Sunday, July 06, 2008

~ KACAU ~


KACAU

Ribut membuat singgah
Dalam senyap
Terduduk aku merenung kacau
Yang datang mengisi lagi

Penat
Aku tidak mahu
Mengutip lelah lagi
Mengulang situasi sama
Lalu mendapat luka serupa

Susah barangkali
Mengenal aku
Sungguh sahabat kononnya
Ku kira pada kata sahaja
Bukan hati bukan jiwa
Jadilah luka, guris dan calar
Membuat tanda

Aku bangun berdiri
Mahu melihat lebih jelas
Di mana duduknya
Jujur persahabatan yang diberi
Bukan dua hari mengenal dia
Tidak juga tiga
Malah sempat mengenal
Sebahagian diri
Atas nama persabahatan

Kacau
Sahabat itu masih menguis curiga
Masih? Yaa, masih...
Itu yang diberikan
Seolah langsung tidak mengenal aku
Sahabatnya sendiri
Sesuatu yang tragis ku kira...


06 july 2008

[Mahu mereda kacau]

No comments: