehat. Terpaksa beralah dengan kudrat yang hanya sekerat ini.

Namun, seorang sahabat tiba-tiba datang menunggu di depan rumah. Beriya mahu membawa aku ke Istana Budaya memeriahkan acara anjuran Yayasan Seni Karyawan Malaysia, Doa Buatmu Palestine. Tentu sekali aku gagal menolak kerana seawal diberitakan tentang acara amal ini, aku begitu teruja sekali mahu menghadirinya. Cuma dek kerana kesihatan yang kurang mengizinkan, aku terpaksa membuat fikir beberapa kali.

Namun, akhirnya aku menjejak kaki juga di sini. Sambutan agak baik, mungkin nasib kurang menyebelahi apabila hujan lebat turun membasah bumi pada sebelah petang dan berlarutan sehingga ke awal malam.

Bercakap secara jujur, aku sebenarnya sangat tertarik dengan acara pembacaan puisi yang turut diselitkan. Hilang kata-kata mendengar penyair Tengku Khalidah Tengku Bidin melontarkan puisinya dengan cukup bersemangat sekali. Kami pernah satu pentas pembacaan puisi satu masa dulu... ahhh.. itu cerita lama.

Turut terkesan dengan pentomen yang memaparkan kisah penderitaan rakyat Palentine dengan kekejaman regim zionis. Berkesan dan terkesan. Cukup rencah membuat aku terdiam duduk, merenung dan cuba merasai keperitan mereka yang bergelar mangsa di sana.

Apapun, maaf terlebih dahulu ku pohon kepada tuan penganjur, aku tidak begitu bersetuju dengan pendekatan sekumpulan mereka yang membawa sepanduk membantah kekejaman itu. Cara mereka aku rasakan terlalu 'keras' untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Malah tidak keterlaluan, kalau aku katakan lagak dan cara mereka menyampaikan 'luahan' itu seperti mengiyakan tanggapan barat sebelum ini yang mengatakan umat Islam itu pengganas.

Sungguh, aku pohon maaf andai pendapat peribadiku itu membuat singgung kepada mereka yang berkenaan. Namun, benarlah kata orang... Niat Tidak Menghalalkan Cara...

Aku kongsikan sedikit foto untuk bercerita tentang acara yang berlangsung semalam itu. Harap kamu maafkan andai kurang kualiti kepada foto yang terkutip itu.

[Acara Solat Hajat.... kehadirannya hanya terbilang dengan jari.. ermmm.. ke mana yeaa pergi mereka semua... ermm..]

2 comments:

lanun said...

aku pun setuju ape yg ko utarakan. Tak terlihat tanpa pegangan jiwa.

Koishie said...

:) sejahtera untuk kamu en/cik lanun...