Saturday, February 28, 2009

~ TEATER MUZIKAL KANAK-KANAK ALI BABA ~


TAJUK BUKU : Teater Muzikal Kanak-Kanak Ali Baba
TULISAN : Zaifri Husin
TERBITAN : Istana Budaya
HALAMAN : 133 Muka Surat

[Ter-kenang kuceng chomel dalam pementasan Sinbad]

~ PERLU KAMU ~


PERLU KAMU
by ajai & kris dayanti

Saat ini Ku cerita
Isi hati segala rahsia
Aku rindu Aku perlu
Hati kamu terukir namaku

Aku tahu Aku rindu
Aku perlu mengenali kamu
Biar masa bercerita
Kau takkan hilang aku sayang

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi...

Biar nyata Aku setia
Janji cinta tentunya berbeda
Maafkan lah salah kita
Biar benci
Ku tetap di sisi

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup...

Ku sadari saat manis ni kan pergi
Biar aku ngerti
Kerna aku mahu kamu

Ku ulangi kau yakini hati ini
Kerna aku cinta kamu
Hari hari aku
Kan menjadi hari kamu
Kerna syarat hidup
Disayangi...

Aku perlu Aku rindu

[Sejak ahad lalu, aku kembali men-dengar lagu ini.. ermm.. lagu untok kamu teman jiwa..]

Friday, February 27, 2009

~ LUKISAN RASA ~







Tertarik dengan lukisan-lukisan hasil karya Ungku Farah Rahman yang dipamerkan di lobi Istana Budaya sejak 2 bulan lalu ini. Indah, penuh warna, penuh makna. ermm..

[Perenah ber-cheta-2 mau menj-jadi pelukes ter-sohor.. ermmm..]

Thursday, February 26, 2009

~ MASIH DENGAN NADA YANG SAMA.. ERMM... ~


Setelah hampir 3 bulan kami menghirup udara dalam ribut akibat terkuis rasa, nama sahabat dekat ini tiba-tiba muncul di skrin telefon bimbitku tiga hari lepas. Yaa.. aku terkejut dengan kemunculannya. Justeru, aku hanya membaca text yang tertera itu. Hanya membaca. Tidak tahu mahu memberi reaksi yang bagaimana.

Aku fikir, dia bermimpi besar malam sebelum text itu dihantar barangkali. Kalau tidak, masakan dia tiba-tiba sahaja menekan nombor yang bermilik aku. Sudah begitu lama senyap, diam dan hilang. Arghhh.. aku kan sahabatnya yang paling tidak memberi guna. Justeru, seinci pun tidak terkesan apa-apa.

"Pesal tak reply, sakit hati lagi eh? Ke memang takde ati da nak reply message..."

Begitu antara bunyi text yang dikirimkan tiga hari lalu itu. Aku tidak tahu orang lain membacanya dalam nada yang bagaimana, tetapi kerana mengenalnya dekat aku seperti dapat mendengar bunyi nada yang dituturkan itu. Tajam bersisip sindiran yang angkuh. Masih??? Ermm.. Jadi, biarlah aku hanya sekadar membaca text itu. Kusimpan sahaja niat untuk membalas atau memberi respon pada kiriman itu.

Apapun terima kasih kerana sekurang-kurangnya masih ada secalit ingatan. Persahabatanku tidak akan terbuang, itu yang paling pasti. Dan yang aku cukup pasti juga, dia tentunya berkeliling dengan sahabat yang lebih memberi guna dan tidak akan pernah menyusahkan dia. Barangkali... Yaa.. mudah-mudahan.

[Tiba-2 ter-kenang spaghetti lipas.. ermm...]

Tuesday, February 24, 2009

~ MEMERAM SEBUAH AMARAH ~

(kredit foto : filem maut)

Seharian semalam aku berdepan tekanan yang sangat membuat galau. Tekanan disebabkan sikap ketua di tempat pekerjaan yang sangat mendabik dada dengan kedudukannya. Sungguh aku menghormatinya sebagai ketua... salahkah kalau dia juga menghormati aku sebagai kakitangan bawahannya?

Aku mengambil EL semalam lantaran keadaan kesihatan diri yang tidak begitu mengizinkan. Kebetulan pada malam kelmarin aku ditugaskan menjalankan urusan pekerjaan sehingga ke awal paginya. Aku cuba meletak lena sedikit panjang dari kebiasaannya untuk mereda sakit kepala yang berat. Namun, hati merasa tidak senang seolah ada sesuatu yang tidak kena sedang berlaku.

Aku percaya kepada gerak hatiku. Ia selalunya memberi petanda yang tepat. Malah, aku kerap juga menjadikannya sebagai pengukur terhadap sesuatu. Nah.. ia sekali lagi membuat tepat. Aku bangun dari lena dan bagai diseru-seru, aku menghubungi rakan pekerjaan. Niatnya sekadar mahu berbual kosong rupa-rupanya ada cerita lain yang terkongsi... ermmm..

Dari dulu aku mendengar tentang soal yang satu ini. Soal sikap ketuaku yang lebih suka bercakap di belakang daripada berdepan menerangkan situasi sebenarnya. Sebelum ini beberapa kali rakan-rakan seperkerjaan lain bercerita tentangnya. Itu dan ini. Ermm... sikap sombong dan menekannya itu juga kerap kali mengundang doa-doa 'buruk' untuknya daripada kakitangan bawahannya.

Cutiku pada hari semalam dijadikan isu. Soal kecil remeh menjadi besar terbentang. Seolah cutiku pada hari semalam itu umpama satu jenayah besar yang telah dilakukan. Aku jarang sekali mahu sama berdiri bertekak mempertahankan kebenaran, namun kejadian semalam membuatkan aku benar-benar terkuis rasa.

Lalu sebaik menghujung bicara dengan rakan pekerjaan sekitar jam 10 pagi, aku terus bersiap dan menggagahkan diri menghalakan langkah ke tempat pekerjaan. Membatalkan niat untuk bercuti sebagai tanda protes rasa yang tercuit tu. Sungguh kudrat yang tertinggal hanya sekerat, aku melunaskan 'kerja-kerja' yang kononnya terhambat itu sehingga jam 8.30 malam. Ermm.. setakat itu sahajapun protes yang dalam kemampuanku.

Apa yang mengundang soal kepadaku, saat kami berdepan semuka, tidak pula en ketua yang dihormati ini melepas rasa tidak puas hatinya. Tidak pula dia berhujah 'mengajar' aku. Sedangkan 2 jam sebelum kedatanganku tadi, khabarnya bertubi peluru deras yang terus tembus tepat di kepala terhala kepadaku.

Itu cerita semalam. Aku kira ianya telah berakhir semalam, namun rupa-rupanya tidak. Hari ini aku ditekan hebat kerana semalam telah melakukan 'jenayah' dengan melelong rasa sombongnya. Justeru, atas kuasa yang ada padanya, aku dihenyak sebagai tanda pelajaran barangkali. ermmm...

Satu sahaja ucapku, buat dia yang dihormati itu, terima kasih. Usah bimbang kerana aku akan tetap mendoakan yang baik-baik buatnya. Cuma, usah dipanjangkan perkara serupa kepada orang lain. Mungkin nanti berkarung 'ucap selamat' yang diterimanya.

[Meng-harap agar kesabaran-ku tetap kekal pada dudok-nya...]

Monday, February 23, 2009

~ FLAT PEKELILING ~





Menunggu lama seorang sahabat yang janjinya mahu menjemput aku di stesen monorail Titiwangsa ini, membuatkan aku mengisi pandang ke arah bangunan tinggi yang sudah lusuh dan buruk di tepi bangunan stesen monorail itu, Flat Pekeliling.

Jauh mata meliar ke arah situ. Rumah-rumah di situ telah kosong. Penghuninya telah diarahkan berpindah oleh pihak berkuasa sejak hampir 2 tahun lalu. Khabarnya kawasan itu akan dimajukan sebagai kawasan perniagaan komersial. Namun, sehingga kini tiada apa-apa perkembangan baru di kawasan itu.

Sudahnya kawasan yang dulunya begitu meriah dengan kehidupan aman beberapa keluarga di situ telah bertukar menjadi tempat 'berhantu'. Flat kosong itu kini telah menjadi tempat budak-budak dadah mengisi keluangan mereka. Juga menjadi tempat manusia-manusia gila melampiaskan nafsu serakah mereka di situ.

Itu cerita yang aku tahu. Ermm.. sayang sekali bukan. Apakah pihak berkuasa tidak menyedari apa yang sedang berlaku di situ? Atau sengaja mahu memberi mereka beraktiviti di situ? Ermm...

[Kuala Lumpor sudah banyak berobah..]

Sunday, February 22, 2009

~ KERANAMU KEKASIH ~


KERANAMU KEKASIH
By hang tuah @ stephen rahman

Kekasih jangan berduka
Yaki kita kan bersama
Hati ini satu walau jauh di mata
Ikatan cinta
Luhurnya dijiwa

Hati pujuklah perasaan
Jauhisegala keraguan
Sayang untukmu kukorbankan
Demi satu harapan kepangkuan mu kekaasih

Keranamu kekasih
Hadirmu bagai cahaya
Damai reah dan gelora
Hati kita walau lara melanda
Asmara cinta
Tiada hujungnya

Hati pujuklah perasaan
Jauhi segala kesangsian
Cinta walau pun berjauhan
Kan ku kenang senyuman
Kerinduan ku masih
Kepada mu kekasih

Dan keyakinan ku masih
Kepadamu kekasih

[Tidak mau ter-kues curiga..]

Saturday, February 21, 2009

~ SURAT SEORANG IBU ~

video

Aku perolehinya melalui laman seorang rakan (http://mohdfais.net) dan pohon dipinjamkan agar terkongsi juga dengan kamu semua di sini. Usai melihatnya, aku senyap dan diam. Usah ditanya apa yang bermain di fikiranku... Hanya tangis laju yang memberi jawab..

[Juga buat si-anak yang ibu-nya setia menunggu di-depan pintu itu... ermm.. maseh sampai hati lagi-kah si-anak itu mem-biarkan ibu-nya menunggu-nunggu ?]

Friday, February 20, 2009

~ PGL THE MUSICAL 3 UNTUK KALI KEDUA ~


"dinda akan menyusul kanda,
berpijak pada bumi yang sama, bernafas pada udara yang sama"
- Gusti Puteri Retno Dumilah

"apakan daya, tangan terpasak di langit, kaki terpasung di bumi,
jasad tidak setanding mimpi"
- Laksamana Hang Tuah

Menemani seorang sahabat, aku sekali lagi menonton teater Puteri Gunung Ledang The Musical III di Panggung Sari Istana Budaya. Kali ini aku menonton dari sudut yang lain. Bukan kepada propsnya, bukan kepada lakonan perannya, bukan juga kerana mahal kos produksinya.

Aku menonton kepada kisah cinta tragis yang dibawakannya. Cinta si Gusti Puteri Retno Dumilah kepada Laksamana Hang Tuah yang tiada galang gantinya. Cinta agung yang mana nyawa menjadi taruhannya. Biar keris di hunus tajam, asal rasa tidak tercuit. Aduhh.. besarnya kecintaan itu dengan harganya sehingga sang jutawan juga tidak mampu untuk membelinya.

Cinta itu perlu kepada pengorbanan. Berkorban demi orang yang dicintai atas rasa kecintaan yang sebesar dunia tidak tergambarkan. Namun, apalah ertinya kecintaan besar itu jika akhirnya, bermandi airmata saban waktu sehingga luka hati tidak mahu menjadi kering?

Aku diam untuk sepuluh minit sepuluh saat. Di manakah bahagianya andai air mata sentiasa hadir membuat teman? Di manakah bahagianya jika cinta agung itu tanpa restu manusia dekat di sekeliling?

Cinta itu itu perlu kepada restu. Berkorbanlah dengan restu. Berkorbanlah untuk memilik restu abadi daripada manusia setia yang berdamping kita seawal mengenal dunia. Manusia yang gelarnya ayah ibu yang mewujudkan kita ke dunia... Ermm..

[Maseh meng-harap restu.. ermm..]

Thursday, February 19, 2009

~ MENGAKU KESILAPAN DIRI ~


"Mengaku kesilapan adalah jauh lebih payah daripada memaafkan kesilapan.."

Begitu tutur seseorang yang pertama kali aku memanjang bual beberapa hari lalu. Dia berkongsi 'tragedi hidupnya' agar aku dapat meminjam sesuatu daripada penceritaan itu. Yaa... banyak sekali pelajaran yang terkutip darinya.

Menurutnya, dia banyak berbuat salah kepada mereka yang dekat dengannya. Dia sedar akan kesalahan yang dilakukan itu tetapi sukar sekali untuknya mengakui kesalahan-kesalahan itu. Lalu, bagaimana harus dia? Soalan itu dia halakan kepadaku. Ermm... Soalan yang berat sekali untuk ku suaikan dengan jawapan yang berdiri tepat di posisi. Dia membuat aku berfikir lebih daripada sepuluh minit sepuluh saat.

Yaaa.. aku akui cakapnya. Berat sekali untuk berdepan situasi ini. Kita mungkin berani memohon maaf kepada orang yang kita berbuat salah itu, tetapi beranikah kita untuk menyebut kembali kesalahan-kesalahan itu dengan jelas satu-persatu? Kerana itulah agaknya, apabila bersalaman dan memohon maaf ketika hari raya atau hari apa sahaja, kita selalunya hanya akan memohon maaf sahaja tanpa menjelaskan kemaafan itu untuk kesalahan apa...

"Mintak maaf zahir dan batin"
"Mintak maaf di atas segala kesalahan saya selama ni"
"Kita buka buku baru yaa, 0-0"
"Saya nak mintak maaf banyak-banyak kalau saya ada buat salah dengan awak"
"Saya banyak buat salah dengan awak, saya nak mintak maaf banyak-banyak..."

Memohon maaf, tetapi masih tidak berani untuk menyebut perincian kesalahan yang dilakukan. Kalau sudah begitu, bagaimana kita mahu menguji kemaafan yang diberikan itu ikhlas atau tidak? Atau ikhlaskah juga orang yang memohon kemaafan itu? Atau sekadar pemanis bibir melengkap sopan sahaja?

[Aku me-nopang dagu... ter-gulong juga-kah aku dalam kalangan mereka itu? ermmm...]

Wednesday, February 18, 2009

~ UNTUK T. PINKIE ~


LANTAI T. PINKIE

Lantai ini lantai rasa
Tempat kasut-kasut bercerita
Bunyinya kedengaran
Suaranya ke kayangan

Engkau bahagia Pinkie
Kaki menari
Engkau bahagia Pinkie
Lantai Berbunyi
Engkau bahagia Pinkie
Engkau bahagia Pinkie
Lantai sembunyi gementar hati

Lantai ini lantai rasa
Tempat kasut-kasut bercerita
Bunyinya kedengaran
Suaranya ke kayangan

Engkau bahagia Pinkie
Bertukar ngeri
Engkau bahagia Pinkie
Tak ku rasa lagi
Engkau bahagia Pinkie
Engkau bahagia Pinkie
Lantai sembunyi gementar hati

Lantai ini lantai rasa
Tempat kasut-kasut bercerita
Bunyinya kedengaran
Suaranya ke kayangan

Lantai T. Pinkie...
Lantai T. Pinkie...
Lantai T. Pinkie...

LAGU : Pak Ngah
LIRIK : Rosminah Tahir



TEGUH LINDUNGAN

Lantai ini lantai T. Pinkie
Tempat penglipurlara
Mengubati luka jiwa
Nak payah untuk sembuhnya

Lantai T. Pinkie lantai sengsara
Jiwa nan lara insan nan mesra
Antara dunia nyata berbeza
Ataupun hikayat cuma

T. Pinkie berkocak jantung berdegup
Memilih satu kepastian
Anjuran bijaksana
Pada batin yang gering

Hatiku rahsia malam yang suram
Menyusur zaman kenangan
Mencari pangkal yang hilang
Sebuah teguh lindungan

T. Pinkie hati terusik
T. Pinkie ayu jelita
T. Pinkie hati berbisik
T. Pinkie kau bahagia..

LAGU : Pak Ngah
LIRIK : Rosminah Tahir

[Teros-kan-lah ber-cherita t.pinkie... maseh ada yang mau men-dengar..]

Monday, February 16, 2009

~ TEATER LAGENDA MAHSURI DI ISTANA BUDAYA ~


Khabar terbaru untuk peminat teater tanahair. Istana Budaya khabarnya bakal mempersembahkan teater lagenda bumi Langkawi, Mahsuri. Ia satu perkhabaran yang begitu menggembirakan. Jika selama ini kita hanya mendengar kisah Mahsuri melalui bahan bacaan dan cerita mulut ke mulut, kali ini ia akan dizahirkan melalui pementasan teater.

Ia sudah cantik apabila tanggungjawab pengarahannya diberi kepada Ibu Fauziah Nawi, tetapi bagaimana pula dengan pelakon utamanya? Aku berharap agar watak bintang lagenda ini tidak diberikan kepada sebarang pelakon dengan mudah. Padanilah dengan karisma dan komitmen yang mencirikan watak lagenda itu sendiri.

Jika tiada aral melintang, khabarnya naskhah ini bakal dipentaskan kepada umum pada 24-30 April di depan. Mudah-mudahan ia bukan khabar semata dan benar akan menjadi kenyataan.

["Aku tidak halal-kan darah-ku jatoh ke-bumi..." - Mahsuri 1819 ]

Sunday, February 15, 2009

~ RIBUT DI HARI KASIH SAYANG ~

(Kredit Foto : filem maut )

Sedikit perselisihan faham telah berlaku antara aku dan teman jiwa. Dia menuntut kefahaman. Aku juga. Justeru, ribut mengisi ruang. Diam dan senyap. Kebetulan pula aku terikat dengan urus pekerjaan sepanjang hari ini. Jadinya, tiada sesi memulih ribut. Aku menutup keresahan dengan menghirup coffee bersama Brad. Membutir bicara pada soal yang jauh dengan rasa marah. ermm...

[Ber-tahon mem-benih chenta... ermm.. entah bila mau di-simpul mati..]

Saturday, February 14, 2009

~ PUTERI GUNUNG LEDANG THE MUSICAL III ~

"Kuhinakan diriku untuk merengkuh cinta sejati,
Cintamu bagai cahaya mentari yang membakar wajahku,
meski sekilas kurasa namun akan menjadi bekal hingga akhir zaman..."

Kalau sudah rezeki... Malam tadi, aku tanpa dirancang-rancang telah menjadi sebahagian daripada penonton Teater Muzikal Puteri Gunung Ledang III (PGL) di Panggung Sari, Istana Budaya. Penuh sesak dan hampir tiada langsung ruang kosong pada tempat duduk di Panggung Sari yang boleh mengisi kira-kira 1,421 orang penonton itu. Ia satu perkembangan yang cukup membanggakan.

Aku cuba mengambil kesempatan menonton ini untuk melihat sejauh mana benarnya khabar-khabar manis yang ku dengar tentang teater yang kali ketiga dipentaskan ini. Aku mendapat tempat duduk di kedudukan yang agak baik, justeru aku juga dapat melihat pentas dan pemerannya dengan keadaan yang baik juga.

Usah ditanya perbandingan teater PGL musim ketiga ini dengan dengan musim yang sebelumnya kerana aku tidak menonton kedua-dua PGL yang sebelumnya. Untuk PGL yang ditonton ini, pada separuh masa yang pertama aku kira tiada apa yang menarik perhatianku. Cuma pada separuh masa kedua sahaja aku merasa tidak mahu mengalihkan pandang mata ke arah pentas. Debarannya lebih dirasa dan tumpuannya sedikit menyeronokkan.

Secara keseluruhannya, aku rasakan teater ini hanya pada tahap yang biasa-biasa sahaja. Kehebatannya hanya terletak kepada props yang digunakan. Tiada siapa yang boleh menafikan tentang hal itu termasuk aku. Aku sukakan Gunung Ledangnya, aku sukakan reka bentuk Istana Melakanya, jambatannya, kapalnya dan suasana kota Melaka itu sendiri. Ia hidup dan meyakinkan. Sesuailah dengan jumlah modal yang pihak produksi laburkan barangkali.

Selain itu, aku juga tertarik dengan permainan ilusi yang ditonjolkan untuk beberapa babak. Ia menjadi dan dapat mempermainkan pandangan dan tumpuan penonton. Kepantasan dan ketepatan pergerakan ketika permainan ilusi ini dilakukan sangat mengkagumkan. Namun, yang menariknya, pandanganku sempat mencuri pergerakan Tiara ketika babak ilusi nenek kebayan yang mahu bertukar menjadi Gusti Puteri Retno Dumilah di puncak Gunung Ledang. Rezekiku barangkali.

Dari segi lakonan, ia cukup untuk memenuhi ciri perwatakan masing-masing. Tiara selaku tonggak utama tentunya. Gerak tari dan lontaran suara dengan permainan emosi dan rasa yang cukup mengesankan. Namun, lain pula halnya dengan Laksamana Hang Tuah. Kata seorang kenalan, Laksamana Hang Tuah untuk musim ketiga ini lebih 'pelat' dan 'tebal lidah' berbanding musim keduanya dulu. Aku hanya tersenyum. Namun, pujian harus diberikan kepada usahanya. Tahniah buat semua.

Pun begitu, jujur aku katakan terujaku untuk menonton PGL tidak mampu mengatasi keterujaanku untuk menonton Teater Muzikal P. Ramlee mahupun Teater Muzikal Ibu Zain.

[Tiba-2 ter-kenang Lantai T. Pinkie... Ermmm.. T. Pinkie tetap dengan donia-nya]

Thursday, February 12, 2009

~ KALAU AKU MENJADI BOSS ~


Kalau aku menjadi boss,
Aku akan menjaga baik kebajikan mereka di bawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan memberikan contoh terbaik untuk diteladani
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan menjadi seorang yang cukup bertimbang rasa
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan cuba memahami masalah mereka yang di bawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku tidak akan menekan-menindas mereka yang di bawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan menghargai setiap jasa dan pengorbanan mereka yang di bawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku tidak akan merendah-rendahkan mereka yang dibawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan cuba membantu meningkatkan taraf hidup mereka yang dibawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku tidak akan sama sekali meninggi diri
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan bersikap adil semampunya
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan lebih rasional berdepan segala kemungkinan
Kalau aku menjadi boss,
Aku tidak akan membuat kerahan tenaga yang melampau kepada mereka yang di bawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan menjadi boss yang disenangi dan disukai
Kalau aku menjadi boss,
Aku tidak akan segan untuk duduk semeja dengan mereka yang di bawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan mendengar dan menerima pendapat mereka yang dibawahku
Kalau aku menjadi boss,
Aku akan menegur kesilapan mereka yang di bawahku dengan cara yang membina
Kalau aku menjadi boss,
Aku tidak akan memberikan masalah kepada mereka yang di bawahku
Kalau aku menjadi boss
Aku tidak akan 'menjemput' mereka yang di bawahku untuk memaki hamunku

Ermm... semua itu hanya kalau. Namun kalau benar kamu sudah menjadi boss, mungkin kamu akan melupakan 'kalau' yang kamu tuturkan itu. Ini kerana lumrah manusia apabila sudah berada di atas, mereka yang di bawah perlu apa dipedulikan lagi. Demi memenuh impi diri, pijaklah seberapa kepala yang perlu. Itu lumrah. Marah? Marahlah kerana aku hanya berlaku jujur kepada asam garam yang pernah dirasai aku selama ini.

[Mau di-doa-kan yang baek-2... mau di-bual-kan yang jujor-2.. mahu di-lihat yang di-benar-2..]

Wednesday, February 11, 2009

~ LEKA MENDONGAK LANGIT BIRU ~

(Kredit Foto : Filem Histeria)

Bila sudah ke langit biru, hijau rumput jangan sekali dilupakan... aku teringat kata-kata ini yang pernah diucapkan oleh seseorang yang berpengaruh sebagai pesan buatku. Justeru, bila siang tadi aku dan beberapa orang rakan berbicara tentang manusia yang mudah lupa diri, aku langsung teringat kepada pesan itu.

Aku tidak mahu bercakap soal orang lain, biarlah aku mengambil contoh kepada situasi yang berlaku dekat denganku. Ermm.. aku namakan dia sahabat oktober. Aku mengenalnya tidak lama, sekitar 2 tahun tahun. Ketika kami berkawan dan kemudiannya bersahabat, aku sangat kagum dengan personaliti dan prinsip dirinya. Seorang lelaki yang sangat sederhana dan merendah diri orangnya.

Ketika awal perkenalan, dia masih baru dalam pekerjaannya. Kami saling membantu dalam banyak perkara. Kesederhanannya membuatkan ramai yang senang dengannya. Masa berlalu dan atas usahanya, dia berjaya mencuri ruang untuknya berdiri di tengah-tengah agar nampak dan dilihat orang. Aku menumpang kegembiraan itu yang turut terkongsikan.

Namun, sejak dia mula berada di atas, dia mula berubah. Itu kata kawan-kawannya. Ermm.. dan aku juga bersetuju tentangnya. Dia yang dulunya sangat merendah diri kini menjadi seorang yang sangat membesarkan diri. Pun begitu ia dilakukan secara terhormat sekali dan hanya mereka yang dekat dengannya sahaja yang menyedari perubahan itu.

Perubahan ini sangat ketara sekali sejak dia dilantik ke jawatan baru. Bergaji baru, bersuasana baru, berakan pekerjaan baru, berketua baru dan segalanya baru. Segala yang baru-baru itu juga telah membawa dia ke kelompok yang lain. Kelompok baru sebagai golongan bangsawan dengan perkataan mudahnya.

Kami masih bersahabat baik walaupun kadang-kala aku mual dengan bahasanya. Kami masih saling bertolongan walaupun keikhlasannya menguis curigaku. Kami masih mengatur bual berjela walaupun aku seperti mahu tidur mendengar ceritanya. Ermm...

Padaku sekali dia bergelar sahabat, selamanya dia akan dengan gelar itu. Cumanya, aku sedikit terkilan kerana sahabat ini semakin mahu melupakan rumput hijau yang dipijaknya kerana asyik menggapai bintang di langit biru.

Kata seorang teman, terimalah kenyataan... semua manusia akan berubah. Yaa benar.. aku tidak langsung menafikan soal itu. Namun, kalau boleh biarlah kita berubah untuk menjadi lebih baik daripada hari ini dan bukan dengan menjadi lebih teruk daripada sebelumnya.

Mungkin benar kata orang... kita mudah lupa diri apabila diri menjadi lebih besar. Lalu dengan mudah memandang orang lain sebesar kelingking di jari. Sedang pernah suatu masa kita pernah di situasi serupa. Ermmm...

[Aku maseh dengan warena yang sama.... walau-pon dari apple ke-kasot dan men-jadi pari-pari...]

Tuesday, February 10, 2009

~ DEMI MATAHARI ~


DEMI MATAHARI

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila ia menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Demi matahari dan sinarnya di pagi hari
Demi bulan apabila ia mengiringi
Demi siang hari bila ia menampakkan dirinya
Demi malam apabila ia menutupi

Demi langit berserta seluruh binaannya
Demi bumi serta yang ada di hamparannya
Demi jiwa dan seluruh penyempurnaannya

Allah subhanallah
Allah subhanallah
Allah subhanallah
Allah subhanallah

Allah mengilhamkan
Semua kefasikan dan ketakwaan
Beruntung bagi yang mensucikannya
Merugi bagi yang mengotorinya

Subhanallah...

Sejak akhir-akhir ini, lagu Demi Matahari ini begitu popular di bibir seorang rakanku. Menghayati liriknya sangat menginsafkan. Menurut rakan ini, lagu ini merupakan lagu tema untuk sebuah kursus yang disertainya baru-baru ini. Kursus mengenal diri dan Tuhan. Khabarnya kursus ini memberi impak yang tersendiri kepada para pesertanya.

Aku tidak berpeluang menyertai kursus itu, justeru aku kongsikan apa yang telah dikongsikan oleh rakanku ini kepada kamu di ruangan ini.

[Langkah yang besar selalu-nya akan ber-mula dari satu tapak yang kechil.. ermmm]

Monday, February 09, 2009

~ MC DONALD'S OH MC DONALD'S ~


Khabarnya rakyat Terengganu dan Kelantan bersatu hati memboikot Mc Donald's sehinggakan jualan mereka di sana jatuh merudum. Ia diakui sendiri oleh seorang wakil Mc Donald's ketika di temui baru-baru ini.

Berbanding negeri-negeri lain, dua negeri ini dilihat sangat serius membuat penentangan itu. Tanpa perlu berkempen secara besar-besaran, kesedaran mereka itu wujud sendiri tanpa paksaan dari mana-mana pihak. Mereka menyumbang dengan cara yang tersendiri kepada rakyat Palestine yang teRaniayai itu.

Di sebabkan keberkesanan tindakan mereka itu jugalah, pihak Mc Donald's terpaksa tampil membuat pelbagai kenyataan dan penjelasan agar keadaan berjaya dipulihkan.

[Ber-satu kita tegoh, ber-cherai kita ruboh..]

Sunday, February 08, 2009

~ CHANGELING : PERJALANAN EMOSI SEORANG IBU ~



Pengorbanan ibu mengatasi segala-galanya. Itu yang boleh disimpulkan setelah menonton filem terbaru Angelina Jolie, Changeling. Mengambil latar tahun 1920'an, cerita ini memberi kisah tentang seorang ibu tunggal yang gigih membesarkan anak lelakinya. Malang tidak berbau apabila suatu hari, si anak hilang dan tidak pulang ke rumah setelah ditinggalkan berseorang di rumah dek tuntutan kerja yang menghambat. Lebih teruk apabila pihak polis yang sepatutnya menghulurkan bantuan bertindak sebaliknya sehingga si ibu ini disumbat ke hospital sakit mental dalam perjuangan mencari anak itu. Dia bertindak berani di luar batas berani sedia ada wanita lain ketika itu. Semuanya kerana naluri keibuan dan kecintaan mendalam kepada si anak.

Aku duduk senyap sepanjang tontonan itu. Tersentuh dengan perjuangan kasih sayang yang ditunjukkan si ibu. Demi anak, nyawa sanggup dicagarkan sebagai tukaran. Biar masa berlalu, biar juga apa kata manusia sekeliling, naluri yang mempercayai si anak masih hidup tetap dipertahankan. Sebagaimana dituturkan watak Christine Collins sebelum cerita ini menutup tirai, aku juga mula mempercayai tentangnya… HARAPAN.

Sentiasalah berfikiran positif dan percayalah harapan sentiasa ada untuk apa juga situasi sukar yang wujud. Jauhkan diri dari sikap putus asa kerana sikap itulah yang akan membunuh rasa positif dalam diri. Justeru, ia bakal mewujud tekanan dalam diri sehingga mempengaruhi kehidupan seharian.

Tahniah kepada pemeran utamanya, Angelina Jolie yang berjaya memberi rasa emosi yang cukup terkesan sekali. Gambaran kesedihan, keadaan terdesak, takut, keazaman, kekentalan dan sebagainya benar-benar ketara ditunjukkan.

[Semangat kental dan usaha juang ibu mem-pertahan-kan rasa ke-chenta-an buat si-anak sangat ber-bekas di-hati...]

Saturday, February 07, 2009

~ SELAMATKAN ANAK-ANAK PALESTINE ~






Sekali lagi, aku dengan kelapangan yang ada menghalakan kaki untuk menghadiri majlis amal untuk rakyat Palestine yang dizalimi regim Zionis, malam tadi. Kali ini, Dewan Bahasa dan Pustaka pula yang menjadi tuan rumah dengan menganjurkan Malam Amal Selamatkan Anak-Anak Palestin DBP.

Bertempat di Balai Budaya Tun Syed nasir DBP, acara berlangsung dengan begitu lancar sekali apatah lagi dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Duta Khas Palestin ke Malaysia, Abdulaziz Abughoush. Sebenarnya, aku telah beberapa kali bertemunya di majlis-majlis amal Palestine sejak akhir-akhir ini. Namun, inilah kali pertama aku berkesempatan untuk mendengar ucapan atau luahan hatinya tentang apa yang sedang berlaku di negaranya. Lantang dan penuh bersemangat sehinggakan tumpuanku sedikitpun tidak lari daripada terus menghayati apa yang diperkatakannya. Ermm.. Kesedaran begitu tertumpah tentang keberuntungan kita di bumi Malaysia ini.

Acara pada malam ini diisi dengan pembacaan puisi dan selingan persembahan nyanyian. Yang menggerakkan kakiku ke sini selain niat menyertai program amal ini ialah kerana mahu mendengar bacaan puisi idolaku, Pak Samad (Datuk A. Samad Said). Beliau tampil dengan gayanya yang tersendiri melalui puisi yang bertajuk Sumpah El Antagraf.

Selain Pak Samad, aku sangat-sangat tertarik dengan pembacaan Prof Madya Dr Lim Swee Tin, Ahmad Shukri Abdullah, Puzi Hadi dan Shamsudin Othman yang begitu mantap dan bersemangat sekali melaungkan penentangan mereka melalui puisi-puisi ciptaan mereka iaitu Atas Nama Keamanan, Amerika, Di Bawah Langit Gaza dan Gaza – Mala Petaka Apakah ini.

Penysir lain yang turut serta antara lain ialah seperti Zaen Kasturi, KEMALA, Dr Zurinah Hassan, Lim Fheng Fheng dan beberapa nama lain lagi. Namun, malam ini turut menjadi istimewa dengan kehadiran bekas pembaca berita TV3 suatu ketika dulu, Ras Adiba Radzi yang sememangnya kita tahu tentang jiwa seninya. Ras tidak membacakan puisi, tidak juga melagukan lagu puisi tetapi wanita kental jiwa ini menyampaikan sebuah syair indah bertajuk Buat Rumah Palestin, Bumi Gaza.

Sebahagian besar penonton pada malam ini adalah terdiri daripada pelajar sekolah dan penuntut Institut Pengajian Tinggi. Pada awalnya aku tersenyum lebar melihat penglibatan mereka dalam majlis seumpama ini. Namun, belum separuh masa berlalu, aku kira adalah lebih baik mereka tidak perlu menyertai acara ini. Ini kerana mereka yang datang bukan untuk menghayati dan menghargai bacaan puisi yang disampaikan oleh penyair-penyair hebat itu tetapi hanya tahu membuat bising di belakang.

Seawal majlis bermula mereka berbual sesama sendiri dan langsung tidak menghormati majlis. Mahu sahaja aku menegur, tetapi fikirku mereka ini golongan yang terpelajar dan bijdak pandai seharusnya lebih tahu tentang hal itu. Kata seorang daripada mereka yang kebetulannya duduk bersebelahan denganku, mereka ke sini kerana diarahkan oleh pensyarah mereka. Dalam lain perkataan, WAJIB datang. Bererti, mereka ke sini bukan kerana minat atau memberi sokongan tetapi kerana dipaksa datang.

Sudahnya, belumpun majlis berakhir, hampir separuh daripada tempat duduk di Balai Budaya itu kosong kerana kerana mereka meninggalkan majlis itu lebih awal. Ermm.. kalaupun tidak ada dengan minat, apa salahnya memberi sedikit rasa hormat kepada majlis berkenaan? Ermm…

A : Ehhh… Usman Awang tak datang ke Malam ni?
AKU : (Terus sahaja menoleh ke belakang, mencari arah suara yang menuturkan soalan itu.
KAWAN A : Iskk kau ni… datang apanya, Usman Awang kan dah meninggal..
A : Laa.. yer ker? Bila?
AKU : Ermmm…. (menggelengkan kepala)

[Terkenang puisi tulisan arwah Usman Awang, Ke Makam Bonda…]

Friday, February 06, 2009

~ MEREKA YANG TERGANGGU JIWA ~


Buat pertama kalinya dalam seumur hidupku, aku menjejakkan kaki ke Klinik Kesihatan Mental tengahari semalam. Aku ke sana kerana menemankan seorang rakan yang perlu melawat seseorang di sana. Seawal langkah kaki masuk ke Klinik Kesihatan Mental Hospital Kuala Lumpur itu, hati deras bergetar. Usahlah aku di'apa-apakan'. Itu yang terdetik kerap di hati ketika itu.

Di'apa-apakan'??? Ermm… begitu aku membuat prasangka. Jari sepuluh kususun memohon kemaafan. Bukan aku sengaja mahu berprasangka begitu, tetapi mungkin pengalaman pertama ini membuatkan aku tidak dapat menyelesakan diri dengan mudah. Apatah lagi apabila pesakit-pesakit ini asyik memerhatikan aku dengan pandangan yang menakutkan (atau mungkin itu hanya perasaanku semata).

Berbalik kepada seseorang yakni pesakit yang ingin ditemui tadi, selepas melepasi beberapa tapisan dan sekatan, kami sampai ke wad yang menempatkan dia. Malangnya, kami tidak dibenarkan berjumpanya. Kata kakitangan wad berkenaan, pesakit tersebut membuat permintaan untuk tidak bertemu dengan sesiapapun.

Berkali kakitangan itu dirayu agar menggunakan kuasa budi bicaranya untuk memberikan sedikit ruang agar wujud pertemuan itu walau hanya untuk beberapa saat, tetapi ia tidak diendahkan. Mereka membuktikan kuasa mereka mengatasai segala-galanya.

Khabar dari teman lelaki pesakit ini, semalam pesakit ini menangis dan merayu-rayu kepadanya agar membantunya keluar dari situ. Dia merasa diri teraniayai apabila ditempatkan bersama-sama dengan mereka yang ‘tidak sihat’ mental sedangkan dia dalam keadaan yang sihat akal fikirannya.

Aku diam dan memerhatikan sahaja apa yang berlaku itu. Tidak ada pendapat kerana aku tidak tahu pokok pangkal ceritanya. Yang aku tahu, aku merasa kasihan apabila dia dikatakan teraniayai. Akibat salah faham, dia ditempatkan di sini dua hari lalu. Lebih teruk, penahanannya di sini langsung tidak diketahui oleh keluarganya yang menetap di seberang laut China Selatan itu. Bertambah malang nasibnya apabila rakan taulannya di sini pula tidak dibenarkan menemuinya pula.

Aku mendengar cerita pelbagai versi. Namun, biar apapun penceritaannya, satu yang bermain di fikirku, kalau benar sakit jiwanya, maka ubatilah jiwanya. Mengapa harus ditambah sengsara jiwanya dengan pelbagai macam peraturan dan sekatan yang lagaknya seperti mahu memberi tekanan lain kepadanya? Ermmm..

Ketika mahu pulang, aku sekali lagi melintasi pesakit-pesakit lain di sini. Jika dilihat sepintas lalu, mereka ini sama seperti manusia normal lain. Masih muda, cukup sifat diri dan penuh dengan harapan. Namun, entah apa yang menganggu jiwa mereka sehingga terkacau dan di tempatkan di sini. Aku memerhatikan gelagat mereka melalui ekor mataku. Sungguh, aku dihambat rasa pilu yang banyak. Betapa usia dan masa depan mereka terpaksa di habiskan di sini…

[Apa-kah mereka yang di-tempat-kan di-sini benar-2 ter-ganggu hebat jiwa mereka?]

Thursday, February 05, 2009

~ BILA KEPERCAYAAN BERADA DI HUJUNG KAKI ~


Menjaga bahasa, menjaga perlakuan, menjaga hati dan menjaga akal adalah perkara yang harus menjadi perkiraan utama kala kita berhubungan dengan manusia lain di sekeliling kita. Apatah lagi manusia itu dekat dengan kita.

Andai kita berbahasa mengikut sedap rasa, andai kita berfikir di luar waras akal, makanya sebelah dunia menjadi gelap. Luka yang sejengkal itu berpalang menjadi resah yang berat. Apatah lagi bila hati terguris menjadi kasar, makanya perlakuan membuat sakit yang banyak.

Justeru, jauhkan diri dari terdekat dengan soal-soal yang begini untuk memelihara senyum yang panjang seterus hari. Agar terelak juga sakit di jiwa yang langsungnya akan membuatkan hidup terkacau bilau.

Aku ingin berkongsi satu kejadian yang berlaku di ruang pekerjaanku pagi semalam. Rakan sepekerjaanku membuat ribut keras dengan seorang lagi rakan yang lain. Yang membuat tanya, kedua-duanya merupakan sahabat baik yang dekat.

Entah bagaimana bermula, aku kurang pasti. Tetapi ribut besar itu berlaku betul-betul di sebelahku dan aku tidak dapat mengangkat kaki untuk mengelak menjadi saksi kejadian. Bukan aku sahaja, tetapi berpasang-pasang mata lain yang turut menjadi saksi kejadian. Ini kerana ribut itu berlaku di tengah-tengah ruang pekerjaan dan pada awal pagi ketika masing-masing baru memulakan kerja untuk hari baru.

Dua sahabat baik ini berperang mulut dengan api kemarahan yang membakar panas. Dan… apabila kemarahan menguasai diri, separuh daripada kata-kata yang terlahir dari bibir separuhnya tidak lagi benar !!! Suasana menjadi senyap sepi seolah sengaja memberi laluan kepada suara mereka berdua bergema mengisi ruang.

Puncanya, aku kurang pasti. Namun, yang terdengar dan menyinggah telinga ia berkait soal kepercayaan. Ya… soal kepercayaan. Soal yang juga pada aku sendiri adalah perkara yang paling besar menjadi perkiraan.

Pertengkaran itu menjadi panjang dan panas apabila kedua sahabat baik ini saling mahu mempertahankan diri. Masing-masing bertempik liar mahu menjadi menang. Bahasa yang ditutur tidak lagi bertapis di akal. Perlakuan yang terjaga, tidak lagi berada di tempatnya, hati yang terkuis, tentu sekali bukan perkiraan lagi. Akal.. ermm… akal…. nntah di mana…

Sedikitpun tiada rasa malu, diri menjadi bahan tontonan umum. Bagai drama tragis yang mengisi ruang televisyen, begitu jugalah yang sedang separuh dari kami di ruang pekerjaan menyaksikannya.

Aku tunduk senyap ketakutan. Berpura memberi tumpu kepada urus kerja yang sedang dilakukan. Kononnya sedikit pun tidak terganggu apatah lagi ‘tercuri dengar’ isi pertengakaran.

Sudahnya, seorang daripadanya menangis berguruh di situ sementara yang seorang pula mengemas bersih barangannya dari situ. Sangkaku, ia habis bila suasana menjadi reda dan dua sahabat baik ini akan mencari jalan penyelesaian terbaik. Rupanya tidak. Persahabatan itu seolahnya bakal bertemu hancur. Itu yang dibisik rakan-rakan lain.

Hari ni, kelibat rakan yang seorang itu tidak kelihatan. Benar hatinya terguris barangkali apabila tidak mahu lagi bertentang mata di situ. Malah, membuat putus untuk berpindah tempat jauh dari mata ‘bekas’ sahabatnya itu. Ermm…

Begitu ‘bencana’ yang menimpa pada sebuah persahabatan yang bertahun usia jalinannya. Hanya kerana bahasa, hanya kerana laku, hanya kerana hati, juga kerana akal. Puncanya? Kepercayaan terletak di hujung kaki. Titik.

[Terkenang sahabat june.. ermm... juga sahabat mei..]

Wednesday, February 04, 2009

~ TERBANG KE AWAN ~


TERBANG KE AWAN
OST awan dania the series

Hari-hari yang ku alami
Ada satu yang perlu ku kecapi
Bagai layang-layang yang putus tali
Akan ku teruskan mencari siapakah diri ini

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang, Bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku Inilah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

Tiada lagi resah untuk mu
Tiada lagi rasa malu
Apa yang ku mahu Apa yang ku tahu
Hanya untuk mencari diri ku
Oh...siapakah diri ini

Ku ingin terbang tinggi di awan
Bersama bintang Bersama bulan
Ku ingin genggam sang mentari
Ku ingin bermain di tepi pelangi
Ini impianku Inilah caraku
Tiada yang lain yang lebih ku mahu

[Mau terebang tinggi me-minjam satu bintang di-langet..]

Tuesday, February 03, 2009

~ DOA BUATMU PALESTINE ~










Sudah dua hari aku demam. Berlencun setiap hari dan tergalas pula banyak urus di sana-sini yang kebetulannya bersusun hari. Justeru, semalam aku memutus untuk berada di rumah sahaja untuk membuat sedikit rehat. Terpaksa beralah dengan kudrat yang hanya sekerat ini.

Namun, seorang sahabat tiba-tiba datang menunggu di depan rumah. Beriya mahu membawa aku ke Istana Budaya memeriahkan acara anjuran Yayasan Seni Karyawan Malaysia, Doa Buatmu Palestine. Tentu sekali aku gagal menolak kerana seawal diberitakan tentang acara amal ini, aku begitu teruja sekali mahu menghadirinya. Cuma dek kerana kesihatan yang kurang mengizinkan, aku terpaksa membuat fikir beberapa kali.

Namun, akhirnya aku menjejak kaki juga di sini. Sambutan agak baik, mungkin nasib kurang menyebelahi apabila hujan lebat turun membasah bumi pada sebelah petang dan berlarutan sehingga ke awal malam.

Bercakap secara jujur, aku sebenarnya sangat tertarik dengan acara pembacaan puisi yang turut diselitkan. Hilang kata-kata mendengar penyair Tengku Khalidah Tengku Bidin melontarkan puisinya dengan cukup bersemangat sekali. Kami pernah satu pentas pembacaan puisi satu masa dulu... ahhh.. itu cerita lama.

Turut terkesan dengan pentomen yang memaparkan kisah penderitaan rakyat Palentine dengan kekejaman regim zionis. Berkesan dan terkesan. Cukup rencah membuat aku terdiam duduk, merenung dan cuba merasai keperitan mereka yang bergelar mangsa di sana.

Apapun, maaf terlebih dahulu ku pohon kepada tuan penganjur, aku tidak begitu bersetuju dengan pendekatan sekumpulan mereka yang membawa sepanduk membantah kekejaman itu. Cara mereka aku rasakan terlalu 'keras' untuk memberi kesedaran kepada orang ramai. Malah tidak keterlaluan, kalau aku katakan lagak dan cara mereka menyampaikan 'luahan' itu seperti mengiyakan tanggapan barat sebelum ini yang mengatakan umat Islam itu pengganas.

Sungguh, aku pohon maaf andai pendapat peribadiku itu membuat singgung kepada mereka yang berkenaan. Namun, benarlah kata orang... Niat Tidak Menghalalkan Cara...

Aku kongsikan sedikit foto untuk bercerita tentang acara yang berlangsung semalam itu. Harap kamu maafkan andai kurang kualiti kepada foto yang terkutip itu.

[Acara Solat Hajat.... kehadirannya hanya terbilang dengan jari.. ermmm.. ke mana yeaa pergi mereka semua... ermm..]

Sunday, February 01, 2009

~ SUARA SEPI ~


SUARA SEPI
(Lagu Tema Konsert Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan)
by Siti Nurhaliza

Senjata serba canggih terus berpesta
Insan yang tak berdosa menjadi mangsa
Suara dunia menzahirkan bantahan
Tiada sedikitpun memberi kesan

Jiwa bersarang dendam kebencian
Tiada lagi istilah kemanusiaan
Mereka punya hati tak punya rasa
Telinga telah tuli mata telah buta

Ada tangisan tak siapa ... Read Moremendengari
Suara itu kian lama kian menyepi
Terkulai anak dari pelukan ibu
Darah masih panas tubuh terbujur kaku

Tiada kedengaran kicauan burung
Bumi kemerahan langit semakin mendung
Mereka yang malang di daerah anbia
Azab sengsara kehilangan upaya

Ciptaan : Johari Teh
Lirik : Habsah Hassan

[Sepi.. dalam hayat rinteh yang ter-buang lunyai]

~ MALAM AMAL ATAS NAMA KEMANUSIAAN ~






Baru sahaja pulang daripada Malam Amal Atas Nama Kemanusiaan di Istana Budaya. Sungguh berbekas dengan kesungguhan beberapa pihak yang berusaha mengumpul dana bagi membantu insan ditimpa bencana di bumi Palestine. Paling membanggakan apabila banyak pihak korporat yang tampil membantu sehingga terkumpul dana sebanyak RM10.7 juta. Mudah-mudahan jumlah ini akan bertambah besar dari hari ke hari.

Tidak seperti biasa, Panggung Sari, Istana Budaya hari ini agak sesak. Barangkali kerana kehadiran ramai VVIP pada malam ini. Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin dan Sultanah Kedah, Sultanah Haminah Hamidun sanggup mencemar duli hadir memberi sokongan. Begitu juga dengan kenamaan-kenamaan yang lain termasuk Duta Besar Palestin ke Malaysia.

Sungguhpun konsert amal pada malam ini membariskan ramai artis-artis besar tanahair, namun perhatianku lebih terpaku kepada persembahan monodrama lakonan Umi Aida dan Shahronizam yang diarahkan oleh Puan Erma Fatima. Sungguh terkesan hingga ke lubuk hati yang dalam. Terasa seolah kita sebahagian di bumi Palestin yang sedang dizalimi itu. Kalaulah peluru-peluru itu menembusi dada kita... kalaulah darah itu memercik hingga ke muka kita... kalaulah letupan bom itu menghancurkan keseluruhan kita.. ermmm... bagaimana yaa..

Selain monodrama itu, aku juga terkesan degan persembahan koir dari kumpulan Dithyrambic melalui lagu Mandarin mereka yang membawa maksud Tanahair Yang Jauh. Aku langsung tidak memahami butir bicara mereka, tetapi dek persembahan mereka yang sangat kreatif, tersendiri dan sangat mengesankan itu, aku seolah jelas apa yang mereka mahu sampaikan. Malah, aku hampir sahaja mahu menangis seusai mereka membuat persembahan. Hiba mengenangkan saudara di sana yang tidak berdosa di zalimi tanpa ada rasa kemanusiaan.

Pada kamu di luar sana, marilah kita sama-sama berdoa untuk kesejahteraan mereka di sana. Mudah-mudahan, kekejaman itu dihentikan serta-merta. Mudah-mudahan terhampar jalan aman untuk kedamaian sejagat. Aminnn.

[Bagai-mana yaa.. kalau anak-2 kechil yang di-zalimi itu adalah anak-2 kamu? ermmmm...]