Wednesday, November 05, 2008

~ MENCARI PERHATIAN ~

Siang tadi sewaktu pulang dari tempat pekerjaan ketika jalan sesak teruk di Bsr, aku terpandang satu kelibat manusia yang dikenali umum. Saat orang lain dengan kerut di muka kerana stress dengan suasana sesak yang mengheret panjang itu, aku melihat manusia terkenal ini seperti dalam keadaan santai adanya.

Bagaimana aku boleh dengan jelas melihat dia? Dia memandu kereta sport mewah tanpa bumbung. Tentu sekali aku dan orang lain juga dapat menyaksi dia dengan jelas. Persoalannya di sini, tegar dia menghirup kepulan asap kenderaan dari kanan dan kiri yang membuat lalu. Perlu ker membuka bumbung da;am situasi seperti itu. Apa tujuannya?

Dengan senyum panjang dan bersandar seolah sedang memandu di persisir pantai, tindakannya itu mengundang rasa aneh mata yang memandang. Dia pula mungkin melihat itu sebagai satu pembuktian dia benar2 tersohor di serata alam. Justeru, dia harus terus mempertontonkan dirinya agar rasa kekaguman orang lain terus terlahir. Kekaguman?? ermm..

Ironinya aku membaca sebuah akhbar yang melaporkan kononnya dia berjaya mengumpul RM1.2 juta hasil dari ceramah motivasi kelolaannya. Ermm... Murah rezekinya.

[Sedar diri... aku golongan marhain..]

No comments: