Tuesday, July 01, 2008

~ MEMBUAT SATU KEPUTUSAN ~

“Yaaa… okk.. AL akan terima offer kerja tu..” Begitu kataku dengan nada yang sedikit tinggi. Bukan sengaja mahu meninggikan suara, namun tekanan yang diberikan kepadaku membuatkan aku sedikit hilang pertimbangan. Sedikit.. ya sedikit sahaja. Ia terjadi begitu kerana perbincangan ini berlaku dalam bentuk hujahan. Kakak berhujah mahu menang, aku berhujah mahukan kebenaran. Sudahnya, aku diam, kakak diam dan diam sahaja yang mengisi selepas itu. Jarang sekali aku dalam keadaan yang begitu dengan kakak. Yaaa.. jarang sekalii... Ermm... dia begitu menjaga dan mengambil berat tentangku. Aku tahu itu.. Aku tahu.

Awalnya aku mahu menyelesaikannya secara sendiri. Mahu membuat keputusan sendiri. Disebabkan itulah aku tidak pernah memberitahu sesiapa tentang tawaran kerja baru yang singgah kepadaku ini. Yang pernah berkongsi, sahabat june. Itupun secara kebetulan ketika satu perbualan panjang dengannya dan aku tersasul menyebut tentang itu sebulan yang lepas.

Kini aku terhimpit membuat keputusan. Setelah mendapat tahu tentang tawaran kerja baru itu, kakak benar-benar mahu aku menerimanya. Beriya-iya mahu aku meninggalkan pekerjaan sekarang yang dia sifatkan semakin membuat aku hilang masa. Terbaru, teman jiwa juga membuat marah kerana menganggap aku membelakangkan dia kerana baru sahaja memaklumkan kepadanya tentang hal itu. Ermm.. bukan begitu maksudnya. Aku tidak memaklumkan dia tentang tawaran baru ini kerana aku tidak pernah bercadang mahu menerimanya. Namun, hari ini lain pula situasinya. Di luar jangka aku sendiri.

Ermm… tidak mahu terus membuat fikir tentang hal ini dengan serabut, akhirnya hari ini aku membuat keputusan. Yaa.. aku menerima tawaran pekerjaan baru ini. Pekerjaan yang jauh meninggalkan bidang pekerjaan asalku. Jauh menyimpang. Ia satu risiko, ia satu cabaran besar buatku. Arghh.. lalui sahaja. Bunyinya seperti aku membuat keputusan ini tanpa ada rela di hati. Yaaa.. barangkali… tapi barangkali juga tidak. Entah.

[Mem-buat putos dalam tekanan mungkin mem-beri tepat dalam sasar…. Mungkin.]

No comments: