Saturday, August 02, 2008

~ MENDENGAR SEBANYAK ULANGAN ~


MENGEMIS KASIH
by nazrey johani

Tuhan dulu pernah aku menagih simpati
Kepada manusia yang alpa jua buta
Lalu terhiritlah aku di lorong gelisah
Luka hati yang berdarah kini jadi kian parah

Semalam sudah sampai ke penghujungnya
Kisah seribu duka ku harap sudah berlalu
Tak ingin lagi kuulangi kembali
Gerak dosa yang menghiris hati

Tuhan dosaku menggunung tinggi
Tapi rahmat-Mu melangit luas
Harga selautan syukurku
Hanyalah setitis nikmat-Mu di bumi

Tuhan walau taubat sering kumungkir
Namun pengampunan-Mu tak pernah bertepi
Bila selangkah kurapat pada-Mu
Seribu langkah Kau rapat padaKu

Aku jarang mendengar lagu nasyid. Bukan kerana tidak sukakannya, tetapi jujurnya aku memang tidak punya koleksi album dari genre tersebut. Justeru, aku terlalu jarang mendengar lagu-lagunya.

Pun begitu, sejak memiliki album nasyid dari Nazrey Johani, bekas vokalis kumpulan Raihan, aku begitu asyik mendengarnya. Ku biarkan sahaja lagu-lagunya berputar dengan ulangan yang berkali-kali tanpa jemu. Asyik dan menyentuh.

[Aku turot meng-hadiah album yang serupa kepada teman jhewa... aku meng-harap dia mendengar-nya walaupun...]

No comments: