Friday, July 11, 2008

~ KEBERUNTUNGAN ~

Semalam, seorang rakan ini menangis tersedu-sedan di depanku. Sungguh aku terpinga-pinga kerana dia memilih aku untuk bercerita. Sarat beban yang tergalas di bahu dia rupa-rupanya. Aku mendengar dengan penuh sedar. Sesekali menepuk-nepuk bahunya agarnya dirinya sedikit tenang. Eermm.. betapa aku tidak menyedari keberuntungan diri selama ini rupanya.

Sejak mendengar beban rakan yang seorang itu, aku membuat motivasi dalam diri. Mulai hari ini, aku akan lebih mengatur hidup dengan baik. Menghargai dengan banyak apa yang telah termiliki aku. Itu paling jujur. Nasib aku tidak pernah teruk seperti mana yang aku sangkakan. Ermm..

Berkali-kali rakan ini membuat pesan agar cerita itu dalam tahuku sahaja. Yaa.. aku tahu itu. Sama ada terpesan atau tidak, aku tidak pernah dengan rasa mahu menjaja cerita yang terkongsi denganku. Mereka yang mengenali aku, pasti tahu soal itu.

[Perchaya-lah setelah mem-beri keperchayaan kepada-ku..]

No comments: