Sunday, January 18, 2009

~ DAUN DAUN BERGUGURAN ~








Mengejar kelapangan yang ada dengan menonton teater Daun-Daun Berguguran di Dewan Teater Taman Budaya Kuala Lumpur. Pertama kali aku menjejakkan kaki ke sini. Sedikit asing. Namun, persembahan tidaklah begitu mengecewakan.

Paling menarik perhatianku ialah kepada satu-satunya watak pelakon kanak-kanak yang begitu cemerlang pada pengamatanku. Dia masuk ke dalam mood yang diinginkan oleh penonton. Memberi rasa walaupun babaknya hanya sedikit sahaja.

Khabarnya teater yang sama ini akan dibawa ke Tanjung Malim, Perak untuk dipentaskan di Universiti Perguruan Sultan Idris (UPSI) pada 13 February depan. Mudah-mudahan persembahan akan datang ini akan lebih baik daripada hari ini.

[Kalau-lah teater Ibu Zain di-pentas-kan sekali lagi... ermm...]

2 comments:

masMZ said...

Cik Koishie,dengarnya ada teater kanak-kanak di MATICkah kalau tidak salah. Tidak sempat nak mengjenguk! Kebetulan terdengar di MHI.
* Paling teringin nak tengok Siti Di Alam Fantasi.... Kalaulah dipentaskan semula (juga!), ekekeke :D

Koishie said...

kurang pasti ttg teater kanak22 tu... tp jumaat ni ada mlm pembacaan puisi palestin di laman santai istana budaya. macam menarik jer.. :)