Monday, October 20, 2008

~ HARI KETIGA DI BDI, NEGERI DI BAWAH BAYU ~
























19 OKTOBER 2008 - AHAD

Hari ini adalah hari terakhir di sini. Perjalanan masanya terasa seperti pantas sekali. Terkilan kerana aku tidak dapat betul2 menerokai keindahan bumi yang dimiliki BDI. Hanya sekadar persinggahan sementara membuat urus pekerjaan. Aku juga tidak punya kesempatan yang baik untuk menijai segala isi alamnya. Melihat ikan yang begitu jinak hingga ke gigi air, hidupan yang penuh berwarna-warni dia air jernihnya, dan segala lagi yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain… ermm… Kesempatan yang tidak sepatutnya aku lepaskan. Mengucapkan selamat tinggal kepada BDI.

Pada sebelah petangnya, aku punya sedikit kesempatan untuk singgah di sebuah pusat membeli-belah kebanggaan orang2 Kota Kinabalu iaitu Centre Point. Saja mahu meninjau2 dan kalau ada yang menarik, mahu juga dibeli sebagai buah tangan mereka di semenanjung. Malang sekali, tibanya aku di sana, Centre Point bergelap. Banyak juga permis2 yang menutup perniagaan mereka lebih awal. Kenapa? Bekalan elektrik di bangunan itu terputus. Satu bangunan bergelap. Huhuhuu… itulah yang terjadi.

Usai mengisi perut dengan segala jenis makanan laut di Waterfront, aku mencuri sedikit kesempatan untuk ke satu tempat menjual barangan kraftangan yang di gelar Pasar Filiphina. Kebanyakan barangan dari hasil laut terutamanya barangan mutiara. Gila dibuatnya sehingga tidak tahu memilih yang mana.

Di sini aku banyak membeli barangan dari hasil mutiara seperti rantai, gelang tangan, anting2, butang melayu baju, brooch, tasbih dan segala macam lagi. Sedar tidak sedar aku menghabiskan lebih kurang RM 400 untuk barangan ini sahaja. Bunyinya seperti melampau, tetapi itulah jumlah wangku dihabiskan di pasar ini. Ermm…

Namun tidak puas rasanya membeli-belah di sini kerana masa yang ada hanyalah satu jam sahaja. Aku tidak sempat menjenguk kesemua kedai yang ada di pasar ini kerana kesempitan waktu kerana selepas itu aku perlu bergegas ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9.15 malam. Namun, seawal jam 7 aku sudah bersiap siaga di situ. Ermm…. Penerbangan tertunda beberapa minit. Aku tiba menjejak kaki di Kuala Lumpur pada jam 12.00 malam.

Aku tiba di rumah hampir jam 2 pagi. Esoknya aku perlu bekerja seperti biasa, namun terasa lelah ini bakinya belum habis malah makin hebat menal dalam diri. Aku cuba untuk menguatkan diri, namun ternyata aku memilih untuk memanjangkan lena.

Walaupun aku tidak memehon sebarang cuti, aku tidak ke tempat pekerjaan hari ini. Ermm… apa sahaja risikonya aku terima. Ermm…

[Mau kembali ke-negeri di-bawah bayu… mau menikmati keindahan alam milek-nya dengan puas..]

No comments: