Thursday, January 01, 2009

~ SAMMI CHENG ~



Setelah empat tahun senyap dari filem terbaru, aktress kegemaranku, Sammi Cheng kembali melalui filem Lady Cop, Papa Crook. Filem komedi yang memang dalam acuannya. Siang tadi, aku dan teman jiwa berkesempatan menonton filem terbarunya itu. Hari pertama tayangannya di Malaysia.

Ermm.. Apapun, filem terbaru ini bagiku agak mengecewakan. Tiada apa yang mengujakan. Malah kemunculan barunya itu seperti tidak terkesan untuk mengubati rindu para peminatnya setelah lama senyap tanpa perkembangan baru.

[Kenangan se-waktu konsert-nya di-genting highland 2 tahon lalu maseh dalam ingatan..]

No comments: