Wednesday, December 03, 2008

~ MUZIKAL SINBAD SEBUAH FANTASI ~




(Adik Amreeza Iskandar, 11 tahun @ Shakula)

(Adik Ummu Najian, 8 tahun @ Titi)

Jika semalam aku menangis kerana Cinta Julia, malam ini aku ketawa kerana Sinbad. Sebuah teater muzikal kanak-kanak yang dipersembahkan di Panggung Sari, Istana Budaya yang sungguh mencuit hati.

Menghimpunkan seramai 80 orang pelakon kanak-kanak yang diketuai oleh adik Muhamad Huraimi Hilman Mohd Hasri sebagai Sinbad yang berkongsi pentas pula dengan pelakon teater terkenal, Raja Azura atau lebih dikenali sebagai Kak Engku yang memegang watak sebagai Dewi Bencana. Yaaa.. Dewi Bencana.. nama baru untuk en boss.. itu yang diguraukan oleh seorang rakan kepadaku yang turut sama menonton dan aku hanya ketawa kecil tanpa mahu membantah.

Gelagat Raja Azura dengan kostum sotongnya yang melucukan itu sungguh mengundang gelak tawa yang panjang. Ditambah pula dengan keberkesanan lakonannya yang begitu mencuit hati seawal dia muncul sehinggalah babak terakhir yang melibatnya. Sungguh usahanya tidak sia-sia. Setelah lapan tahun berehat dari dunia teater, dia kembali dengan kejayaan baru. Empat bintang aku berikan kepada Raja Azura diatas keberkesanan lakonannya ini.

Selain Dewi Bencana dan Sinbad, aku sangat terpikat sekali dengan kecomelan watak Shakula (kucing kepunyaan Sinbad) dan watak Titi (Tikus kepunyaan Puteri Nusaibah). Walaupun babak mereka tidak banyak tetapi ternyata kemunculan mereka sangat menarik perhatian. Di celah-celah 80 orang pelakon di pentas itu, mereka berdua berjaya mencuri perhatian penonton dengan jayanya.

Watak Shakula yang didokong oleh adik Amrezaa Iskandar Hisyam, murid tahun 5 ini sangat comel sekali. Mengenalinya di bawah pentas juga sangat comel. Petah berbicara, bijak dan pandai bergurau. Boleh berkenalan? Hehehee...

Kepada kamu di luar sana, jika ada kesempatan, luangkan sedikit masa untuk menonton teater muzikal kanak-kanak ini di Istana Budaya. Yaa.. ia merupakan teater kanak-kanak, tetapi percayalah ia turut memberi manfaat dan hiburan yang tersendiri kepada golongan remaja dan dewasa. Pementasan bermula dari semalam sehinggalah 12 Disember ini. Tiketnya pula sekadar RM20-50.

[Mau mem-bawa si-kechil yang turot teruja mau mengenali Shakula dan Titi..]

No comments: