Friday, October 31, 2008

~ MENGISI CUTI UNTUK SATU HARI ~


Aku mengambil cuti pada hari ini. Cuti ganti yang diberikan untuk kerja luar daerah2 minggu sudah. Seperi yang dikatakan, tiada apapun yang ismewa selain mahu mereleasekan sedikit tekanan dan ketegangan.

Namun, yang lucunya, aku tanpa dirancang2 telah menontonnya secara maraton empat buah filem secara berturut-turut. Quantum Of Solarace (10.30am), High School Musical (2.20pm), Mama Mia (4.40pm) dan Antoo Fighter (9.30 malam).

Yaaa ia berlaku tanpa dirancang dan ia juga tidak dirancang untuk melibatkan AA dalam maraton itu. Malah, sepanjang hari ini, AA lah yang meneman aku ke sana-ini. Sepanjang hari aku menghabiskan masa di panggung, MV ini. Ermm..

Ermmm.. seketika aku dapat melupakan soal2 yang membuat kepalaku hampir pecah memikirkannya itu.

[Se-akan tidak perchaya aku ber-coti bukan ber-sebab alasan dan urosan yang penting dan men-desak..]

Thursday, October 30, 2008

~ MENUNGU... MENUNGGU LAGI ~


Hari ini, aku sangat2 penat dek terheret dengan satu urusan kerja yang mendesak. Tiada pilihan dan aku lakukan pekerjaan itu dalam keadaan yang separuh rela. Ermmm... Setiap hari pun aku berdepan dengan situasi an perkara yang serupa.

Setiap hari, aku mengejap masa dan menghabiskan masa dengan aktiviti menunggu. Sebaik sahaja aku turun dari rumah sehinggalah aku mahu pulang ke rumah kembali, aku tetap menunggu dan menunggu. Membazirkan masa dengan aktiviti yang sangat membosankan ini.

Setiap hari, kira2 jam 6.10, aku sudah turun daripada rumah. 5 minit aku berjalan kaki untuk sampai ke perhentian teksi. Walaupun ini merupakan laluan teksi utama, namun aku terpaksa bersaing dengan orang lain yang juga mahu menuju ke tempat pekerjaan masing2. Kadang2 ia mengambil masa 15 minit menunggu, Selalu juga setengah jam.. malah lebih daripada itu pun pernah aku lalui.

Dari tempat perhentian teksi itu, aku menghala langkah ke stesen komuter berdekatan pula. Sungguhpun dekat, perjalanan dengan menggunakan khidmat teksi itu mengambil masa perjalanan setengah jam atau lebih pula.

Tiba di stesen tersebut, aku perlu menunggu lagi. Menunggu kelibat komuter yang sering sahaja tertunda itu. Kadang2 ia hanya mengambil masa 15 minit dam kadang-kala tersasar lebih jauh terutamanya apabila jadual perkhidmatan ini ada masalah. Perjalanan ke bandar anggerik selalunya mengambil masa selama 30 minit. Yaa... ia selalunya memberi jangka waktu yang tepat.

Tiba di bandar anggerik, aku menunggu lagi. Kali ini aku menunggu teksi untuk ke tempat pekerjaan pula. Teksi di sini lebih mudah diperolehi. Pun begitu, menunggu tetap menunggu. Perjalanan ke tempat pekerjaan mengambil masa lebih kurang 15 minit. Itu pun kalau jalanraya tidak dilanda kesesakan berat. Ermmm...

Dann... perkara yang sama aku lalui pada sebelah petangnya ketika mahu pulang ke rumah. Aku menghabiskan banyak wang ringgit, masa dan tenaga. Kamu hitunglah berapa banyak aku membazirkan masaku setiap kali perjalanan pergi dan balik dari tempat pekerjaan setiap hari.

Selalunya, jika tepat jam 6 petang aku terus bergegas pulang, makanya aku akan tiba di rumah 2 jam selepas itu atau kadang-kala lebih daripada itu. Contohnya seperti apa yang berlaku hari ini. Akibat terpaksa menempuh kesesakan jalan raya yang berat, aku hanya tiba di rumah pada jam 10.40 malam.

Yaaaaa..... aku tiba di rumah jam 10.40 malam. Ermmm.... memulakan perjalanan pada jam 6 pagi dan jam 10 malam barulah aku tiba di rumah. Huh..

[Kamu buat-lah kesimpulan atau analisis sendiri mengenai-nya...]

Wednesday, October 29, 2008

~ MENCARI SELESA ~


Aku bukanlah seorang yang berterus-terang orangnya. Senyap itu seperti sudah sebati. Namun, mereka yang mengenaliku dekat, pasti dapat membaca aku tepat. Walaupun tidak dengan perkataan yang aku sampaikan, melalui tingkahku pasti mereka dapat membaca. Itu kalau mereka mengenaliku.

"Everyone hear what you say.
Friends listen what you say,
Best friends listen to what you don't say.."

Sebentar tadi, ada sedikit bual berkaitan soal kecil hati tempohari dengan sahabatku. Aku sedaya yang boleh cuba untuk berlapik dengannya. Walaupun bahasaku berbau sindiran, namun aku kalau boleh tidak mahu melayannya dengan tingkah yang serupa. Tidak mahu dia berkecil hati seperti mana yang telah dia lakukan kepadaku. Balas-membalas bukanlah satu perkara yang baik untuk menyelesaikan masalah atau ketidakpuasan hati.

Perbualan yang pada mulanya berlangsung baik kerana sudah aku katakan padanya, aku tidak marahkan dia dengan kejadian itu. Aku cuma berkecil hati. Itu sahaja. Kalau aku marahkan dia berat, pasti saja aku akan membuat senyap sesenyapnya.

Namun, sahabat ini jarang sekali mahu serius walaupun perkara itu harus dia tangani dengan serius. Dia masih bermain2. Justeru, rasa kecil hati itu bertukar menjadi sakit hati dan akhirnya rasa sakit hati itu membawa pula kepada rasa marah.

Perbualan itu akhirnya menjadi tegang dan panas. Dan buat pertama kalinya aku tanpa sengaja membuka mulut dan berterus-terang tentang rasa kecil hatiku pada kejadian tempohari. Secara jujur tanpa ada selindung.

Namun, sesudah itu aku pula dihambat resah yang panjang. Aku jarang sekali mahu berterus-terang dalam soal2 marah dan kecil hati begini. Sungguh, aku merasa sangat tidak selesa sesudah itu.

Padaku, kalau dia memang sahabat yang baik, dia pasti akan menyedari sendiri jika tiba2 sahabatnya bertingkah lain. Dia pasti akan tahu membaca sahabatnya itu walaupun tidak melalui bahasa percakapan. Ermm..

[Tidak perenah mau ber-buat tingkah yang seropa..]

~ SELAMAT HARI ULANGTAHUN ~


Selamat hari ulangtahun kelahiran buat CP dan Shazan. Keduanya ni berkongsi tarikh yang sama dalam meraikan hari besar ini. Doaku agar yang terbaik buat kamu berdua dalam soal apa sekalipun. Datang saja kepadaku pada apa2 ketika sekalipun andai kamu dalam sebarang kesulitan. Terima kasih juga kerana kamu juga sentiasa mengirimkan doa buatku.

[Selamat hari jadi.... selamat hari jadiii.... selamat hari jadi Cp & shazan... selamat hari jadiii..]

Tuesday, October 28, 2008

~ TENTANG AKU ~


1. Ego + degil
- Mungkin aku mewarisinya dari sikap ayah.

2. Makan tidak menentu
- Aku tidak pernah mementingkan waktu makan. Malah kadang2 aku terlupa untuk makan jika tidak diingatkan untuk itu.

3. Penuh keteraturan
- Aku kurang pasti sama ada ia merupakan sikap yang baik atau buruk. Tapi itu aku.

4. Suka sambal sardin.
- Ayah tidak sukakannya dan mengatakan masakan itu adalah dari orang yang pemalas. Justeru, aku jarang sekali berpeluang makan masakan itu. Daripada ibu apatah lagi.

5. Meminati dunia puisi dan novel.
- Sesuatu yang aku sedari semenjak dari kecil. Ia sesuatu yang menyeronokkan. Malangnya, aku tidak punya bakat dalam bidang ini.

6. Tidak suka membantah.
- Sama ada aku di pihak yang benar atau salah, aku memang jarang membantah. Yaa.. dalam apa jua perkara. Terbiasa sejak dari kecil kerana persekitaranku barangkali. Kalau ada rasa mahu membantahpun, ia hanya dalam hati. Mungkin aku seorang yang penakut. Mungkin juga tidak mahu membuat ribut. Atau mungkin... entah.. serba mungkin.

7. Tidak sukakan kucing.
- Tidak suka bukan bererti aku menderanya. Tetapi aku memang takutkan kucing. Kucing itu dalam imaginasiku sebagai anak harimau. Justeru, mendekatinya seperti membawa mudarat pada diri. Rakan2 mempersendakan aku kerana hal ini. Ermm..

8. Menyukai dengan berat muzik klasikal & instrumental.
- Aku tidak tahu bagaimana ia bermula. Bukan datang dari pengaruh keluarga, rakan2 atau persekitaranku. Aku akan merasa cukup tenang dan senang bila dapat mendengar alunan dari muzik yang begitu. Beethoven, Mozart, Kitaro, Yanni, Kenny G, Vanessa Mae, The Shadow dam sekian banyak yang ada dalam koleksi simpananku. Bukan sedikit ringgit yang terhabis untuk itu.

9. Abang dan adik lelaki
- Sesuatu yang aku cukup sedari dari dulu, ayah sangat mengutamakan anak-anak lelakinya. Dulu aku kerap merungut dan ada sedikit perasaan cemburu dalam soal itu. Paling membuat aku marah, apabila mereka kerap terkecuali dalam sekian banyak undang2 dan peraturan ayah... ermmm..

10. Mempunyai masalah tidur yang serius.
- Masalah yang mungkin kini sudah menjadi seperti penyakit. Purata waktu tidurku setiap hari hanyalah dalam 2-3 jam. Kerap juga aku tidak dapat tidur langsung dan terus menyambung hari seterusnya yang telah beralih tarikh.

11. Jarang sekali menangis kerana sedih tetapi kerap menangis kerana marah.
- Aku memang akan mengawal diri dengan keras agar tidak menangis biar sedih bagaimanapun situasi yang ku laluinya. Aku berjaya di situ. Tetapi aku gagal mengawal diri dari menangis jika sedang berdepan dengan kemarahan. Rasa marah membawa aku kepada rasa sakit hati dan rasa itulah yang akan mengundang tangis. Justeru, tolong... jangan membuat aku marah.

12. Pantang ditipu.
- Silakan untuk menipu aku. Tetapi pastikan penipuan itu tidak langsung diketahui aku. Aku bimbang jika ia sudah dalam tahuku, kemaafannya mungkin terlalu berat buat kamu.

13. Setia
- Aku kurang pasti tentang hal ini. Tetapi itulah yang dikatakan sahabat2 dekatku. Setia di sini bukan sahaja merujuk setia dalam percintaan tetapi dalam segala hal. Aku setia dalam persahabatan, dalam sesuatu yang menjadi minatku, dalam apa saja perkara yang berbaik dalam persekitaranku.

14. Meninggikan suara
- Sungguh, aku juga pantang dalam soal ini. Aku tidak pernah melakukan itu kepada kamu, justeru jangan sekali kamu melakukan itu kepadaku juga.


15. Pemalu + penakut
- Yaa.. kedua-duanya aku. Kadang-kadang malu dan takut itu tidak bertempat duduknya.

16. Rahsia
- Ermm.. kadang2 ia berlaku tanpa aku sedari. Aku tidak begitu ramah. Aku juga bukanlah seorang pencerita yang bagus. Justeru, yang ada jarang terkongsi dan bila tidak terkongsi ia secara tidak langsung menjadi rahsia.

17. Pemegang rahsia
- Bukan mahu mengangkat diri sendiri, tetapi aku kerap diberi kepercayaan untuk menyimpan rahsia orang. Ermm... Usah gusar kerana rahsia itu akan tetap terpelihara walau apapun berlaku hatta telah bermusuh sekalipun.

18. Mementingkan persahabatan
- Persahabatan bagiku adalah perkara yang begitu besar yang perlu dijaga. Bersahabat yang bukan hanya untuk ketika yang senang. Bersahabat dengan mereka yang bersedia untuk membantu kamu dalam apa jua keadaan kesukaran kamu.

19. Senyap.
- Aku marah dengan senyap dan aku gembira juga degan senyap. Kerana apa? Kerana aku memang seorang yang agak senyap. Cuma semenjak aku terlibat dalam bidang pekerjaan sekarang ini, 'senyap' itu sedikit sebanyak telah berkurangan. Sahabat yang mengenali aku suatu masa dahulu dengan sahabat yang mengenali aku pada waktu sekarang mungkin akan melihat aku sebagai dua manusia yang berbeza.

20. Menulis diari.
- Aku kurang pasti bilakah aku mula menulis diari. tetapi sejak sekolah rendah, aku sudah punya diari sendiri. Setiap tahun aku akan pastikan aku memiliki diari sendiri dan helaian diari itu memang tidak pernah kosong. Ia berterusan sehingga ke hari ini. Aku masih punya diari. Menulis semua perkara yang aku lalui dan rasakan. Ia menjadi lebih mudah dengan penulisan berbanding percakapan.

21. Laut dan Pantai
- Ia sentiasa menjadi pilihan pertama. Memberi rasa tenang yang tersendiri. Menyumbang inspirasi dalam banyak perkara.

22. Membidik camera
- Suka merakamkan sesuatu yang melintas di mata untuk dikongsikan. Paling menjadi perhatian adalah alam semulajadi indah ciptaan-NYA.

23. Kepercayaan
- Aku meletak ia sebagai sesuatu yang paling besar. Kepercayaan padaku seperti sebahagian dari harga diri. Aku tidak akan sama sekali mempermainkan kepercayaan. Dan jangan sesekali juga mengkhianati kepercayaanku kerana kamu akan sukar mendapat kemaafannya atau tidak ada kemaafan buat kamu.. ermm..

24-100. Akan tahu...
- Kamu akan tahu sendiri apabila berada dekat dengan denganku.

[Aku seada-nya..]

Monday, October 27, 2008

~ BANGUNAN MERAH ~


Berada di bumi Hang Tuah. Berkunjung ke rumah rakan taulan dek kebetulan berada di sini dengan menemani teman jiwa membuat urus pekerjaannya. Lama tidak ke sini. Lama juga tidak berpesan salam untuk sahabat dekatku di sini, S. Tersimpan banyak kenangan.

Suatu masa dulu ketika masih dalam pengajian, aku kerap ke sini. Terlalu banyak kenangan di sini. Kenangan bersama rakan-rakan. Turun-naik ke bandar hang tuah ini menjadi kebiasaan buatku ketika itu.

Menjadi tambah kebetulan juga apabila rakan-rakan dekatku ramai asalnya dari negeri ini. Termasuklah Kak Ina yang pernah menyelamatkan nyawaku suatu masa dulu. Namun, aku terputus hubungan dengannya sehingga hari ini. Harap ada pertemuan suatu hari nanti kerana jasanya tidakkan terbalas sehingga berhenti nafas sekalipun.

[Bangunan merah itu meng-imbau kenangan yang banyak sekali..]

Sunday, October 26, 2008

~ TERIMA KASIH ~


[Aman-2 saja... harom dalam asyek senyom yang panjang..]

Saturday, October 25, 2008

~ TERIMA KASIH DAUN KELADI ~


Terima kasih daun keladi. Segalanya cukup terhargai. Tidak dengan perhargaan begini, sekadar doa telah mencukupi.

Pun begitu, sebaik membuka bungkusan dan melihat skeping Beethoven terpampang di depan mata, seakan mahu melompat rasanya aku. Terima kasih kerana mmbuat aku tersenyum panjang.

Beethoven greatest hit memuatkan hampir kesemua kesukaanku terutamanya simphony no. 5. Semenjak berada di tanganku semalam, aku memutar tanpa henti alunan muziknya. Lena, tenang dan aman menikmati asyikannya..

Sekali lagi, terima kasih wahai sahabat.. memberi aku senyum yang begini. Terima kasih juga untuk untuk sekeping nota yang penuh dengan pesan seribu.

[Ter-pesona dengan alunan vanessa mae menggesek violin-nya]

Friday, October 24, 2008

~ TERPULIH SEBUAH RAJUK ~



Hari ini aku membuat helah dengan urusan kerja di luar. Justeru, sebaik masuk waktu rehat seawal jam 12.45 tengahari, aku bersiap-siaga untuk meninggalkan ruang pekerjaan. Mahu memenuh janji dengan lelaki yang telah membuat rajuk kepadaku pada hari ulangtahun kelahiranku kelmarin. Yaa.. teman jiwa mahu memulih rajukku yang masih belum pulih sepenuh. Jauh dia memandu nun dari selatan tahahair.

Pun begitu, tiba2 beriya-iya pula rakan sepekerjaan mempelawaku agar makan tengahari bersama mereka. Sungguh aku gagal membuat alasan walaupun ketika itu aku mahu mengejar masa. Tidak mahu mengecilkan hati mereka, aku menurut akur. Setelah itu, barulah aku bergegas meninggalkan bandar anggerik dan menuju ke tempat yang dijanjikan.

Bertemu teman jiwa, suasana semakin terpulih. Kami membuat 'perjanjian damai'. Dia berjanji untuk tidak mengungkit lagi soal arwah D. Aku juga berjanji untuk tidak membuat protes keras lagi. Damai.

Dia bertanyakan tentang hadiah pemberiannya kelmarin. Aku secara terus-terang memberitahu, aku belum mengusikpun hadiah itu kerana menurut hati yang rajuk. Dia ketawa besar sambil menggelengkan kepala. Entah apa yang lucunya.

Sebaik pulang tadi, aku terus mencari kembali hadiah pemberiannya. Sebaik membuka kotak berwarna merah itu, aku terus tersenyum. Jam tangan. Cantik sekali dan ia menepati citarasaku. Bukan kerana harganya, tetapi kerana reka bentuknya yang cukup ringkas yang selesa di pakai aku. Yaaa.. aku sukakan rekabentuk minimalnya.

Lazim selalu, aku lebih senang membeli sendiri jam tangan kerana jarang sekali berkenan dengan pilihan yang dibuat orang lain. Jam tangan antara perkara penting buatku, justeru aku begitu cerewet tentangnya. Tidak seperti sebelumnya, pilihan teman jiwa kali ini membuat setuju yang banyak kepadaku. Cantik, kemas dan aku sukanya.

Sebenarnya, sejak pulang dari kampung sempena aidilfitri yang lalu, aku keluar rumah tanpa jam di tangan. Ia berlaku hanya kerana jam tangan kegemaranku tertinggal di rumah ibu. Justeru, aku melalui hari yang buta tanpa panduan penting itu. Bukan kerana tiada yang lain untuk dibuat ganti, tetapi seperti yang aku katakan tadi, aku cerewet membuat pilih.

Justeru, mungkin kerana itu teman jiwa memilih jam tangan sebagai hadiah sempena ulangtahun kelahiranku kali ini. Ermm... namun yang kebetulannya, BR juga menghadiahkan seutas jam tangan buatku kelmarin. ermmm..

[Ucapan ikhlas sudah cukop memadai buat-ku...]

Thursday, October 23, 2008

~ HARI MEMBESAR DAN HARI PALING BESAR ~


Terima kasih di atas ucapan yang diberikan oleh rakan-rakan, sahabat dan mereka yang dekat denganku sempena hari ulangtahun kelahiranku hari ini. Ucapan itu umpama doa bagiku. Mereka yang mendoakanku adalah mereka yang sayangkan aku barangkali. Terima kasih dan terima kasih. Kesejahteraan untuk aku yaa mudah-mudahan..

Dua minit lagi, hari akan beralih tarikh. Izin aku rakamkan seikhlas rasa terima kasih buat keluarga tercinta dan teman jiwa kerana meraikan dan memberi doa sempena hari membesarku. Juga buat BR yang menjadi orang pertama meraikan semalam, buat auntie Phia, Ai, Kc, Ad, Wn, Aa, Sd, Na, Ip, Bl, Jss, Cm, Yt, Hn, Ab, Mi, Mz, Sha, Idi, Ej, Azl, Bel, Syz, Nrl, Ik, Ff, Rfk, Fa, Ss, Ay, Smei dan tidak ketinggalan juga dari seseorang dari sejarah lalu, N. Kesemua ucapan yang kuterima semalam dan sepanjang hari ini.

Terima kasih dan terima kasih.

[Aku tidak suka-kan kek... te-tapi sejak semalam sa-hingga hari ini, aku sudah me-motong 3 biji kek..]

~ MENJADI KELAT DAN BISU ~


Perkara kecil kalau dibesarkan, maka besarlah jadinya. Begitulah yang terjadi antara aku dan teman jiwa malam ini. Hasrat berdamping untuk meraikan hari ulangtahun kelahiranku pada malam ini bertukar menjadi ribut kerana hal yang sekecil itu.

Dia tidak pernah meninggikan suara kepadaku dan malam ini ia terjadi. Aku kemudiannya membuat senyap dan dia juga. Sudahnya dampingan beberapa jam ini menjadi bisu tanpa sepatah kata setelah berlaku sedikit perdebatan.

Kerana rajuk, aku tidak memotong kek pemberiannya. Kerana rajuk juga aku tidak mahu langsung menerima apatah lagi membuka hadiah hari ulangtahun pemberiannya. Kami masih bisu sehingga keretanya memasuki perkarangan rumah. Aku bergegas terus turun dari kereta, juga tanpa sepatah kata.

Namun, melihat dia masih dengan bungkusan kotak erat tergenggam itu, aku menjadi tidak sampai hati. Aku menyambut huluran hadiah darinya itu akhirnya. Masih tanpa sepatah kata. Setelah hilang bunyi deru keretanya memecah malam dan hilang dari pandangan, aku menekan-nekan butang telefon bimbit. "Thanx". SMS yang paling ringkas buatnya ku kira. Namun dia membalasnya dalam bentuk karangan yang panjang. Ermmm..

Aku tidak marahkan lelaki ini. Aku cuma membuat rajuk dengan sikapnya. Dan kerana rajuk itu jugalah, aku belum ada rasa mahu membuka hadiah pemberiannya ini. Biar sajalah di situ. Biar menjadi perhiasan di depan skrin ini.

[Men-jadi kelat di-hari ulang-tahun..]

Wednesday, October 22, 2008

~ TERIMA KASIH ATAS DOA DAN INGATAN ITU ~


Tanpa dirancang, aku menerima pelawaan BR menghirup secawan coffee sebaik pulang dari urus pekerjaan. Tidak lama, sekadar setengah jam pertemuan sahaja. Itu pun kerana dia beriya2 benar dengan alasan ada urus penting yang mahu diberitakan.

Urus penting? Ermm.. rupa-rupanya itu sekadar helahnya. Tujuan pertemuan itu adalah kerana mahu mengucapkan selamat hari ulangtahun buatku yang jatuh pada 12 malam nanti yakni ketika tarikh berganjak ke tarikh 23 Oktober. Tidak hanya ucapan, tetapi turut disertakan dengan sedikit hadiah tanda ingatan katanya.

Ermmm... padaku, cukup sekadar ucapan. Ia sudah begitu memadai. Doakanlah yang aku dengan kesejahteraan, mudah-mudahan aku dipermudahkan dalam kehidupanku.. amin!

Pertemuan singkat itu benar2 hanya untuk secawan coffee. Aku perlu bergegas pulang kerana jam 8 ada janji berdamping teman jiwa. Yaa... kami ada janji sempena hari ulangtahunku malam nanti.

[Terima kaseh kerana mengirim doa buat-ku... yang ter-baek juga buat kamu yaa..]

Tuesday, October 21, 2008

~ BERKIRA KERANA KIRA-KIRA ~

Aku terlalu sensitif? Entahlah aku sendiri kurang pasti. Yang paling aku pasti, aku punya hati dan perasaan. Hati tidak kering dan masih berfungsi dengan baik. Hati masih dan akan tetap tersentuh dengan kata2 yang mengguris dan mengusik.

Petang tadi, aku tersentuh keras dengan kata2 seorang sahabat ini. Mungkin orang lain menerimanya sebagai satu hal yang kecil, tetapi tidak aku. Aku melihatnya sebagai sesuatu yang besar kerana ia telah mengusik dan membuatkan aku berkecil hati. Sungguh. Itu yang aku rasakan.

Kenapa aku rasakan begitu? Kerana aku sendiri tidak pernah melayan dia begitu, apatah lagi mahu ‘berkira’ sehingga ke tahap itu dengan sahabat yang seorang ini, sahabat lain juga pastinya.

Kisahnya begini… ketika dalam perjalanan menghirup secawan coffee yang mana lokasinya ditentukan aku, sahabat ini dengan lantang dan jelas mengeluarkan kata2 yang memberi makna dia selalu membazirkan ringgit untuk sesuatu yang tidak perlu. Ia merujuk kepada perjalanan kami pada hari itu yang mana lokasi yang dipilih aku itu agak jauh daripada sepatutnya lokasi awal yang dipilih dia.

Sungguh aku tersentak dengan butir kata yang keluar dari mulutnya itu. Barisan ayat yang terkeluar itu dengan bahasa mudahnya, cuba memberitahu aku, dia telah membazirkan ringgitnya gara2 pemilihan lokasi pada hari itu. Ermm… sungguh aku tidak menyangka itu yang dituturkan dia. Terdetik dalam hati, sepatutnya dari awal aku menolak pelawaannya untuk menghirup secawan cofffe siang tadi.

Mohon agar penjelasan atau penceritaan aku di ruang ini tidak disalah ertikan. Aku cuma mahu memberitahu kenapa aku perlu berkecil hati dengan tuturan sahabat dekatku itu. Sepanjang dalam persahabatan aku dengannya, aku tidak pernah walau sekalipun ‘berkira’ dengannya. Dari wang ringgit walaupun satu sen sehinggalah kepada tenaga walaupun setitik peluh. Aku tahu, dia sendiri cukup pasti tentang hal itu. Bukan sehari dua kami bersahabat, aku yakin dia tahu bagaimana aku dalam soal itu.

Justeru, bila tiba2 hari ini dia mengungkit dan berkira soal wang ringgitnya dan ia ditujukan kepadaku, aku benar2 tersentak, terkejut dan tidak menyangka sama sekali. Reaksiku cukup spontan kerana aku gagal menyembunyikan rasa kesal dengan tuturannya itu. Dia menyambut dengan gurau seolah tiada apa yang berlaku. Ermm.. aku benar2 berharap dia hanya bergurau sahaja… tetapi.. ermmm…

Aku akui dan ramai juga yang tahu sahabat ini antara sahabat dekatku. Namun, ramai yang tidak tahu, aku jarang sekali memohon bantuan dari dia jika aku dalam kesukaran. Baik tenaga mahupun wang ringgitnya ataupun perhatian dia. Aku sendiri pelik. Namun, bila berlangsungnya kejadian hari ini, aku tidak pelik lagi kerana aku seperti telah mendapat jawapannya. Ermmm..

Sebelum turun dari keretanya, aku meninggalkan ringgit 150 kepadanya. Sahabat ini sedikit terkejut dengan tindakanku itu dan berkali-kali menolak. Namun, itu protes dari rasa kecil hatiku terhadap sikap ‘berkira’ nya itu. Kalau kebetulan aku punya wang lebih siang tadi, mungkin aku tinggalkan kesemuanya sekali. Ermm…

Mungkinkah itu menjadi kali terakhir aku menumpangi sahabat ini? Ermm.. yaa.. yaa… aku sangat sensitif kali ini… justeru, kecil hatinya juga begitu serius dan besar jadinya.

[Aku benar-2 ber-kechil hati sama kamu wahai sahabat… sunggoh. Itu yang telah kamu lakukan siang tadi..]

Monday, October 20, 2008

~ CHAR KUE TEOW KEGEMARAN... ~


Melayan lena yang panjang, matahari tegak menanda separuh hari telah berlalu barulah aku aku membuka mata. Ermm.. aku mohon maaf untuk diri sendiri kerana terlalu mengikut rasa mengantuk dan rasa malas yang memenuh diri.

Menjenguk ke skrin telefon bimbit, berpuluh panggilan masuk yang tidak berjawab. Uhh.. apa pula yang mereka mahukan dari aku. Beberapa rakan juga ada yang menghubungi mempelawaku untuk mengirup secawan coffee bersama mereka.

Semuanya ku tolak hemah. Bukan memberi alasan, tetapi aku menyatakan hal sebenar. Aku mengantuk dan dalam masa yang sama perlu menyiapkan sedikit tugasan terutamanya laporan berkenaan tugasan di Sabah beberapa hari lalu. Justeru, aku bercadang tidak mahu ke mana2 untuk segera menyiapkan tugasan2 tersebut.

Namun, lain dirancang, lain pula yang jadinya. Seorang sahabat ini menang dengan ajakannya. Ku kira dia sudah berjangkit dengan helah yang selalu dibuat BR. Menunggu di depan rumah dan aku tiada alasan untuk berkata tidak. Ermm... apapun, terima kasih kerana merasa juga aku makan char kue teow di tempat kegemaran setelah hampir dua bulan aku begitu kepingin.

Char kue teow di TBR ini sangat special dan begitu terkenal di sini. Malah, ruang tempat duduknya sentiasa di penuhi pelanggan setia. Aku juga pernah beratur panjang umpama mahu mendapatkan tiket bas untuk pulang berhari raya di sini semata-mata kerana char kue teow ini. Apapun, ia berbaloi.

Hari ini juga, aku menahan telinga mendengar bebelan sahabatku gara2 mahu menghirup secawan coffee di sini. Katanya jauh dan menyesakkan. Yaa.. tapi akhirnya dia menurut juga walaupun mulutnya tidak berhenti membuat bising. Terima kasih.

[Char kue teow juga akher-nya...) ]

~ HARI KETIGA DI BDI, NEGERI DI BAWAH BAYU ~
























19 OKTOBER 2008 - AHAD

Hari ini adalah hari terakhir di sini. Perjalanan masanya terasa seperti pantas sekali. Terkilan kerana aku tidak dapat betul2 menerokai keindahan bumi yang dimiliki BDI. Hanya sekadar persinggahan sementara membuat urus pekerjaan. Aku juga tidak punya kesempatan yang baik untuk menijai segala isi alamnya. Melihat ikan yang begitu jinak hingga ke gigi air, hidupan yang penuh berwarna-warni dia air jernihnya, dan segala lagi yang mungkin tidak dapat diperolehi di tempat lain… ermm… Kesempatan yang tidak sepatutnya aku lepaskan. Mengucapkan selamat tinggal kepada BDI.

Pada sebelah petangnya, aku punya sedikit kesempatan untuk singgah di sebuah pusat membeli-belah kebanggaan orang2 Kota Kinabalu iaitu Centre Point. Saja mahu meninjau2 dan kalau ada yang menarik, mahu juga dibeli sebagai buah tangan mereka di semenanjung. Malang sekali, tibanya aku di sana, Centre Point bergelap. Banyak juga permis2 yang menutup perniagaan mereka lebih awal. Kenapa? Bekalan elektrik di bangunan itu terputus. Satu bangunan bergelap. Huhuhuu… itulah yang terjadi.

Usai mengisi perut dengan segala jenis makanan laut di Waterfront, aku mencuri sedikit kesempatan untuk ke satu tempat menjual barangan kraftangan yang di gelar Pasar Filiphina. Kebanyakan barangan dari hasil laut terutamanya barangan mutiara. Gila dibuatnya sehingga tidak tahu memilih yang mana.

Di sini aku banyak membeli barangan dari hasil mutiara seperti rantai, gelang tangan, anting2, butang melayu baju, brooch, tasbih dan segala macam lagi. Sedar tidak sedar aku menghabiskan lebih kurang RM 400 untuk barangan ini sahaja. Bunyinya seperti melampau, tetapi itulah jumlah wangku dihabiskan di pasar ini. Ermm…

Namun tidak puas rasanya membeli-belah di sini kerana masa yang ada hanyalah satu jam sahaja. Aku tidak sempat menjenguk kesemua kedai yang ada di pasar ini kerana kesempitan waktu kerana selepas itu aku perlu bergegas ke lapangan terbang antarabangsa Kota Kinabalu untuk pulang ke Kuala Lumpur.

Penerbangan ke Kuala Lumpur pada jam 9.15 malam. Namun, seawal jam 7 aku sudah bersiap siaga di situ. Ermm…. Penerbangan tertunda beberapa minit. Aku tiba menjejak kaki di Kuala Lumpur pada jam 12.00 malam.

Aku tiba di rumah hampir jam 2 pagi. Esoknya aku perlu bekerja seperti biasa, namun terasa lelah ini bakinya belum habis malah makin hebat menal dalam diri. Aku cuba untuk menguatkan diri, namun ternyata aku memilih untuk memanjangkan lena.

Walaupun aku tidak memehon sebarang cuti, aku tidak ke tempat pekerjaan hari ini. Ermm… apa sahaja risikonya aku terima. Ermm…

[Mau kembali ke-negeri di-bawah bayu… mau menikmati keindahan alam milek-nya dengan puas..]

~ HARI KEDUA DI BDI, NEGERI DI BAWAH BAYU ~























18 OKTOBER 2008 - SABTU

Bangun awal pagi walaupun malam tadi hanya melelap mata sekitar jam 3 pagi. Selepas menjamah sarapan pagi (kalau di rumah, sarapan pagi bukanlah kemestianku), aku dan YK menambil peluang menikmati sedikit angin pantai. Walaupun jam baru 10 pagi, tetapi suasana sedikit panas. Sempat juga menbidik kamera untuk merakamkan permandangan-permandangan indah sekitar BDI ni.

Jam 12 tengahari, kami sekali lagi menaiki bot laju untuk ke darat dan seterusnya ke Papar. Perjalanannya dari Kota Kinabalu mengambil masa lebih kurang satu jam. Dalam tempoh itu, aku mengambil peluang untuk melihat dan memerhatikan persekitaran serta pembangunan di sini. Ternyata kawasan ini masih jauh ketinggalan berbanding Kota Kinabalu sendiri.

Satu hari berada di sini untuk urusan pekerjaan yang panjang. Sedikit bosan kerana tiada apa yang dapat dilakukan di sini. Malah, aku juga tidak punya kesempatan untuk menelusuri Pekan Papar ini kerana sibuk dengan urus pekerjaan. Jam 11 malam, barulah usai segala urus pekerjaan dan kami terus pulang ke BDI. Kali ini waktu perjalanannya mengambil masa dua jam lebih. Mujurlah aku ini tidak mabuk laut kerana ramai yang mengadu mahu muntah. Mungkin kerana malam ini ombak agak kuat. Tambahan lagi sepanjang awal malam tadi hujan turun tanpa henti. Mujur juga kali ini kami tidak menaiki bot laju sebaliknya menaiki bot besar yang siap berbumbung. Kalau tidak, tentulah bermandi hujan dan ombak laut kami sebelum sampai ke BDI.

Tiba di BDI perkara pertama yang dilakukan, adalah makan. Yaa... makan ketika jam menunjuk ke jarum 2 pagi. Di sini jadual waktu makanku berbeza sama sekali. Lapar atau kenyang, makan tetap makan. Huhuhuhu... Balik ke bilik, mandi dan terus tidur. Malah lupa juga untuk membalas panggilan mahupun sms dari teman jiwa kerana terlalu penat dan mengantuk.

[Mau menikmati keindahan di-sini dengan lebih jelas dan aman tanpa buruan masa..]