Monday, October 20, 2008

~ HARI PERTAMA DI BDI, NEGERI DI BAWAH BAYU ~




















17hb OKTOBER 2008 - JUMAAT

Seawal jam 7, aku sudah berada di lapangan terbang. Memang ia terlalu awal kerana waktu penerbanganku pada jam 9.45 pagi dan kemudiannya tertunda kepada penerbangan jam 10.30 pagi. Sengaja aku memilih untuk lebih awal bersiap siaga kerana tidak mahu meresah diri dengan jam di tangan.

Lucunya, aku tetap juga terlambat menaiki pesawat. Semuanya kerana leka menghirup secawan coffee sementara mengisi masa menunggu. Sudahnya beberapa kali namaku berkumandang memenuhi segenap ruang. Tanpa menghirau mata yang memandang, terus sahaja aku melompat dan berlari ke pesawat. Yaa.. aku merupakan penumpang terakhir yang mengisi perut pesawat sebelum terbang tinggi di langit biru.

2 jam setengah selepas itu, kaki menjejak ke lapangan terbang antarbangsa Kota Kinabalu. Lama aku tidak berkunjung ke sini. Tidak banyak yang berubah, masih serupa seperti mana kali terakhir aku di sini tahun lalu.

Aku terus sahaja dibawa ke BDI. Perjalanan dengan menaiki bot laju ini memakan masa selama setengah jam. Hujan mengiringi perjalanan kami sehingga berbasah-basah sebelum tiba di jeti BDI.

Usai segala urus perlu, kami disajikan dengan sajian makanan laut yang segar bugar. Cara masakannya sudah tentu berbeza dengan cara kita di semenanjung. Pun begutu, semunya lazat dan sedap sekali sehinggakan masing-masing tidak mampu menolak walaupun perut tidak bising mengadu lapar.

Setelah mengisi perut dan mendapat bilik, aku dan seorang rakan, YK terus sahaja merancang untuk melunjur kaki, melepas lelah untuk beberapa ketika. Malang sekali bila mana kami lena terus dek kepenatan yang berpikul. Sudahnya hasratku untuk memelihat matahari terbenam di bahagian belakang BDI ini hanya dalam mimpi sahaja. Kecewa teramat sangat.

Tiada aktiviti yang menarik yang dilalui aku. Sebenarnya kalau ikutkan aku, mahu sahaja aku menghabiskan malam dengan melihat bintang di gigi pantai, menikmati sejuk angin pantai dan deru ombak yang menyapu pipi dan pelbagai macam perkara lagi yang biasa aku lakukan bilamana menjejak ke pantai. Namun, aku tidak dapat lakukan kali ni kerana rakanku ini tidak mempunyai rasa ingin yang sama.

Justeru, aku dan beberapa orang rakan hanya mengisi bual di jeti dengan bersimbah cahaya bulan yang cukup terang. Nyaman dan tenang sekali di situ walapun hanya untuk kira-kira 20 minit di situ.

Sepanjang hari ini, beberapa kali teman jiwa menghubungiku. Entah apa yang sedang bermain di kepalanya.. ermm..

[Mau merakam sendiri momen indah saat matahari terbenam... ermm..]

No comments: