Friday, November 07, 2008

~ MEMBUAT SENYUM PANJANG ~

Bagaimana aku mahu menolak lagi kalau dijemput sehingga di depan tempat pekerjaan? Rakan di tempat pekerjaan lama beriya mahu mengajak makan tengahari bersama. Tanpa dirancang2, mereka sudah siap siaga menunggu aku di depan pintu masuk tempat pekerjaan. Tiba2 aku menjadi segan diperlakukan begitu.

Yaa.. mereka datang semata2 mahu menjemput aku di bandar Anggerik dan kami makan tengahari di Istana Budaya. Bukan kerana ada sebarang urusan di situ, tetapi kami ke sana semata2 kerana makan tengahari sahaja.

[Terima kaseh kerana kamu semua begitu menyenang-kan..]

No comments: